Tuesday, February 19, 2013

Apa Lu Cakap Ni Ah San?

Gentar atau apa?
Politik hanya hak untuk pembelit dan penkhianat macam lu sahaja?
Bila diri huduh, mengatakan orang pun sama tak cantik
Poooraah....!

Published: Selasa Februari 19, 2013 MYT 10:58:00 PM
Ulama Sertai Politik Untuk Kepentingan Singkat Tidak Patut Diberi Sokongan - Hasan Ali

KUALA LUMPUR: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali pada Selasa mengingatkan umat Islam tidak menyokong ulama popular yang menceburi dunia politik semata-mata untuk meraih keuntungan terdekat.
"Begitu juga sekiranya kehadiran mereka hanya untuk dijadikan alat oleh sesetengah pimpinan parti politik untuk mengaburi mata rakyat dengan tujuan membersihkan imej pemimpin yang sudah tercalar moral dan akhlak mereka," katanya dalam satu kenyataan.
Hasan, yang juga presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), sebuah badan bukan kerajaan, berharap para ulama popular ini tidak dengan begitu mudah mengkhianati ilmu dan amalan mereka sebagai ulama.
"Mereka perlu menghindarkan diri daripada fitnah yang mungkin dilontarkan kepada mereka sebagai ulama, yang sudah tentu pada analisa akhirnya menatijahkan sesuatu yang negatif terhadap Islam itu sendiri," katanya.
Mengenai dirinya, Hasan berkata beliau menyertai PAS atas dorongan untuk mendaulatkan Islam, melaksanakan negara Islam dan hudud serta membantu masyarakat berlandaskan al-Quran, Sunnah, Ijma' dan Qiyas.
"Buat seketika jalan ke arah itu kelihatan terbuka luas sehinggalah PAS menyertai Pakatan Rakyat yang telah mengubah hala tuju dan rangka kerja parti Islam itu.
"Parti itu tidak lagi menjulang Negara Islam, sebaliknya atas desakan DAP dan PKR diganti dengan Negara Berkebajikan," kata Anggota Dewan Undangan Negeri Gombak Setia itu.
Hasan berharap para ulama popular ini, tidak kira parti yang mereka pilih, akan menggunakan seluruh kekuatan minda, intelek, spiritual dan fizikal mereka untuk mengagungkan Allah SWT, dan tidak ada tujuan lain selain tujuan murni ini. - mStar

1 comment:

  1. Kenyataan Hasang Ali ini sama juga dia mengatakan kepada ulama dan pendakwah bebas yang sebelum jatuh ke lembah politik UMNO bila sudah tenggelam dalam kemewahan dan gelaran mereka ulama-ulama ini telah menghalalkan semua sehinggakan perkara mudah menutup aurat bagi isteri-isteri pemimpin pun tak berani nak tegur jadi serupa juga di mala'un ni cakap berdegar-degar tapi taik penuh di pungkur .

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa