Friday, April 26, 2013

JustUndi: Anggaplah Hanya Satu Jenis Permainan

Pakatan dominasi semua negeri


JustUndi: Pakatan dominasi semua negeri
KUALA LUMPUR- Just Undi merupakan satu aplikasi permainan android yang membolehkan rakyat negara ini menyatakan pilihan awal untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebelum hari sebenar mengundi pada 5 mei ini.
Berada di google play store sejak 5 Mac lalu, aplikasi ini membenarkan pengguna telefon pintar mengundi sama ada Pakatan Rakyat (PR) atau BN.
Sebelum membuat pilihan, pengguna diminta memilih negeri mana untuk diundi merujuk kepada kawasan mengundi pengguna tersebut.
Bagaimanapun, tiada kawasa sama ada Parlimen atau Dun disenaraikan dan pengguna hanya boleh memilih negeri sahaja.
Aplikasi ini juga hanya membenarkan pengunna mengundi sekali sahaja bagi mengelak pengundian berganda.
Kemaskini pada jam 1 tengah hari ini, keputusan JusUndi Poll menunjukkan sokongan di semua negeri didominasi oleh Pakatan Rakyat.
Perlis mencatatkan nisbah sokongan 67 peratus PR manakala 33 peratus BN, Kedah (74:26) BN, Pulau Pinang (81:19), Perak (80:20) dan Selangor (80:20).
Sementara itu di negeri selatan tanah air Negeri Sembilan (77:23), Melaka (73:27) dan Johor (71:29).
Bagi Wilayah Persekutuan pula, Labuan (63:37), Putrajaya (73:27) dan Kuala Lumpur (66:34).
Bagi negeri di Pantai Timur, Pahang (72:28), Terengganu (73:27) dan Kelantan (77:23), manakala Sarawak (66:34) dan Sabah (68:32).
Bagaimanapun di bahagian bawah aplikasi ini menyatakan bahawa, JustUndi adalah satu aplikasi mendidik masyrakat untuk mengundi dan tidak mencerminkan keputusan sebenar PRU13

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa