Tuesday, February 26, 2013

Kelantan Negeri Miskin!

Pada hari Ahad 24 Feb. saya ke Kuantan menemani isteri mesyuarat. Biasalah bila pencen ni selalu saja ke hulu - ke hilir isteri minta di temani sekiranya beliau ada urusan di luar. 

Seronok juga boleh makan angin dengan segala kos free ditanggung oleh syarikatnya. Dulu semasa masih bekerja masa bersamanya di luar rumah terhad. Sekarang bebas nak ke mana, nak buat apa pun!

Di Kuantan kami menginap di Grand Continental. Isteri kata senang nak cari makan kalau tak mau makan di Hotel. 

Petang tu  kami pun merayap di sekitar Hotel nak makan malam, tetapi saya hampa dan agak terkilan kerana semua restoran di keliling Hotel tu adalah restoran Mamak. Di celah-celah restoran Mamak tu hanya ada satu restoran Melayu. Kami masuk dan makan. Oklah juga masakan di situ dan harga pun bolehlah....

Yang saya tak puas hatinya adalah kenapa banyak sangat restoran Mamak dan saya tengok pelanggan pun sentiasa penuh. Tak ramai ke Melayu Pahang yang mampu buka restoran selain dari berniaga di gerai? Pelanggan Melayunya, pula apa istimewanya manu dan cita rasa yang ada di restoran mamak?

Apa bendanya istimewa sangat di kedai mamak? 
Di Penang memang jajahan mamak tapi saya tengok di mana-mana pun dari perlis sehingga ke Sabah kedai mamak amat banyak dan sentiasa penuh dan pengunjungnya pula majoritinya Melayu!

Kalau macam ni tak heranlah Shafie pun Bedal anak mami.....

Haa....itu cerita mamak dan cerita keadaan jalan pula bagaimana?

Sebenarnya sudah dua tahun saya tidak ke Kuantan. Apa yang saya nampak dan lalui hanya di sekitar bandar Kuantan saja jalannya yang elok dan selesa. 

Pemanduan saya dari Kota Bharu ke Kuantan amat menyeksakan kecuali di LPT baru dari Kg. Gemuruh ke Bukit Besi. Selain dari itu jalan raya dipenuhi lubang dan lopak, tambahan pula saya memandu di dalam hujan sepanjang perjalanan asyik  terjun lopak dan lubang saja!

Pada penilaian saya Jalan raya di Kelantan lagi cantik dan selesa. Ingatkan dilaungkan Kelantan negeri miskin oleh Pemimpin BN, di negeri yang di tadbir BN yang dikatakan kaya tapi banyak hutang ni, pasti jalan rayanya elok, tapi hampeh!

Haa...kebetulan pula kedua-dua negeri Terengganu dan Pahang di ketuai oleh dua Menteri Besar yang dilabelkan 'samseng'@gedebe

Semasa balik ke Kota Bharu malam tadi, entah macam mana saya terlencung pula ke jalan pantai ikut kemaman. Mak oii....dahlah trafficnya heavy, hujan pula lebat tak henti-henti. Keadaan jalan pula banyak berlopak dan air bertakung. Agak-agak patah gigi kalau terjun lubang!

Tak tahan dengan keadaan itu, setibanya berhampiran Dungun saya terpaksa melencung pula ke arah Bukit Besi untuk mengambil semula LPT yang setakat ini menyambungkan Bukit Besi ke Kampong Gemuruh dan seterusnya melalui jalan raya biasa ke Kota Bharu.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa