Thursday, February 21, 2013

Ada Soalan Pasti Ada Jawapannya Tetapi.......

Yang pasti bagi orang yang bijak
Bila ada soalan ada pasti ada jawapannya
Tetapi bukankah perbuatan atau tingkah laku yang dibuat tanpa paksaan itu adalah terbitnya dari dalam hati dengan rela?

Penjelasan gambar dengan Chua Soi Lek

KUALA LUMPUR: Pelbagai spekulasi cuba diwujudkan pihak tertentu terhadap beberapa keping gambar membabitkan pimpinan PAS bersama pemimpin BN yang tersebar di internet sejak beberapa hari lalu.

Antaranya gambar Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Majlis Syura Datuk Nik Zawawi Nik Salleh serta Setiausaha Politik Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang sedang berbual dengan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek di sebuah hotel.

Sebenarnya, gambar tersebut adalah gambar yang diambil ketika kesemua mereka menyertai Persidangan Antarabangsa Parti Politik Asia (ICAPP) kali ke-7 di Baku, Azerbaijan pada 22 hingga 23 November 2012 yang lalu.

ICAPP adalah satu persidangan yang menjemput semua parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang untuk turut serta dalam persidangan tersebut.

Selain Malaysia, negara lain yang terlibat adalah Armenia, Bangladesh, Cambodia, China, India, Indonesia, Iran, Iraq, Japan, Kazakhstan, Republic of Korea, Kyrgyzstan, Laos, Lebanon, Malaysia, Maldives, Mongolia, Nepal, Pakistan, Papua New Guinea, Philippines, Russia, Sri Lanka, Syria, Tajikistan, Thailand, Turkey dan Vietnam.

Turut menjadi wakil PAS selain tiga pemimpin dalam gambar tersebut adalah adalah Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagaimanapun beliau tidak ada dalam gambar tersebut, tetapi dilihat ada dalam gambar-gambar lain di persidangan tersebut.

Chua Soi Lek pula hadir mewakili BN bersama Datuk Seri Shahidan Kassim.

Dalam persidangan itu, Datuk Mustafa Ali telah diberi penghormatan untuk berucap mewakili PAS.

Mustafa ketika diminta menjelaskan gambar itu berkata, ianya perbualan biasa dan tiada apa yang perlu dipolemikkan.

"Kami deligasi dari Malaysia ditempatkan di hotel yang sama. Jadi ada kalanya bertembung dan berbual lah.

"Kalau tak silap saya, gambar itu diambil oleh pembantu Chua Soi Lek sebab kami semua ada dalam gambar itu," katanya sambil ketawa.

Gambar ini adalah perkara biasa bagi orang politik - tidak ada soalnya
Tapi yang ini?
Kalau setakat bergambar tidak ada siapa yang kisah
Namun yang menjadi soalnya ialah gaya bersyahadah 
cara UMNO (tiru istilah MSO) lagi. Bagaimana?
Bagi orang PAS tak tahulah apa kata mereka,
 tapi bagi aku sebagai pemerhati ni tetap meragukan
walau apa alasan pun!
Lebih kuranglah juga dengan gelagat 
Nasharuddin Mat Isa sebelum ini

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa