Tuesday, February 19, 2013

Mahathir Memegang Tali Hidung Najib?

Rupanya bukan kita saja yang sedar yang Mahathir menguasai Najib, Australia pun tahu.
Itu sebab saya selalu kata 'Kesian...Najib' segenap penjuru hidupnya dikontrol oleh tangan luar kerajaan.

Di bawah ni pula adalah hasil transforasi Najib, rupanya ini adalah salah satu hasilnya...

- Callick berkata Najib mengimplementasi perubahan seperti Program Transformasi Kerajaan (GTP) untuk membaiki perkhidmatan awam, dan memotong subsidi gula dan petrol, serta mengurangkan pemilikan Bumiputera dalam syarikat yang disenaraikan daripada 30 peratus kepada 12.5 peratus.

Pengusiran Xenophon bukti “uber-patriotisme” Mahathir kembali, kata akhbar Australia
February 19, 2013

Senator bebas Australia Nick Xenophon.
KUALA LUMPUR, 19 Feb — Pengusiran senator bebas Australia Nick Xenophon menunjukkan pentadbiran Najib kembali kepada "uber-patriotisme dan uber-Islam" pentadbiran Mahathir dalam pilihan raya 2013 menjelang, kata akhbar Australia, The Australian hari ini. 

Ketua pengarang The Australian bahagian Asia Pasifik Rowan Callick berpendapat populariti Datuk Seri Najib jatuh ke peringkat terendah dalam masa 16 bulan ini, walaupun dasar-dasar seperti membatalkan pengharaman dua akhbar pembangkang dan membebaskan 13 tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada hari Najib menjadi perdana menteri pada 2009.

"Selain melantik konsultan yang berkos tinggi, terutamanya dari Amerika Syarikat, mereka cuba untuk menggunakan strategi (Tun Dr) Mahathir Mohamad, perdana menteri keemapat, yang memerintah selama 22 tahun sehingga 2003," kata Callick dalam komentarnya hari ini.

"Jadi pengusiran Xenophon pada minggu lalu tidak memeranjatkan, sebagaimana Menteri Luar (Australia) Bob Carr menggambarkannya. Ini adalah sebahagian dari mereka kembali kepada paten uber-patriotisme dan uber-Islam yang berjaya dalam pilihan raya di bawah pemerintahan Mahathir," katanya lagi.

Callick juga turut menyebut lawatan Najib ke Semenanjung Gaza bulan lalu sebagai tetamu kerajaan Hamas, yang digelar oleh ketua pengarang tersebut sebagai "salah sebuah organisasi pengganas yang ditakuti dunia."

Kajian dari Merdeka Center bulan lalu mendedahkan sokongan terhadap Najib menurun kepada 63 peratus dari 65 peratus pada November lalu.

Callick berkata Najib mengimplementasi perubahan seperti Program Transformasi Kerajaan (GTP) untuk membaiki perkhidmatan awam, dan memotong subsidi gula dan petrol, serta mengurangkan pemilikan Bumiputera dalam syarikat yang disenaraikan daripada 30 peratus kepada 12.5 peratus.

"Tetapi namanya dikaitkan dengan kematian yang melibatkan wanita Mongolia dalam siri pembelian pertahanan melibatkan ratusan juta ringgit, dimana beliau dua kali menjadi menteri pertahanan," katanya merujuk kepada kes kematian kontroversi Altantuya Shaariibuu pada 2006.

"Parti tersebut semakin bimbang apabila pilihan raya yang akan berlangsung selewat-lewatnya pertengahan tahun ini, tetapi Najib masih belum berhadapan dengan pengundi. Beberapa bulan lalu mereka cuba memisahkan pakatan pembangkang yang diketuai (Datuk Seri) Anwar Ibrahim tetapi tidak berjaya," kata ketua pengarang itu lagi.

Xenophon, yang merupakan sebahagian dari delegasi parlimen bi-partisan dari Australia, diusir dari Malaysia Sabtu lalu kerana dikatakan "ancaman keselamatan" kepada negara ini.

Beliau ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Anwar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memantau sistem pilihan raya negara ini.

Callick berkata bahawa Dr Mahathir masih berpengaruh dalam Umno.

Beliau memetik kenyataan professor University of Queensland David Martin-Jones, yang mengkaji politik Malaysia berkata: "Najib ditekan oleh sayap ekstrem Umno, Perkasa, yang dikaitkan dengan Mahathir, jadi pengaruh sayap ini berterusan memainkan garisan nasionalis Melayu tegar."

Bulan lalu Anwar berkata kumpulan pejuang hak Melayu Perkasa memberi khidmat luaran untuk melakukan ketaksuban bangsa dan agama.

Perkasa juga melobi menentang dasar pentadbiran Najib yang mahu mengubah ekonomi lebih inklusif untuk meningkatkan daya saing akibat polisi afirmatif yang mengurangkan kemampuan negara.

Ketua pengarang luar negara The Australian Greg Sheridan bagaimanapun mengatakan tindakan Xenophon sebagai "bodoh dan mempromosi diri sendiri".

Sheridan menuduh Xenophon berkempen untuk pembangkang dan ideanya untuk menghantar pemantau pilihan raya ke Malaysia sebagai "bodoh dan tidak praktikal".

"Malaysia adalah sebuah negara paling demokratik di Asia Tenggara, pilihan rayanya mungkin tidak sempurna, tetapi ia lebih baik dari kebanyakan di dunia," katanya lagi.

Tetapi akhbar Australia Sydney Morning Herald berkata pengusiran Xenophon minggu lalu menunjukkan pentadbiran Najib "takut" bahawa rakyat Malaysia suda mencapai kematangan untuk mendapatkan kebebasan demokrasi.

Ketua pengarang akhbar bahagian antarabangsa Peter Hartcher berkata kerajaan Barisan Nasional (BN), walaupun memerintah lebih dari setengah abad, tetapi masih gagal memupuk negara ke arah demokrasi matang, dan bimbang pilihan raya adil dan bersih akan menjadikan mereka hilang kuasa.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa