Sunday, January 6, 2013

Penganalisis Kata Gini, Wanita UMNO Kata Gitu!

Pokoknya adalah bergantung kepada kebijaksanaan pengundi
Kalau ramai pengundi yang menghalalkan yang haram dan rela diperbodohkan, UMNO tetap akan untung
Tapi kalau ramai pengundi yang beriman, cerdik dan berfikiran sebaliknya, nasiblah!

January 06, 2013

KUALA LUMPUR, 6 Jan — Skandal-skandal menyelubungi pemimpin tertinggi Wanita Umno melemahkan tulang belakang parti pemerintah dan akan menjejaskan peluang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya 2013, kata para penganalisis.

Skandal terbaru adalah perjanjian tanah yang lumayan untuk kemudahan kajian pertahanan yang masih belum dibina oleh firma Ketua Wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah, hampir satu tahun selepas skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) bosnya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyebabkan kehilangan jawatan senator dan Kabinet. 

“Isu-isu yang dibangkitkan pembangkang tidak boleh dinafikan dapat menjejaskan imej Wanita Umno sendiri, dan kita tahu sokongan kuat Umno datangnya dari kalangan sayap wanita,” kata pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani kepada The Malaysian Insider

“Jadi, terpulang kepada Wanita Umno untuk berubah untuk menangkis tohmahan ini,” kata beliau merujuk kepada sayap yang aktif merayu undi untuk BN. 
Azizuddin berkata ramai di luar parti sedang memerhatikan Wanita Umno, dan kerana itu mereka perlu lakukan perubahan untuk memastikan mereka dilihat bersih dari skandal-skandal yang boleh menjejaskan peluang BN dalam pilihan raya akan datang. 

“Segalanya terpulang buat mereka,” ulang Azizuddin lagi.

Raja Ropiaah (gambar) hanya mendiamkan diri tentang syarikatnya Awan Megah Sdn Bhd yang gagal untuk membina Pusat Pendidikan Pertahanan Negara (Puspahanas) di Putrajaya berharga RM100 juta walaupun dia telah menjual tanah kerajaan yang ditukar untuk kos pembinaan. 

Pada akhir tahun 2011, firma keluarga Ketua Wanita Umno Shahrizat dituduh menyalahgunakan pinjaman mudah persekutuan RM250 juta bagi projek penternakan lembu NFC. Jawatan senator beliau tidak diperbaharui, membawa kepada penggugurkan beliau daripada Kabinet. 

Wanita Umno sentiasa dipandu kontroversi pada masa lalu tidak seperti Umno dan Pemuda Umno di mana beberapa pemimpin telah diheret untuk rasuah dan malah membunuh. Sebelum Shahrizat, Tan Sri Rafidah Aziz sentiasa dengan dakwaan beliau memberi permit diluluskan (AP) kepada kroninya semasa bertugas sebagai menteri perdagangan antarabangsa yang paling berjaya.

Pendapat Dr Azizuddin itu juga disokong oleh Ketua Pegawai Eksekutif Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan.

“Saya rasa apa-apa skandal yang didedahkan definitely akan memberi impak kepada parti, dan tuduhan ini akan dijadikan sebagai senjata untuk parti Pakatan Rakyat,” kata Wan Saiful. 

Tetapi beliau berkata isu-isu ini boleh digunakan sebagai titik perubahan bagi Umno menjalankan pembaharuan, termasuk menggeluarkan nama  tokoh kontroversi dari senarai calon-calon pilihan raya.

“Saya rasa jika Umno benar-benar serius untuk menyelesaikan isu-isu ini, Umno perlu mengambil langkah dengan tidak melantik mana-mana yang terlibat dengan skandal politik sebagai calon pilihan raya akan datang,” katanya. 

Tetapi Prof Dr Samsu Adabi Mamat dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tidak bersetuju dengan kedua-dua penganalisis, melahirkan keyakinan bahawa Umno tidak akan terjejas dengan pelbagai kontroversi ini. 

“Isu-isu ini tidak memberi kesan kepada parti. Ini hanya modal dari pembangkang untuk mereka menyerang Wanita Umno,” kata Samsu. 

Menurut beliau, pengaruh dari Wanita Umno, khususnya usaha yang dilakukan pemimpin sayapnya Shahrizat lebih berpengaruh dari tohmahan dari pihak pembangkang. 

“Pembangkang juga tidak memainkan peranan yang besar dalam pembangunan wanita berbanding dengan Wanita Umno, jadi dari situ kita boleh tahu sokongan tidak akan berubah dari isu-isu yang digunakan pembangkang ini,” katanya. 

Menurut Samsu lagi, selain Wanita Umno, sayap-sayap lain juga boleh dianggap sebagai tulang belakang parti tersebut. 

“Memang Wanita Umno adalah salah satu tulang belakang Umno, tetapi ada banyak lagi tulang belakang dalam parti. 

“Isu-isu ini tidak memberi kesan kepada parti, kerana parti masih mempunyai sokongan dari akar umbi yang kuat,” kata Samsu, menambah pandangannya terhadap akar umbi parti tersebut yang kuat, dan dapat menjamin kemenangan BN dalam pilihan raya tahun ini.`

Ini pula kata Wanita UMNO


Isu Raja Ropiaah tidak jejaskan undi, kata pemimpin Wanita Umno
Oleh Ida Lim
January 06, 2013
KUALA LUMPUR, 6 Jan ― Skandal projek Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) bernilai RM100 juta yang dikaitkan dengan ketua Wanita Umno Selangor adalah isu “peribadi” dan tidak menjejaskan peluang Barisan Nasional dalam pilihan raya umum tahun ini, menurut pimpinan sayap tersebut.

Sayap wanita yang dianggap sebagai tulang belakang Umno ― parti komponen terbesar Barisan Nasional (BN) ― mengalami satu demi satu skandal dalam peringkat kepimpinan, yang menurut para penganalisis akan menjejaskan sokongan terhadap gabungan parti pemerintah itu menjelang pilihan raya umum ke 13.

“Apa juga yang dilakukan yang bersifat peribadi tidak akan menjejaskan parti,” kata ketua Wanita Umno Gombak, Datin Sharifah Salmah Syed Agil kepada The Malaysian Insider semalam.

Kontroversi terbaru melibatkan perjanjian tanah untuk membina pusat pengajian pertahanan yang masih belum dibina oleh syarikat Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah, tidak sampai setahun selepas skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang menyebabkan ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kehilangan jawatan Senator dan Menteri Kabinet.

Sharifah Salmah menyatakan isu Raja Ropiaah adalah isu peribadi dan tidak akan melemahkan sayap tersebut, kerana isu tersebut masih dibicarakan di mahkamah, dan dimainkan berdasarkan spekulasi orang ramai.

“Pengundi akan mengundi untuk parti, bukan individu,” kata Radziah Ahmad yang merupakan ketua wanita Umno Shah Alam.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa