Wednesday, April 24, 2013

Adakah Ini Juga Senjata Makan Tuan?

Malangnya nasib
Nampaknya semuanya cara sudah menjadi tidak kena
Apakah ikhtiar selepas ini
Iklan takutkan pengundi dengan Pakatan mungkin memakan diri, kata industri
TERKINI @ 06:34:30 PM 24-04-2013
KUALA LUMPUR, 24 April — Kempen Barisan Nasional (BN) dalam akhbar yang memainkan isu kaum untuk menakut-nakutkan pengundi ke atas Pakatan Rakyat (PR) mungkin memakan diri pada pilihan umum 5 Mei ini, kata sumber dalaman industri dan ahli politik pembangkang.

Antara iklan bertulis yang dimainkan untuk menakutkan masyarakat Cina terhadap pengaruh parti Islam PAS, manakala orang Melayu pula ditakutkan dengan pengaruh DAP, dengan slogan "Undi kepada DAP adalah undi kepada PAS" dan sebaliknya.
"Sebuah iklan dalam akhbar yang dimiliki MCA, The Star mengambarkan roket terbang ke awan untuk menunjukkan simbol bula PAS dalam keadaan terjaga dengan mesej berbentuk: "Kuasa di belakang DAP adalah PAS. Pertama adalah bendera. Esok prinsip fundamentalis pula?".
"Iklan tersebut menunjukkan ia direka untuk menunjukkan keraguan dan ketakutan orang Cina bahawa mereka mungkin hilang kebudayaan dan pendidikan jika memilih DAP," kata Masjaliza Hamzah daripada Center of Independent Journalism kepada The Malaysian Insider.
"Ia adalah konsep kosong. Hanya tuduhan tanpa kebijaksanaan atau rasa hormat. Ia iklan yang sangat merendah-rendahkan, satu penghinaan kepada kebijaksanaan rakyat," kata seorang penulis iklan, Kevin, 32, yang mendedahkan nama sebenarnya.
"Mereka terlupa peraturan utama pengiklanan. Tiada pengiklanan boleh menyelamatkan produk yang buruk, "katanya.
Iklan tersebut adalah bertujuan untuk memburukkan DAP yang berdepan tekanan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang tidak mengiiktiraf barisan jawatankuasa eksekutif pusatnya (CEC), hingga memaksa parti tersebut membuat keputusan untuk memakai simbol bulan milik PAS dan bukan simbol roket miliknya.
Walaubagaimanapun, parti pembangkang tidak bimbang tentang iklan BN tersebut yang mungkin memberi pengaruh negatif, sebaliknya memberitahu The Malaysian Insider mereka sebuah gabungan yang sangat bersatu-padu.
"Memang benar undi untuk DAP adalah undi untuk PAS, dan pada masa yang sama undi PAS adalah undi untuk PKR, dan undi untuk PKR adalah undi untuk DAP. Kami bersama-sama dalam gabungan, "kata Tony Pua, setiausaha publisiti kebangsaan DAP dan MP Petaling Jaya Utara.
"Iklan itu bagus... saya harap BN terus untuk melaungkan slogan itu. Tiada undi untuk BN," kata timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu.
Pengguna Twitter @patricklsk bersetuju dengan menulis: "MCA sebenarnya membayar untuk iklan akhbar bagi mempromosikan kerjasama DAP-PAS? Ini sangat menakjubkan! "freemarketing"
Namun, iklan tersebut tidak bukan diterima semua dan kebanyakkan iklan membuat orang ramai marah.
"Kami berbual tentang perkara itu dalam pejabat hari ini. Seseorang bertanya kepada saya sama ada sudah melihatnya dan saya jawab ya, saya sudah lihat. Datanglah sini, ia dalam tong sampah saya," kata seorang pengarah akaun yang enggan dinamakan.
"Lebih banyak iklan mereka letak, lebih ramai rakyat akan marah. Mereka hanya mengali kubur untuk diri sendiri," katanya.
Contoh iklan anti-pembangkang Barisan Nasional di akhbar tempatan.
Seorang pegawai eksekutif operasi di sebuah agensi menggambarkan iklan diThe Star, dengan tiga ke lima pembangkang menghentam iklan dalam setiap satu akhbar, melihatnya sebagai "terlalu melampau" dan akan menyebabkan rakyat akan jemu.
"Semua mereka buat adalah salah. Mereka beri terlalu banyak perhatian kepada pembangkang daripada menggariskan pencapaian mereka sendiri," kata beliau.
"Tapi ia baik untuk lawak, lawak yang sangat mahal," tambahnya lagi.
Pua berkata, BN telah menggunakan isu ketakutan kaum dalam empat pilihan raya sebelum ini dan DAP kemudiaan bertindak balas dengan kemarahan, tapi tidak kali ini.
"BN masih bermain politik lama. Kami semua telah melangkah keluar politik lama," katanya.
Seorang pengguna Facebook, Tan Lin Li, menulis: "Serang polisi, bukan parti," serta menghantar gambar iklan DAP yang diterbitkan dalam The Rocket danSinar Harian menampilkan ketua menteri Pulau Pinang dan setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng yang juga berlegar-legar dalam laman sosial bagi menangani iklan-iklan daripada BN.
"Tiada apa yang perlu ditakuti dan saya percaya orang-orang di Malaysia adalah bijak hari ini untuk membezakan pembohongan BN yang bertentangan dengan kebenaran perkara itu, "kata Pua.
Beliau menambah jika PR mempunyai wang, iklan yang mereka akan buat untuk menangani iklan tersebut adalah dengan berkata, "Satu undi untuk MCA adalah satu undi untuk Perkasa."
Masjaliza juga mempersoalkan sama ada iklan BN tersebut mematuhi Kod Amalan Pengiklanan Malaysia.
Datuk Johnny Mun, pengerusi 4As Malaysia, sebuah persatuan pengamal pengiklanan yang berkongsi amalan dalam industri, memberitahu Malaysian Insider bahawa kod ini hanya terpakai untuk pengiklanan produk secara amnya dan tidak mengawal iklan politik.
Masjaliza juga berkata iklan itu menjejaskan integriti bebas dan adil dalam media.
"Sebagai contoh, perbelanjaan pengiklanan hendaklah terhad kepada jumlah yang tertentu. Jika tidak ada had maka ia akan memberi kelebihan kepada pihak yang mempunyai dana besar," katanya.
Media sebelum ini melaporkan BN dan Pejabat Perdana Menteri telah membelanjakan sekurang-kurangnya RM73 juta pada bulan lepas untuk pengiklanan, langkah untuk mempertahankan Putrajaya dan yang termahal pernah dibelanjakan dalam sejarah pilihan raya Malaysia

3 comments:

  1. MCA tak pernah tengok gambar nyonya tua pakai topi bulan dan apek tua kibar bendera pas? Tak terlihat kah MCA orang2 muda melayu menjulang bendera roket? Tapi tak pernah jumpa satu gambar pun yang mempamerkan pemuda Umno angkat bendera MCA atau MIC; dan tak terjumpa gambar pemuda cina mengibarkan bendera keris bogel. Yang ada gambar Najib angkat gambar dacing terbalik untuk dijadikan payung terjun kecemasan bila BN lingkup. Yang terbaru seorang individu india mencium Zul Kulum yang menyebabkan 104 ahli MIC keluar parti.

    ReplyDelete
  2. belanja 73juta untuk iklan taraf sampah? patut la UBN digelar parti tong sampah....

    ReplyDelete
  3. rm73 juta???..banyak tu....duit sapalah tuh.
    kalau duit pembayar cukai....memang aku tak halalkan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa