Saturday, January 26, 2013

Orang Ini Bercakap Tentang Nilai Murni?

Takyah aku komen!
Sebab semua orang dah kenal dan tahu...

Adnan: Pakatan pembangkang, pakatan apa sebenarnya?
January 26, 2013

KUANTAN, 26 Jan — Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini meminta rakyat bijak menilai parti pembangkang yang kononnya berpakat sebagai sebuah pakatan pembangkang namun sebenarnya mereka gagal berpakat dalam semua perkara.

Beliau berkata pendirian berbeza antara pucuk pimpinan parti pembangkang berkenaan isu kalimah Allah misalnya, membuktikan kepimpinan parti pembangkang gagal mewujudkan pakatan yang jitu.

"Jadi, apa makna sebenar pakatan yang mereka wujudkan ini, kalau perkara penting seperti ini pun tidak dapat diselesaikan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata isu kalimah Allah sepatutnya diselesaikan secara baik oleh parti pembangkang supaya isu itu tidak menjadi pertelingkahan di kalangan masyarakat majmuk negara ini.

"Kegagalan pucuk pimpinan parti pembangkang berkenaan isu itu membuktikan pakatan yang diwujudkan mereka adalah untuk pilihan raya semata-mata," katanya.

Beliau berkata semua penyokong parti politik perlu mengambil pendekatan rasional dan bukannya emosi bagi mengelak insiden tidak diingini apabila memperkatakan berkenaan isu sensitif seperti isu kalimah Allah.

Katanya isu sensitif membabitkan agama yang ditimbulkan pihak tertentu sejak kebelakangan ini dilihat seperti mahu menguji masyarakat Islam dan cuba menggugat keamanan negara.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan Bantuan Awal Persekolahan 1Malaysia kepada 1,330 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Semambu dan Sekolah Kebangsaan Air Putih, dekat sini.

Dalam ucapannya, Adnan meminta golongan pendidik menerapkan secara bersungguh-sungguh nilai murni supaya pelajar bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga menjadi insan bermoral.

"Nilai murni yang sebelum ini diamalkan pelajar dilihat sudah semakin hilang, ada segelintir pelajar sekarang tidak lagi menghormati ibu bapa, guru dan rakan-rakan.

"Apabila kita sudah tidak memiliki nilai murni dalam diri, kita hanya berbangga dengan pencapaian akademik saja, bangga dapat 5A misalnya, tapi tidak tahu menghormati orang lebih tua. Maknanya, kita berjaya dalam aspek luaran, tapi dalaman sudah kosong," katanya. — MI

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa