Saturday, February 16, 2013

Arab Spring Pastinya Tidak, Malaysian Spring Mungkin!

Peratusnya kecil dan mungkin tidak
Tak ada siapa manusia waras yang nakkan huru-hara
Pada saya apa nak dirisaukan 'Spring' atau Sprung
Pasti ada sebabnya

Saya rasa segalanya bergantung pada SPR
Mungkin rakyat akan tengok dan menilai bagaimana wajah SPR dan kepada siapa mereka berkerja

Apa pun sebenarnya manusia 'creeple' ni gempaq jer lebih
Sekali gitu, sekali gini
Diakui dia bijak tapi otak bijak dia tu dia pakai ker tidak?
Tiada Ciri-Ciri 'Arab Spring' Di Malaysia - Dr Chandra Muzaffar
KUALA LUMPUR: Ciri-Ciri yang boleh menjurus kepada kebangkitan diistilah sebagai 'Arab Spring' seperti yang berlaku di dunia Arab tidak wujud di negara ini, kata Pengerusi Yayasan 1Malaysia Dr Chandra Muzaffar.
Dr Chandra, yang juga Presiden Just World, berkata istilah itu sendiri tidak tepat kerana telah dimanipulasi pihak barat bagi menunjukkan tindakan ganas sesuatu negara, terutama membabitkan masyarakat Islam.
"Kita mengamalkan sistem demokrasi, iaitu ada pilihan raya yang bebas dan ekonomi yang berkembang, berbanding di sesetengah negara Arab yang mengamalkan sistem dinasti, iaitu mewariskan takhta (pemerintahan) mereka," katanya ketika menjadi anggota panel program Bicara Rakyat - Analisa 'Arab Spring' di sini malam Jumaat.
Program bual bicara yang dikendali moderator Sayed Munawar Syed Mustar itu turut bersiaran secara langsung di TV1.
Seorang lagi anggota panel, Pengerusi Eksekutif Akademi Aidit Sdn Bhd Datuk Aidit Ghazali berkata kebangkitan yang berlaku di dunia Arab tidak boleh sama sekali dikiaskan dengan situasi di negara ini.
Beliau berkata ini kerana pemerintahan pemimpin sedia ada di Malaysia sentiasa responsif terhadap masalah dan kehendak rakyat.
"Di negara Arab, sesuatu masalah itu tidak diselesaikan dengan tepat," katanya sambil menjelaskan ketidakpuasan hati yang berlaku di negara ini ialah dalam skala dan sebab berbeza.
"Ia lebih kepada hasutan sesetengah pihak yang mahu mengelirukan rakyat," katanya.
Pensyarah di Jabatan Pengajian Strategik dan Antarabangsa, Universiti Malaya Profesor Datuk Mohamad Abu Bakar pula berkata protes jalanan di negara ini masih dilihat terkawal dan boleh diawasi melalui sistem Perlembagaan yang teratur.
Beliau turut menggesa golongan mahasiswa supaya memahami apa sebenarnya fenomena kebangkitan yang berlaku di dunia Arab bagi membolehkan mereka membuat pertimbangan sewajarnya.
"Kalau golongan muda tidak mengikuti arus global, mereka akan beku dan kaku. Justeru, mereka perlu sentiasa meneliti keadaan semasa untuk membolehkan mereka membuat pertimbangan yang bijak tanpa merosakkan negara," katanya. -   mStar

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa