Friday, April 26, 2013

Bila Agaknya Najib Akan 'Transform' Jadi Jantan?

Rakyat Malaysia pastinya terkilan kerana Najib tolak debat sedangkan kebanyakan rakyat ternanti-nanti
Tapi banyak pula alasannya

Sudah ditakdirkan agaknya, UMNO berketuakan seorang yang pengecut
Rakyat Malaysia berperdana menterikan sibacul!

'Cakap berdegar-degar, t**** tersangkut di celah pagar'
Najib pertahan haramkan ‘Allah’, tolak debat pilihan raya
OLEH JAHABAR SADIQ
PENGARANG
APRIL 26, 2013
KUALA LUMPUR, 26 April — Datuk Seri Najib Razak telah mezahirkan sokongan terhadap rayuan atas keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan pengunaan perkataan Arab untuk tuhan, “Allah”, oleh bukan Islam di Malaysia, menurut wawancaranya bersama saluran berita antarabangsa Al –Jazeera.
Perdana menteri kerajaan sementara itu turut memberitahu Veronica Pedrosa dalam wawancara yang akan disiarkan pada Ahad, beliau tidak berminat untuk berdebat dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum pilihan raya 5 Mei.
“Konsep Allah berbeza dalam Islam berbanding dalam Kristian, kita tidak seharusnya mengecewakan orang Islam dan orang Islam tidak seharusnya mengecewakan orang Kristian, kita tinggal secara harmoni selama bertahun-tahun dan ianya seharusnya berterusan,” kata beliau dipetik dari petikan wawancara yang diedarkan oleh Al-Jazeera versi bahasa Inggeris.
Mahkamah Rayuan Malaysia telah menetapkan 30 Mei sebagai tarikh untuk satu lagi kes pengurusan terhadap kerajaan dan rayuan Kementerian Dalam Negeri mengenai keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 perkataan “Allah” boleh digunakan oleh akhbar mingguan Katolik, Herald.
Pada 2007, kerajaan menghadkan penggunaan terma tersebut hanya kepada konteks orang Islam sahaja. Ini dibatalkan olah Mahkamah Tinggi dua tahun kemudian oleh kerana hakim mengatakan ianya tidak mengikut perlembagaan. Putrajaya membuat rayuan mengenai keputusan tersebut dan pelaksanaan singkat keputusan mahkamah 2009 sejak itu telah digantung.
Selepas keputusan mahkamah, terdapat beberapa siri letupan dan pembalingan batu terhadap beberapa rumah ibadat di Kuala Lumpur. Sebahagian daripada pesalah didakwa dan kemudiannya dihukum tetapi kes itu terus terpendam di hati.
Komuniti Kristian berjumlah kurang daripada10 peratus daripada populasi 28 juta di Malaysia akan tetapi kedua-dua Najib dan Anwar telah lama mula menarik mereka sebelum Pilihan Raya 2013
Najib juga mengatakan beliau lebih berminat melibatkan diri orang ramai secara langsung daripada berdebat dengan lawan politiknya.
“Terdapat pelbagai cara untuk sampai kepada rakyat, kedua-dua parti politik mempunyai banyak ruang di Malaysia… Kita tidak akan berdebat.. kita perlu melibatkan diri dengan rakyat, pembangkang akan melibatkan diri dengan rakyat,” kata Najib kepada Al-Jazeera.
Wawancara Najib akan disiarkan buat pertama kali di seluruh dunia pada 27 April, 12.30 tengah hari (waktu tempatan). Wawancara boleh dilihat melalui Saluruan Astro 513. Ulangan wawancara 30 minit itu akan disiarkan hari Ahad pada pukul 4.40 petang, Isnin 3.30 pagi dan 10.30 malam.
Beliau mengetuai Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya umum ke 13 dan telah dijadikan pengarah pilihan raya Selangor yang dikuasai oleh PR.
Terdapat 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di 12 negeri untuk dimenangi pada pilihan raya 5 Mei dan pemerhati menjangkakan BN akan terus menjadi kerajaan dengan majoriti lebih kecil.
Pilihan raya ini dijangka sengit kerana BN yang dahulunya dikenali sebagai Perikatan, telah memerintah negara semenjak negara Merdeka pada 1957 telah berkempen untuk beberapa inisiatif reformasi yang diperkenalkan oleh Najib yang mula berkhidmat empat tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa