Friday, December 14, 2012

Setuju, Tetapi Apa Punca Perpecahan Itu?

Apa yang saya nampak perpecahan adalah di sebabkan fahaman nafsi-nafsi yang meminggirkan Alqur'an dan Hadith Rasulallah 

Pertama terdiri daripada golongan yang benar-benar berpegang atau ingin berpegang kepada Alqur'an dan menegakkan yang haq - Golongan ini dianggap berpendirian keras dan tidak prakmatik

Kedua adalah golongan yang berpegang separuh-separuh kepada Alqur'an dan perintah Allah - erti kata lain melepaskan pegangan kepada Tali Allah. Mereka tidak faham yang Islam itu sendiri memang prakmatik tetapi mesti mengikut peraturan yang diperintahkanNya
Golongan ini akan kekadang mengikut perintah Allah dan Alqur'an di dalam urusan hidupnya dan ada kalanya terlupa atau melupakannya!
Dan golongan inilah yang paling ramai....
Perpecahan Punca Islam Jauh Ketinggalan - Jafperi
KANGAR: Perpecahan di kalangan umat Islam menyebabkan umat yang suatu ketika dahulu begitu kuat kini ketinggalan jauh di belakang, kata Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri Perlis, Jafperi Othman.
Beliau berkata perkara itu bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi di seluruh dunia apabila umat Islam gagal membentuk penyatuan yang kukuh.
Berucap menutup konvensyen pengukuhan ummah pringkat negeri Perlis di sini hari ini, Jafperi berharap umat Islam khususnya di Malaysia bangkit membina kekuatan baharu dengan melupakan perbezaan pendapat dan fahaman politik.
Beliau mengajak mereka melihat kembali sejarah silam bagaimana kerajaan Melayu Melaka menghadapi zaman kejatuhan disebabkan perpecahan di kalangan pemimpin dan rakyat pada masa itu.
"Kita tidak mahu sejarah berulang kerana sudah cukup dengan nasib yang dirasai orang Melayu selama ini, lebih 400 tahun terpaksa hidup di bawah cengkaman penjajah akibat kesilapan segelintir pemimpin zaman silam," katanya pada konvensyen sehari itu.
Jafperi mengaitkan generasi Melayu yang terjebak dalam kancah penagihan dadah di samping ketinggalan dalam usaha menuntut ilmu sehingga menjadi punca kegagalan orang Melayu yang beragama Islam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa