Monday, January 28, 2013

Halal Hindraf: Adakah PR Akan Berputih Mata?

Setelah berjaya menumpulkan kuku Hindraf
Dengan usaha keras Najib dan Kabinet melayani masyarakat India
Dan yakin masyarakat India telah kembali kepangkuan BN
Maka Kerajaan menarik balik pengharaman ke atasn Hindraf

Tapi adakah sokongan masyarakat India kepada BN benar-benar sudah pulih?
Dan PR akan berputih mata?

January 28, 2013
KUALA LUMPUR,  28 Jan - Keputusan kerajaan untuk menarik balik larangan terhadap Hindraf tidak akan menambahkan banyak sokongan masyarakat India terhadap Barisan Nasional (BN), kata penganalisis, oleh kerana gabungan pemerintah itu sudah mempunyai majoriti undi dari komuniti tersebut.
Dengan masa yang strategik sepanjang hujung minggu, pentadbiran Najib bersetuju untuk menghalalkan Hindu Rights Action Force (Hindraf), pergerakkan yang memimpin perhimpunan besar-besaran menentang kerajaan pada tahun 2007 bagi menuntut hak masyarakat India.

Peristiwa bersejarah yang menyaksikan lebih 30,000 kaum India berarak di ibukota dan bermandi gas pemedih mata serta air kimia, dikatakan sebagai punca BN hilang sokongan masyarakat tersebut pada pilihan raya 2008.

Akan tetapi, selepas lima tahun, penganalisis percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendapat penghormatan dari kaum tersebut diatas apa yang beliau telah lakukan, termasuk pemberian tunai dan program mensasarkan masyarakat India.

“Saya tidak fikir (menarik semula pengharaman) akan mempunyai banyak kesan,” kata penganalisis politik Dr Wong Chin Huat kepada The Malaysian Insider semalam.

“Saya cendrung untuk percaya, BN telah berjaya mendapatkan kembali majoriti sokongan masyarakat India yang mereka boleh dapatkan. Tindakan saat akhir menjelang pilihan raya tidak akan mengubah banyak pendirian pengundi  yang sudah kritikal untuk bersama BN,” tambah beliau.

Wong, walaubagaimanapun, menegaskan 20 peratus pengundi India masih di atas pagar, dengan BN dan Pakatan Rakyat berkongsi sokongan dari lebihan pengundi.
Penarikan pengharaman Hindraf pada malam Thaipusam, perayaan kepada orang Tamil yang membentuk majoriti kaum India Malaysia, menjelang pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

Undi India dilihat penting bagi menentukan pemerintahan berterusan BN pada pilihan raya yang diadakan selepas mandat kerajaan berakhir April, dijangka menjadi pertempuran sengit antara parti pemerintah dan PR.

MIC berkata bulan lepas mereka bergantung kepada populariti Najib untuk memenangi semula sokongan kaum India.

Pemerhati mengatakan Najib dan pemimpin BN telah hilang keyakinan terhadap keupayaan MIC untuk mendapatkan undi India, mengakibatkan usaha oleh perdana menteri untuk melibatkan diri secara langsung dengan masyarakat tersebut, yang membentuk hampir 1.8 juta daripada 28 juta penduduk di Malaysia. Seramai 800,000 adalah pengundi berdaftar.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Sabtu lepas bahawa kerajaan akan menyediakan bajet khas untuk sekolah-sekolah Tamil tahun depan, selain peruntukan RM100 juta dalam Bajet 2012 dan 2013.

Di bawah Bajet 2013, Najib juga memperuntukkan RM50 juta bagi usahawan India dan RM50 juta lagi untuk melatih pelajar India miskin dalam kemahiran perindustrian.
Putrajaya juga memberikan bantuan wang tunai RM500 di bawah program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun lepas menggunakan wang pembayar cukai sebanyak RM2.6 bilion, satu langkah yang meningkatkan penilaian kelulusan Najib kepada 69 peratus.

Pusingan kedua BR1M tahun ini dijangka memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu yang belum berkahwin, berbanding 4.2 juta orang bagi BR1M yang pertama.

Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia Dr Sivamurugan Pandian memberitahu The Malaysian Insider 16 pilihan raya kecil lalu menunjukkan sokongan masyarakat India kembali kepada BN, terutama di kalangan pengundi luar bandar.

“Hulu Selangor telah dirampas kembali oleh (P) Kamalanathan,” katanya, merujuk kepada kemenangan Kamalanathan  dalam pilihan raya Hulu Selangor pada 2010 selepas MIC kehilangan kerusi itu kepada PKR dalam pilihan raya umum 2008.

“Saya fikir dalam pilihan raya umum akan datang, masyarakat India akan menilai prestasi empat kerajaan negeri dan apa yang Najib sudah lakukan untuk masyarakat India pada masa lalu, “tambah Sivamurugan.

Beliau juga berkata pembatalan pengharaman Hindraf boleh memujuk pengundi atas pagar kepada BN yang melihat ia sebagai tanda perubahan politik.

“Kita telah melihat syarat-syarat tertentu, sekatan yang dikenakan ke atas organisasi atau bahkan untuk berhimpun, tetapi hari ini kita melihat perubahan itu berlaku. Jadi mungkin ini adalah sebahagian daripada rancangan beliau (Najib) supaya orang melihat ada perubahan, “ kata Sivamurugan.

Seperti Wong, penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin juga berkata pembatalan pengharaman Hindraf tidak penting bagi sebahagian besar pengundi India.

“India dari kelas lebih rendah dan kasta lebih rendah yang langsung mendapat manfaat daripada usaha bersepadu terkini BN untuk membantu golongan miskin telah kembali kepada BN,” Shamsul Amri memberitahu The Malaysian Insider melalui kiriman teks semalam.

“Anda mesti ingat Hindraf adalah sebuah gerakan yang dimulakan oleh India dari kelas pertengahan dan kelas atasan/kasta India dengan menggerakkan kelas bawahan/kasta India. Sekarang majoriti dalam Hindraf telah dijaga pada satu tahap. Sebilangan kecil yang hidup selesa akan kekal ingkar untuk ‘sebab demokratik’, “katanya.

Seorang lagi penganalisis dari UKM Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff mengatakan penarikkan semula pengharaman Hindraf tidak akan menarik ramai pengundi India menyokong BN kerana kumpulan tersebut tidak lagi siknifikan dalam masyarakat tersebut.

“Hindraf telah terkeluar dari permainan dalam satu jangkamasa penjang,” kata Mohammad Agus kepada The Malaysian Insider.

“Apakah faktor-faktor yang menentukan yang boleh mempengaruhi kaum India untuk mengundi dalam pilihan raya umum? Saya fikir ia adalah tentang kehidupan mereka, kos hidup, keadilan, keadilan sosial. Saya berfikir itu adalah apa yang mereka cari, tidak begitu banyak mengenai Hindraf yang menyalahi undang-undang atau tidak,” tambahnya.

Pemimpin Hindraf berkata Sabtu lepas “tiada apa yang perlu diraikan” dengan menjadi “halal”, sebaliknya berikrar untuk meneruskan tuntutan dibangkitkan sebelum pilihan raya umum 2008, pilihan raya yang menyaksikan BN kehilangan majoriti tradisi dua pertiga Parlimen.

Diantara kunci kepada tuntutan ini adalah hak dan peluang samarata kepada semua kaum di Malaysia dan meminda Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan, yang menggariskan hak dan kedudukan istimewa orang Melayu.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa