Thursday, February 28, 2013

Setiap Kali Mamat Ni Buka Mulut, Baunya Nak Termuntah Seluruh Alam

Jadi bahan kempen?
Malaun ni memang tak faham dan takkan faham kerana dia buat-buat tak faham
Rakyat bising sebab kerja kamu kotor, tak bersih, lintang-pukang, 'cepuah' 
Cakap pula berbelit-belit
Buat senongeh tak kian habis dengan segala peraturan bodoh
Kalau semuanya ok, tak siapa nak bercakap, nak bising
Pandanglah ke dalam diri sendiri tu dulu!

SPR: Jangan campur urusan pilihan raya untuk berkempen

Fazy Sahir | February 28, 2013

Suruhanjaya itu memberi jaminan bahawa setiap daftar pemilih diteliti dan disemak setiap hari sehingga pembubaran parlimen.
SHAH ALAM: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan segelintir pihak agar tidak mencampurkan urusan pilihan raya dan SPR untuk tujuan berkempen.
“Jangan campur aduk urusan pilihan raya untuk tujuan berkempen. Nampak mereka tidak hormati undang-undang,” kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau menjawab mengenai dakwaan mengenai daftar pemilih yang tidak dibersihkan Menurutnya, SPR memberi jaminan bahawa setiap daftar pemilih diteliti dan disemak setiap hari sehingga pembubaran parlimen.
“Daftar pemilih dibersihkan setiap hari sampai hari parlimen dibubarkan. SPR teliti untuk isytiharkan tentang daftar pemilih pilihan raya.
“Maka dakwaan bahawa senarai pengundi yang dah meninggal SPR tidak bersihkan itu hanya cerita dari tahun lepas.
“Kita bersihkan melalui Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (Mimos), JPS dan tiap-tiap hari kita online. Itu hanya kempen dia. Jika mereka cakap tentang daftar pemilih itu kempen. Maka jangan kaitkan SPR, sebab SPR tidak bertanding dalam pilihan raya.
Tidak rapat dengan Umno
Beliau turut menepis dakwaan segelintir pihak bahawa dirinya rapat dengan Umno, adalah satu tuduhan tidak berasas kerana setiap kenyataan yang dikeluarkannya berlandaskan undang-undang, tanpa menyebelahi mana-mana pihak mahupun parti politik.
“Saya bercakap benda betul,  kenyataan saya berlandasan undang-undang … saya lama dalam SPR, ini undang-undang, kalau siapa yang melanggar undang-undang, dia yang terasa pedasnya.
“Saya bercakap kerana saya mempertahankan sistem pilihan raya, bukan mempertahankan mana-mana parti. Saya faham kerja saya,” katanya menafikan dakwaan tersebut.
Wan Ahmad juga turut memberi peringatan kepada para pengundi agar mematuhi peraturan semasa pilihan raya umum ke-13.
Katanya, SPR tidak akan teragak-agak untuk meminta pengundi tersebut keluar dari tempat pengundian.
Beliau mahu pengundi perlu mendengar nasihat daripada SPR sendiri dan bukannya daripada pihak lain bagi mengelakkan sebarang kekacauan.
`Jangan dengar cakap orang lain’
“Mana-mana yang enggan mematuhi peratutan, maka SPR tiada pilihan, kita akan minta pengundi keluar dari tempat mengundi.
“Jangan dengar cakap orang lain berhubung dengan proses pilihan raya. Hanya SPR badan yang berwajib, pegawai-pegawai kita yang dilatih untuk membuat keputusan,” katanya lagi.
Ditanya adakah perkara tersebut pernah berlaku pada pilihan raya lalu, Wan Ahmad berkata, ia pernah terjadi tetapi ianya kes terpencil.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa pilihan raya kali ini adalah berbeza dan SPR bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan.
Pada Konvesyen Pakatan Rakyat lalu, Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli mendakwa akan bekerjasama dengan NGO Asal Bukan Umno (ABU) bagi menakut-nakutkan pengundi ‘warganegara segera’.
Ditanya mengenai saman fitnah terhadap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan akhbar Harakah kerana didakwa menjatuhkan integriti dan kredibilitinya sebagai pegawai tinggi dalam SPR.
Beliau berkata saman tersebut akan difailkan minggu hadapan oleh peguamnya

2 comments:

  1. manusia ada kelemahan jangan perasan ok 24 jam ini sikap yang akan menjahanamkan manusia sebab itu kena ditegur untuk tambahbaik hidup jangan banyak sombong oi

    ReplyDelete
  2. kalau ada pati2(tak kira bangsa apa)nak masuk mengundi, kita mau tendang terajang sama dia.. semua rakyat malaysia mau satu hati,hentam sama pati2 ni..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa