Tuesday, April 30, 2013

Muhyiddin Memang Dah Jadi Badot, Merapu Dah.....!

Kalau Anwar jadi PM kuasa asing akan masuk campur- kata Muhyiddin
Lupakah pada hakikat wahai Muhyiddin
Sekarang pun Yahudi dan syarikatnya sudah pun dibawa masuk!

Anwarkah yang membawa masuk Yahudi-Yahudi ini dan syarikatnya pada kedudukan stratergik negara?

Nak melawak pun biarlah bertempat 
Nak menipu biar kepada orang yang bodoh - tapi yang bodoh itu sape ek?
Ini bukan di zaman batu, rakyat senang ditipu
Bukan di zaman rakyat hanya baca Utusex dan Berita Hairan saja
Bukan tengok TV3/4 dan TV rapu saluran 1 dan 2 sahaja
Bukan lagi di zaman sekolah beratap nipah berdinding buluh!
Muhyiddin: Kuasa asing masuk campur jika Anwar jadi PM
BATU PAHAT - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, negara bakal berhadapan dengan ancaman besar jika pembangkang memerintah negara ini kerana ada kuasa asing yang bersedia masuk campur jika ketua pembangkang dilantik menjadi perdana menteri.

"(Jadi) jangan masuk kepada kubu pembangkang kerana di sebalik pembangkang ini ada kuasa-kuasa asing yang memang bersedia masuk ke Malaysia kalau (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) menjadi perdana menteri.

"Mereka akan mencampuri dasar mereka (pembangkang), program mereka dan ini bahaya sebab itu ALLAH nak tunjuk, dan parti pembangkang kini (pun)kian rapuh," kata timbalan perdana menteri ketika berucap merasmikan SJKC Yong Peng 2 di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Ir Wee Ka Siong dan Pengerusi Barisan Nasional Air Hitam Datuk Shamsolbari Jamali.

Sehubungan itu, Muhyiddin meminta rakyat bangkit dan bangun memberi isyarat kepada pembangkang bahawa rakyat mahu pertahankan negara ini daripada jatuh kepada pembangkang.

Katanya, negara juga berhadapan dengan ancaman besar kerana pembangkang bercita-cita mengambil alih pemerintahan negara tetapi dalam masa yang sama mereka sendiri tidak bersatu.

"Saya baca dalam surat khabar hari ini, macam-macam berita...dia mula bergaduh sesama sendiri. Mungkin setahun dua dahulu dia simpan... nak keluar, tetapi mereka tahan, mereka tutup jangan cakap tetapi orang dia (DAP) kini sudah mula bercakap minta jangan sokong Pas," katanya.

Anwar sendiri, kata Muhyiddin, tidak pernah jujur dalam perjuangan politiknya menyebabkan ramai rakan-rakannya yang suatu ketika dahulu bersama-sama dalam PKR sudah mula meninggalkannya.

Timbalan perdana menteri berkata Pas pula sibuk hendak mewujudkan negara Islam dengan melaksanakan hudud tetapi sekutunya DAP menentang keras pelaksanaan hukum itu.

Pas juga hanya mampu membina sebuah masjid sepanjang tempoh memerintah Kelantan, katanya.

Beliau turut meminta rakyat berfikir panjang kerana hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi (Ahad ini) untuk mereka menentukan kerajaan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Timbalan perdana menteri berkata kerajaan BN memerlukan undi rakyat untuk mempertahan negara daripada ideologi, fahaman, adat dan budaya yang bertentangan daripada yang berlaku selama ini.

Selain itu Muhyiddin berkata, pelabur asing turut menyuarakan kebimbangan jika sekiranya pembangkang menguasai negara termasuk Johor. 

Mereka khuatir pelaburan mereka berbillion ringgit akan rugi jika sekiranya DAP menang di kawasan parlimen Gelang Patah, katanya.

Bagaimanapun sebagai Pengarah Pilihan Raya BN, beliau yakin BN mampu kembali memegang tampuk pemerintahan negara dan negeri Johor hasil kerja kuat jentera pilihan raya dan dasar transformasi yang dilakukan kerajaan. - Bernama

1 comment:

  1. fikiran yang matang adalah perlu buat rakyat memilih

    http://relaxkedaikopi.blogspot.com

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa