Monday, January 21, 2013

Rupanya Dia Ni Hanya Singa Di Kandang Arnab!

Bila diundang ke pentas
Awal-awal lagi dah tolak...

Tapi kesian juga
Semua pihak yang diampu
Mengasaknya ke tepi jurang bila keadaan tidak menyebelahi mereka...

Presiden KIMMA: Sharifah Zohra jangan larikan diri, tampil bertanggungjawab
January 21, 2013
KUALA LUMPUR, 21 Jan - Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin tidak perlu melarikan diri sebaliknya perlu menyambut tawaran forum yang mengundangnya, kata Presiden Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) Senator Datuk Syed Ibrahim Kader kepada The Malaysian Insider hari ini.

Dalam laporan hari ini, Sharifah Zohra mengesahkan tidak akan menghadiri  forum “Kebebasan Akademik dan Hak Asasi” yang akan  diadakan esok di Dewan Perhimpunan Cina.

“Beliau (Sharifah Zohra) perlu berdepan dengan masalah yang diwujudkannya.
“Jangan larikan diri dan perlu tampil untuk nyatakan pendiriannya,” kata Syed Ibrahim.

Syed Ibrahim turut menggesa untuk bertanggungjawab keatas perkara yang dicetuskannya memandangkan ia sudah tersebar luas  dan orang ramai memperkatakannya di dalam laman maya dan juga secara terbuka kerana sikapnya tersebut.

“Sharifah Zohra kena bertanggungjawab dan hadapinya,” kata Syed Ibrahim.

Dalam pada itu, Syed Ibrahim berkata Sharifah Zohra perlu perlu lakukan sesuatu untuk membersihkan namanya dan menerima  pelawaan daripada Bawani KS adalah platform terbaik untuk dirinya.

“Menerima pelawaan adalah langkah yang sewajarnya yang perlu diambil oleh Sharifah Zohra untuk membersihkan namanya.

“Ia adalah lebih baik daripada berlarutan,” tambah beliau lagi.

Syed Ibrahim sebelum ini menegaskan Sharifah Zohra sudah tidak bersama lagi KIMMA dan sebarang kenyataan daripada bekas  ahli persatuan tersebut tidak mewakili KIMMA.

Forum “Seiringkah mahasiswa dan politik?” diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah pada 8 Disember lepas, akan tetapi hanya heboh selepas video tersebut dimasukkan di Youtube minggu lalu.

Klip video “listen,listen,listen” selama 24 minit itu memaparkan Sharifah Zohra menegur Bawani, yang membangkitkan kepada penganjur forum beberapa persoalan berikutan maklumat yang dikatakan Bawani tidak betul mengenai Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Datuk Ambiga Sreenevasan dan Datuk A Samad Said.

Bawani juga menegaskan negara mampu untuk menawarkan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti dan bertanya mengapa Malaysia tidak boleh berbuat demikian, diikuti dengan tepukan penonton.

Ketika Bawani sedang bercakap, Sharifah Zohra turun dari pentas dan berdiri di depannya namun Bawani tidak mempedulikan tindakan Sharifah Zohra itu dan terus bercakap.

Sharifah Zohra kemudian berkata “listen” kira-kira 11 kali sebelum bertindak mengambil mikrofon, sambil menghulurkan tangannya bersalam dengan Bawani dan mengucapkan terima kasih kepadanya.

“Nombor satu, ini adalah program kami dan kami dibenarkan untuk bercakap. Nombor dua, apabila saya bercakap, (anda) dengar,” kata Sharifah Zohra kepada Bawani.

Tindakan Sharifah Zohra telah menerima banyak kritikan daripada rakyat Malaysia yang menonton klip video tersebut sehingga menyebabkan berlaku apa yang digelar fenomena “listen, listen, listen”.

Hari ini,  ahli majlis tertinggi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) Ema Lee Abu Samah mengesahkan kepada The Malaysian Insider  bahawa Sharifah Zohra tidak akan hadir ke forum tersebut dan menegaskan sebabnya sudah dijelaskan dalam klip video yang dimuatnaik di laman Facebook SW1M.

2 comments:

  1. Ceh...!!!

    Berani bagi penerangan dalam FB jer?

    Pooorah...!!!

    Kah kah kah..

    ReplyDelete
  2. kah3x lihatlah mcm mana gerombolan Keturunan India Mengaku MAlayu(KIMMA)K konar baring dah tak ngaku mamak pedukang betina sebg ahli.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa