Monday, January 21, 2013

Luahan Meredakan Bengang!

Saya setuju dengan luahan blogger penburukonline 
Memangnya dari mula terbentuk PR lagi pertelagahan sudah tercetus
Lepas satu, satu yang timbul
Kenyataan bangang pemimpin dari PAS dan DAP umpamanya berterusan
Kekadang saya pun naik muak, nak muntah

Tapi pada saya perkara terbaru ini bukanlah isu yang besar
Sebab itulah saya tidak pernah jadikan N3 di blog ini

Namun perlu diingat
Dalam politik pandangan dan persepsi orang ramai tentunya berbeza
Terutama isu yang boleh dijadikan modal politik unuk meraih untung sokongan
Dan melembikkan pihk lawan
Malangnya PR selalu berikan 'bola tanggung'

Wahai pemimpin pakatan yang bengap dan bodoh sombong

Isnin, 21 Januari 2013

 
Aku tak kira, malam ni aku nak lepaskan semua apa yang aku fikir dan aku rasa. Aku tak perlu jaga hati sesiapa. Bukan prinsip aku nak hidu pungkuq pemimpin pakatan yang aku kira bodoh dalam cerdik.

Selama lebih empat tahun, empat tahun lebih beb sehingga sampai ke penghujung jalan, tetiba ada satu isu yang pakatan nampak bangang nak selesaikan. Macam-macam isu beb, dari satu isu hingga satu isu menampakkan kekuatan pakatan yang semakin ampuh. Namun semua keampuhan tu dah nak terburai dek satu isu. 


DAP, kenapa kau buat hati aku tak keruan? Banyak isu diperjuang bersama. Tapi dengan satu isu, satu isu beb, ramai orang yang aku ajak join pakatan dah mula nak lari. Serius beb, bukan senang nak ajak orang UMNO ikut pakatan, dan bukan senang juga nak bagi orang atas pagar puas hati.

Ada pemimpin macam dulu juga, bila cakap bab agama dia mesti tak setuju angin dengan PAS. PKR jadi orang tengah, isu sekarang "kalimah Allah" tu sensitif, sangat sensitif bagi orang melayu.

Kenapa pemimpin-pemimpin pakatan masuk perangkap UMNO?

Itu lu orang kena tanya pemimpin "bangang style"

Aku bukan tak sabar, atau tak memahami perjuanganpakatan. Mungkin aku bodoh tapi apa yang aku tahu, kerja isu kalimah
Allah telah buat pakatan tersungkur keletihan.

Nak salahkan UMNO kerana bijak menghidu peluang? Come on la beb, kenapa nak salahkan orang kalau pemimpin pakatan yang ada memang kurang pandai dari UMNO? Memang la kerja UMNO / BN untuk memecahbelahkan pakatan. Sekarang lu sudah kena.

Siapa nak jawab sekarang? Pemimpin DAP keras kepala,PAS tetap dengan akidahnya, dan aku sokong PAS tenttang itu.

oooo atau aku yang tak sabar dengan strategi pakatan yang dirahsiakan?

Mana pegi saluran dalam pakatan jika terdapat sebarang isu membabitkan pakatan? Jahanam la semua tu, sebab apa, sebab isu sensitif ni kau orang dah besarkan dalam media. Selak surat khabar apa pemimpin A cakap, apa pemimpin B cakap. Yang tepuk tangan UMNO/BN.

Putrajaya?

Kalau macam ni sampai bila pakatan nak sampai putrajaya?

# option apa yang aku ada, lawan tetap lawan dalam keletihan! Kerana apa .. kerana ada kerusi panas parlimen penentu masa depan pakatan dan BN. rujuk (sini)


- PBO

1 comment:

  1. Betul juga kata penburukonline tu. Kakak pun dah letih tapi kita kena kuat utk teruskan perjuangan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa