Kalau kita orang Sabah
Agak apa rasanya bila PATI pun diberikan hak memilih dan menentukan Pemimpin yang mentadbir negara?
Pada akulah, dunia akhirat aku rela
Dunia akhirat aku takkan ampunkan pengkhianat-pengkhianat yang menghalalkan hak yang tidak sepatutnya ini - mereka inilah penderhaka kepada negara sebenarnya!
SPR: Pengundi diragui didedahkan RCI, layak mengundi
OLEH Md IZWAN
KUALA LUMPUR, 30 April — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengatakan 60,673 kad pengenalan (IC) meragukan seperti didedahkan dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan dengan “Projek IC” masih sah kerana tiada sebarang keputusan muktamad diputuskan.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menjawab dakwaan pemantau pilihan raya Malaysian Electoral Roll Analysis Project (MERAP) yang mengatakan senarai pengundi bermasalah tersebut masih berada dalam daftar pemilih.
“Senarai daftar pemilih yang dibangkitkan dalam RCI itu masih sah, lagipun tiada sebarang keputusan muktamad yang dicapai.
“RCI pun masih belum habis dan buat keputusan, macam mana kita nak buang daftar pemilih tersebut,” kata Abdul Aziz kepada The Malaysian Insider.
Abdul Aziz juga berkata pengundi tersebut adalah warganegara Malaysia, malah daftar pemilih tersebut telah dipamerkan sejak dua minggu lalu bermula pada 17 Januari lalu dan selesai diwartakan sebagai pengundi untuk pilihan raya 5 Mei ini.
“SPR telah pun pamerkan senarai daftar pemilih itu selama dua minggu, kalau mereka bantah sepatutnya ia buat dalam tempoh itu.
“Kenapa sekarang mahu membangkitkan dan membuat macam-macam tuduhan,” katanya lagi.
MERAP mendakwa Kebanyakkan pengundi ini didaftarkan dengan alamat tidak lengkap, di bawah jantina berlainan atau tarikh lahir berbeza atau di negeri yang mereka tidak dilahirkan, dengan contoh pelbagai orang didaftarkan di bawah satu IC.
Lebih kurang 80 peratus daripada 60,653 pengundi didaftarkan dengan alamat tidak lengkap, 44 daripada mereka di bawah jantina berlainan, 193 di bawah tahun lahir berbeza dan 123 di negeri yang mereka tidak dilahirkan, kata pembantu penyelidikan MERAP Lee Wee Tak hari ini.
Beliau mengatakan pendaftaran tertinggi berlaku diantara 1990 hingga 1993 apabila Sabah diperintah oleh parti pembangkang Parti Bersatu Sabah (PBS).
Abdul Aziz walau bagaimanapun berkata SPR tidak mempunyai kuasa untuk memberikan IC ataupun kewarganegaraan seperti yang didedahkan dalam RCI, menegaskan semua pendaftaran pengundi dilakukan hanya jika individu tersebut memiliki kad pengenalan biru.
“Macam mana mereka mendapat IC atau warganegara itu bukan kerja SPR, apabila warganegara membawa IC biru untuk mendaftar sebagai pengundi kita kenalah terima,” terang Abdul Aziz lagi.
RCI berkenaan “Projek IC” di Sabah telah ditangguhkan ke 20 Mei iaitu dua minggu selepas pilihan raya, disebabkan kerana insiden pencerobohan pengganas bersenjata Sulu di Lahad Datu, Sabah pada Februari lalu.
Sesi pendengaran pertama diadakan selama lima hari, bermula 14 Januari. Sehingga kini, 62 saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Pada Pilihan Raya 2008, BN akan kehilangan majoriti tradisi dua pertiga sebahagian besarnya disebabkan oleh kekalahan besar di semenanjung dimana mereka hanya menang 85 kerusi manakala pembangkang mendapat 80 kerusi.
BN diselamatkan oleh Sabah, Sarawak dan Labuan dimana gabungan pemerintah itu menundukkan pembangkang, hampir menyapu bersih apabila menang 55 kerusi parlimen manakala pembangkang hanya menang dua.
Sejumlah hampir 13.3 juta pengundi termasuk 5,200 pengundi luar negara layak untuk mengundi untuk memilih 222 wakil di Parlimen dan 505 wakil Dewan Undangan Negeri (DUN) di 12 negeri. Sarawak telah menjalankan pilihan raya negeri pada 2011.