Saturday, January 19, 2013

Cer Baca Apa Mamat UUM Ni Kata...

Dari mana mamat ni ambil fakta tataulah
Kalau PR menang 'PM Melayu hanya boneka DAP'

Penguin: Undi Melayu masih berpihak Umno-BN
Fazy Sahir
January 19, 2013
Kalau Pakatan Rakyat menang, Perdana Menteri Melayu hanya boneka DAP

PETALING JAYA: Walaupun wujud persaingan sengit dari PAS-PKR untuk menarik sokongan pengundi Melayu di luar bandar dan bandar, namun hakikatnya undi orang Melayu masih kuat kepada Umno-Barisan Nasional (BN).
Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani dari Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, orang Melayu akan terus mempertahankan Umno kerana tiada parti yang boleh memperjuangkan hak-hak orang Melayu.
Maka ujarnya peringatan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tepat pada waktunya agar orang Melayu tidak salah memilih parti yang akhirnya menghakis hak-hak mereka.
“Tun (Dr) Mahathir melihat kepada survival Umno sebagai parti ulung kepada orang Melayu. Beliau mahu orang Melayu terus mempertahankan Umno kerana tiada parti selain Umno yang boleh mempertahankan atau memperjuangkan hak orang  Melayu.
“Beliau tidak yakin parti-parti lain khususnya pembangkang seperti PAS dan PKR boleh memperjuangkan hak orang Melayu selain Umno.
“Undi orang Melayu masih kuat kepada Umno-BN walaupun ada saingan sengit dari PAS yang berperanan menarik sokongan pengundi Melayu luar bandar dan PKR di bandar. PAS,PKR juga bersungguh-sungguh menarik sokongan pengundi baru,” katanya.
Kuasa Melayu tamat
Khamis lalu pada program Bicara Minda Tun Dr Mahathir Mohamad bertajuk “Masa Depan Melayu & Islam Selepas PRU13, peringatan kepada orang Melayu disuarakan beliau agar mereka membuat keputusan dalam pilihan raya akan datang yang disifatkannya sama ada akan membawa kebaikan atau keburukan terhadap bangsa sendiri.
Dalam mencapai matlamat itu, bekas Perdana Menteri berkata, orang Melayu sebenarnya boleh membuat keputusan sama ada yang akan mendatangkan kebaikan ataupun keburukan terhadap masa depan bangsa mereka sendiri.
Sementara itu, Prof Dr Ahmad Atory Hussain dari Universiti Sains Malaysia (USM) pula berkata, implikasi jika Pakatan Rakyat menang, Perdana Menteri di kalangan Melayu hanya boneka  DAP.
Maka jika perkara sedemikian berlaku, politik Melayu akan tamat.
“Saya bersetuju dengan Tun (Dr) Mahathir. Orang Melayu yang 54 peratus  tidak ada pilihan. Kalau tak undi Umno, Pakatan menang. Undi Melayu pecah tiga. Tentulah politik Melayu tak kuat.
“Kalau Pakatan menang orang Melayu jadi Perdana Menteri. Tapi jadi PM boneka DAP. Jika itu yang berlaku tamatlah kuasa politik Melayu,” katanya.

14 comments:

  1. sama seperti BN berkuasa, Najib PM boneka pada Rosmah tak mengapa kerana Rosmah tu melayu? Saya dah tak sanggup lagi ditindas oleh kaum2 elite melayu. Seolah2 Melayu sebagai lesen bagi mereka untuk mengayakan dan kroni2.

    ReplyDelete
  2. Dr. no dapat gelaran dr. dari mana agaknya ya? Mungkin inilah hasil tarbiyyah BTN agaknya.

    ReplyDelete
  3. politik melayu bukan kira kat kedai kopi prof kangkung oi. kira la kat parlimen. sekarang mp melayu meningkat selepas pru 12. dah lah pru 12 umno lemah dan calon banyak kalah. tapi jumlah keseluruhan mp melayu naik. sebab pr tak bertanding ikut kuota kaum macam bn. buat kajian dulu la sebelum nak cakap.

    ReplyDelete
  4. Aku seorang Melayu, namun sejak aku layak untuk mengundi, sekali pun undi aku tidak ku beri pada UMNO/BN.

    ReplyDelete
  5. Salam Dr. Soalan yang mudah, dari hati dr yang betul2 ikhlas dan terbuka kepada keluhuran, berapa ramai dari MP BN sekarang yang betul2 boleh "pakai" dan betul2 berkhidmat kepada rakyat.Kalau dr dapat senaraikan 20 orang pun dah kira cukup bagus. Beri tahu kami Ok.

    ReplyDelete
  6. SORRY LA NAK TERUS BAGI KEMENANGAN KPD UMNO.
    CUKUPLAH WANG NEGERA YG DISONGLAP MEREKA.
    KAMI MAHU PERUBAHAN KPD SEBUAH PEMERINTAHAN YG ADIL DAN TELUS.
    TAK MAHU LAGI RASUAH DAN SALAH GUNA KUASA.
    SY MENYERU KPD SEMUA ORG MELAYU SUPAYA MEMEBERI KEPERCAYAAN KPD PAKATAN RAKYAT YG TERBUKTI LEBIH BERWIBAWA.
    IN SYA ALLAH, KUASA MELAYU TAKKAN HILANG DGN MEMEBERI KEMENANGAN KPD PAKATAN RAKYAT. SUARA AHLI PARLIMEN DAN DUN BUKAN MELAYU TAK MUNGKIN DAPAT MENGATASI SUARA ORG MELAYU. ORG MELAYU TETAP MAJORITI SAMPAI BILA2.
    KENAPA MESTI DENGAR CAKAP MAMAK KUTTY ?? SEORANG PEMIMPIN YG TERBUKTI MENJADI PEROSAK !!!

    ReplyDelete
  7. Dua2 Dr tu cari makan ja. Statement tak standard langsung dgn kelayakkan yang ada. Hampeh punya statement. Cam tu pun boleh dilantik jadi pensyarah?? Apa punya Universiti la.
    BINGAI punya pensyarah. Md. Atory tu bukannya aku tak kenai. Masa kat UTM JALAN GURNEY, tahun 1983 lagi kami dah kenai. Memang jenis pembodek.

    ReplyDelete
  8. Anon 4:08PM

    Memang itu adalah lumrah kepada sesiapa yang sentiasa di celah kangkang bini!

    ReplyDelete
  9. Nazaruddin

    Nampak logiknya begitulah...

    ReplyDelete
  10. Anon 6:52

    Tahniah. Saudara mungkin jenis yang kritis

    ReplyDelete
  11. Anon 7:04PM

    Ha..Haa... soalan yang bagus!

    ReplyDelete
  12. Anon 7:14PM

    Tak salah mencuba sesuatu yang baru. Tak payah pakai pandangan mamak yang luput tarikh dan berada di dalam ketakutan

    ReplyDelete
  13. Anon 7:46PM

    Anda lebih mengenali mereka dan saya hanya kenal melalui kenyataannya sahaja..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa