Wednesday, May 1, 2013

Kah...Kah....Ketuanan Melayu Ala UMNO

Apa kata Mamak yang kononya mengalahkan Melayu di sana?
Apa kata taukey tahi hari tu?

Konon PAS terpesong perjuangan kerana DAP 
UMNO terpesong dari membela hak Melayu kerana sape ek?
Di mana itu...apa nama....oh Perkasa?

Itulah bunyinya bila Badot membuka mulut!
Katak tepi longkang pun tergelak sakan....
Najib Beri Jaminan Umno Tidak Tuntut Jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang
BUKIT MERTAJAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa memberi jaminan Umno tidak akan menuntut jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang jika Barisan Nasional (BN) menang di negeri ini pada pilihan raya umum ke-13.
Najib berkata ini kerana BN merupakan sebuah parti gabungan yang mempunyai persefahaman dan matlamat yang jelas.
"Dalam apa juga keadaan Umno tidak akan tuntut jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang kerana kita mahu buktikan BN sebuah parti yang ada persefahaman yang jelas. Matlamat kita juga jelas.
"Kita (BN) bukan macam pihak di sebelah sana yang tiada persefahaman sehinggakan berlaku pertembungan antara mereka," katanya semasa berucap pada majlis pemimpin bersama rakyat di tapak pasar malam Perkampungan Juru di sini Selasa.
Lebih 10,000 orang hadir pada majlis itu termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen serta Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow.
Sementara itu, Najib menyeru penduduk Pulau Pinang terus menyokong BN agar lebih banyak pembangunan dapat diteruskan di negeri ini.
"Adakah kawasan ini akan memberi kemenangan kepada BN (disambut oleh orang ramai ya), adakah ini kubu kuat BN (ya)...terima kasih semua. Saya harap semua itu akan dibuktikan pada 5 Mei ini," katanya.
Najib turut menyifatkan Teng yang juga calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Tengah sebagai seorang yang berani kerana sangup bertanding di kawasan berkenaan.
"Jangan fikir Umno boleh control dia (Teng). Beliau seorang yang berani dan semua pemimpin parti komponen di negeri ini menyokongnya," katanya.
Pada PRU-13 ini, kawasan DUN Bukit Tengah menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Teng yang mewakili BN, calon PKR Ong Chin Wen dan calon Bebas A.Mohan. - mStar

1 comment:

  1. Hello my family member! I want to say that this
    post is awesome, nice written and come with almost all important infos.
    I'd like to look extra posts like this .

    my webpage ... polo factory store

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa