Saturday, February 23, 2013

Awat Hang Takut Sangat?

Nak sangat ker orang tua ni?
Sekali rasa kesian
Sekali rasa nak tergelak
Napelah dia ni takut sangat?

Inilah jenis manusia dikejar dosa....
Kata orang tua-tua tu tepat kot? 

Jalanya adalah taubat, minta maaf dan mhon ampu kepada Allah Yang Maha Pengampun - berhentilah dari melalut!

Dr M persoal sama ada pembangkang akan benarkan ‘hukuman tanpa bicara’
February 23, 2013

KUALA LUMPUR, 23 Feb — Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan individu yang dianggap sebagai musuh kerajaan akan dihukum tanpa bicara jika berada dibawah pemerintahan pembangkang, sambil menambah walaupun menyokong pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pembangkang juga menyokong polisi liberal dianjurkan oleh Amerika Syarikat.

Dalam artikel di blognya semalam, mantan perdana menteri tersebut mendakwa pemimpin pembangkang menyatakan pandangan yang sangat kuat terhadap elemen tahanan tanpa bicara di bawah ISA, tetapi tidak pula mengkritik AS yang menghukum mana-mana individu yang dianggap pengganas tanpa perlu dibawa ke mahkamah.

“Saya tertanya-tanya rakyat Malaysia yang membantah penahanan tanpa perbicaraan, apakah pendapat mereka menentang hukuman tanpa perbicaraan. Setakat ini, mereka tidak mengulas mengenai isu ini, “ kata ahli politik veteran itu dalam blognya.

“Mungkin mereka ingat pembunuhan tanpa perbicaraan tidak seteruk penahanan tanpa perbicaraan. Mungkin ini akan mereka lakukan jika memerintah negara ini. Saya tertanya-tanya,” tambah beliau lagi.

Pemimpin lantang tersebut yang mempunyai pengaruh besar dalam Barisan Nasional dan Umno dilihat semakin agresif berkempen untuk parti pemerintah sejak beberapa bulan ini, serta sering menasihati rakyat dalam ucapannya dan semasa sidang media supaya tidak menukar kerajaan.

Dr Mahathir juga sering berkempen untuk sebahagian pengundi konservatif Melayu, serta sering mengulangi amaran perpecahan dalam kaum akan menyebabkan kumpulan masyarakat utama dalam negara iaitu kaum Melayu akan hilang kuasa politik kepada bukan Melayu.

Namun, artikelnya terbarunya hari ini Dr Mahathir nampak berhati-hati apabila tidak menyatakan mana-mana individu ataupun menamakan Pakatan Rakyat (PR) apabila mencadangkan kerajaan baru mungkin menyokong pembunuhan sewenang-wenangnya keatas mereka yang dianggap sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara.

Walaubagaimanapun, pendahuluan artikel beliau menegaskan pembangkang yang sering membantah dan menggesa pemansuhan ISA kerana ia membenarkan tahanan tanpa bicara.
Dr Mahathir juga berkata pembangkang adalah pihak yang sering mengambil berat tentang hak asasi manusia dan prinsip-prinsip keadilan.

Pentadbiran Najib telah menggubal akta yang diperkenalkan British pada 1960 untuk menangani pemberontakan komunis tersebut pada September 2011 dan memberikan alasan ia adalah sebahagian daripada janji kerajaan bagi memberikan kebebasan yang luas kepada rakyat Malaysia disini.

Tetapi Dr Mahathir mengingatkan pembangkang bahawa di AS, individu yang dikelaskan sebagai pengganas dibunuh tanpa perbicaraan.

“Di AS, seseorang itu tidak perlu diberitahu bahawa dia adalah seorang pengganas. Dia tidak perlu didakwa di mahkamah undang-undang. Dia boleh dibawa keluar iaitu dibunuh oleh ejen AS,” katanya lagi.

Dr Mahathir menambah bahawa umumnya di Amerika Syarikat, seseprang yang dikelaskan sebagai pengganas adalah Muslim, dan sekali dianggap pengganas, individu ini dianggap ancaman selamanya kepada AS dan oleh sebab itu wajar untuk membunuhnya.

Dr Mahathir berkata, kerajaan di negara asing mungkin atau tidak mungkin tidak menyedari pembunuhan sebegini sebagaimana kerajaan AS putuskan bahawa individu-individu ini yang disasar adalah pengganas, tiada kebenaran diperlukan untuk membunuh.

“AS mempunyai hak untuk melanggar ruang udara mereka, kedaulatan mereka dan menghantar pengintip atau kenderaan tanpa pemandu untuk membunuh individu berkenaan.
“Dalam proses itu, orang lain yang tidak bersalah juga akan dibunuh. Itu terlalu buruk. Mereka adalah mangsa,” katanya.

Dr Mahathir sering memberi amaran bahawa kerajaan AS dan Israel telah berkonspirasi untuk menjayakan perubahan rejim di Malaysia melalui “kerajaan boneka” yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas timbalannya yang kini pemimpin PR

2 comments:

  1. haha...gelak besar baca artikel bekas pm nie

    ReplyDelete
  2. DIAM, DIAM, DIAM bolak tak.
    Kalau masih ada titisan hormat pada kamu akan terus kering kontang.
    JADILAH NEGARAWAN BUKAN BADUT BANGSAWAN.
    SOALAN :

    Selama ini siapa yang melaksanakan hukum tanpa bicara?
    Hang kan. Memisahkan isteri dari suami, anak dari bapa, bertahun-tahun ada waris tahanan yang kembali kerahmatulLah tak sempat bertemu waris, ibu bapa dan anak?

    SAPA SAPA BUAR TU SEMUA SELAMA NI.
    MELAYU MAMAK MEMANG MUDAH LUPA.......
    TOLONG BAGI TAU KAT DIA... HAPRAK PUNYA ORANG TUA

    Tokwan Perak

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa