Sunday, January 27, 2013

Akhirnya Polis Terpaksa Panggil Malaun Ni

Aku tak taulah apa yang polis nak buat
Itu kerja Polis
Kalau Polis nakkan bukti memang berlambak di dalam media
Yang berhimpun pun ada

Kalau satakat panggil dan soal
Aku yakin malaun ni takkan tutup mulut

Polis panggil Ibrahim Ali untuk beri keterangan

Ketua polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung seruannya untuk membakar Bible dalam bahasa Melayu dan tulisan Jawi yang menggunakan kalimah Allah.

Katanya, MP Pasir Mas itu akan disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Peruntukan itu adalah berhubung kesalahan menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.

Ia memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, Abdul Rahim juga berkata polis menerima tujuh laporna polis berhubung kenyataan Ibrahim.


Ini pun seruan berhimpun
Nasib baiklah tak ada yang gila...
Acara 'bakar Bible' di P Pinang tiada sambutan
Acara membakar bible yang didakwa akan berlangsung pada jam 10 pagi di Butterworth, Pulau Pinang hari ini didapati tidak berlaku seperti digembar-gemburkan.

Wartawan hadir ke Dewan Datuk Ahmad Badawi – tempat acara itu didakwa akan dilangsungkan – sejak jam 9.30 pagi dan mendapati ia dikawal beberapa orang anggota polis.

Setengah jam kemudian, seorang pegawai polis membertahu wartawan bahawa ketua polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi akan mengadakan satu sidang media.


"Sah, tak jadi (acara bakar Bible)," kata pegawai tersebut yang meminta wartawan menuju balai polis Butterworth untuk sidang media berkenaan.

Abdul Rahim dalam sidang medianya selepas itu berkata beliau bersyukur kerana acara berkenaan tidak berlaku pada hari ini.

Katanya beliau berterima kasih, terutama kepada masyarakat Islam Melayu kerana tidak menyertai acara berkenaan.

"Sebagai (ketua polis negeri) yang bertanggungjawab ke atas keselamatan di sini, saya menggesa semua pihat agar tidak membangkita isu keagamaan dan kebudayaan yang boleh menjejaskan keharmonian negara," katanya lagi. - mk

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa