Saturday, January 26, 2013

Kejadian Yang Tidak Patut Berlaku

GAMBAR Kemalangan Menyayat Hati
 QUE ACHMAD
GAMBAR Kemalangan Menyayat Hati. Balik dari kenduri jumaat kira kira 5.30pm di hadapan Kem Tentera Batu 11, Tanah Merah, Kelantan berlaku kemalangan diantara tentera dan sebuah motor sepasang suami isteri dari Thailand. Yang menyayatkan hati hampir 1/2 jam kemalangan berlaku, tiada bantuan diberikan walaupun MEDIC ASKAR ” berkeliaran ” didalam kem tentera tersebut.
baca lagi & lagi gambar, Klik TAJUK ENTRI ni
Seorang yang kelihatan lagaknya seperti pegawai askar menjerit kepada medic untuk datang ketempat kejadian, tetapi dihalang oleh MP untuk keluar dan mengambil masa yang begitu lama untuk keluar. Setelah berada lebih kurang 20 minit ditempat kemalangan, saya meninggalkan tempat kejadian sebab nak bersolat asar. Dalam pada itu, ambulan awam dan tentera masih tidak kelihatan.

Kita tak tahu siapa yang benar dan salah dalam kes ini, seelok eloknya layanlah mereka sebagai manusia, bukan binatang. Lihatlah beliau dan isteri beliau meraung kesakitan. Malah darah di kaki beliau sudah kering, kesian yang amat. Terus saya ambil gambar dengan Nikon D90 saya sebagai rekod.

Saya rasa, kalaulah begini layanan/diskriminasi terkini tentera kepada orang awam, alamatnya mati dulu ler orang awam kalau berlaku apa apa. Yang mengejutkan lagi, 100 meter dari tempat kejadian ini adalah tempat kediaman Datuk Mustapha Mohamad.
Tolong sebarkan kepada blog yang prihatin kepada masalah rakyat dan raise the complaint, terutamanya facebook Mustapha Mohamad kerana perkara ini berlaku di kawasan beliau. Kalau boleh forwardkan pada Hishamuddin agar tentera perlu lebih perihatin.

+ Dari Wan Mohd.

6 comments:

  1. Nampaknya mereka yang kita bagi makan dengan duit kita untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan negara pun dah jadi lebih buruk dari binatang. Lihatlah ibu binatang tunggu dan lindungi anaknya atau sejenisnya yang dalam keadaan kesukaran. Bandingkan perangai binatang dengan askar kita ini.

    ReplyDelete
  2. Naper nak kena fwd kat hishamudin, askar bukan bwh kementerian dia

    ReplyDelete
  3. Sayu hati bila membaca dan berita ini dan geram bila mengenangkan layanan yang diberikan. Sudah tidak ada belas simpati dari pihak tersebut untuk bertindak segera memberikan pertolongan. Semoga tidak berlaku kepada diri kita nanti...

    ReplyDelete
  4. XUMNO

    Itulah masalahnya bila pentingkan diri dan lupa fungsi kita sebagai manusia dan citizen yang bertanggung jawab

    ReplyDelete
  5. mus

    Tuan punya asal N3 tersilap kot. Sepatutnya menteri pertahanan.

    ReplyDelete
  6. Aliff Tan

    Ya, cukup dikesali dan menyedihkan

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa