Sunday, December 16, 2012

Riadah Yang Membawa Padah

Di Bukit Tabur Lagi
Tak habis-habis menyusahkan orang
Bukan salah bukit
Tapi saja cari penyakit!
121216 bt (4)
Pendakian 5  sahabat berakhir dengan nasib malang menimpa salah seorang dari mereka.

Pendakian bermula kira-kira jam 7.45 pagi itu, berjalan lancar, bersama pendaki-pendaki lain yang selalunya melakukan aktiviti di hujung minggu.
Bagimanapun, ketika sudah hampir ke puncak, salah seorang dari mereka hilang imbangan dan tergelincir lalu terjatuh pada kedalaman kira-kira 30 meter.
 

Mangsa agak bernasib baik kerana tidak mendapat kecederaan parah di kepala, tetapi kecederaan di beberapa bahagian badan.
Mangsa, Chan Wing Sing, 27 tahun, seorang jurutera, juga bernasib baik kerana beberapa pendaki lain yang berpengalaman membantunya ketika sedang kesakitan di dalam gaung.
Bantuan kecemasan terpaksa diminta apabila keadaan mangsa yang semakin lemah dan tidak berdaya untuk meneruskan perjalanan.
Gerakan menyelamat segera dilancarkan yang terdiri dari kira-kira 20 anggota penyelamat dari polis, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah dan Jabatan Pertahanan Awam.
Mangsa berjaya ditemui kira-kira jam 12 tengahari.
Usaha membawanya turun kemudian dilakukan secara berhati-hati kerana keadaan bukit yang curam.
Pada mulanya mangsa dibawa menggunakan ‘basket stretcher’.
Bagaimanapun, di pertengahan jalan, mangsa terpaksa diusung oleh anggota penyelamat kerana keadaan bukit yang curam dan laluan sempit.
Jam 2.45 petang, mangsa berjaya dibawa anggota penyelamat ke kaki bukit dan diberikan diberikan rawatan awal sebelum dibawa ke Hospital Ampang. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa