Tuesday, April 30, 2013

Kerja Jahat Ni Mesti Penyokong PR Yang Buat!

Anthony Loke, ko jangan main tuduh aaa.....
Orang PRlah punya angkara
Jahat dan tak beriman sungguh orang-orang PR ni yer?

Ada ke patut dah dibelasah, nak ditikamnya pula!
Orang BN tak buat kerja jahat macam nii....
Orang BN tak ganas, mereka sangat baik dan amat bertertib dan juga tidak rasis!

Yang bakar pos tu pun semuanya orang-orang PR
Yang bakar bendera PAS pun orang PR juga kan?
Yang tumbuk Juru kamera akhbar kat Penang dulu pun orang PR!

Yang nak bakar bible dalam Bahasa Melayu tu pun orang PR kan?
Yang mengugut kalau BN kalah, Ketuanan Melayu akan berkecai pun orang PR juga kan?

Kes terburuk kempen, petugas DAP dipukul dan cuba tikam
PETALING JAYA 29 APRIL: Penyokong Pakatan Rakyat diingatkan agar sentiasa bertenang dan tidak termakan dengan provokasi mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab sepanjang tempoh kempen pilihan raya.
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat melihat secara serius perkembangan beberapa insiden keganasan yang berlaku sejak kempen bermula selepas penamaan calon pada 20 April lalu.
“Justeru itu, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat mengeluarkan arahan kepada semua pendokong Pakatan agar bertenang dan bertindak matang, jangan mudah termakan provokasi,” katanya.
Mengulas lanjut, Setiausaha DAP, Anthony Loke berkata, Pakatan mengutuk sekeras-kerasnya sebarang tindakan keganasan dan tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pelaku terlibat.
“Kita cuba mengawal situasi di setiap ceramah agar tiada provokasi. Setakat ini semua perjalanan kempen berjalan lancar kecuali di satu dua tempat,” katanya.
“Kejadian terburuk berlaku di Senai, Johor apabila seorang petugas DAP dipukul dua lelaki dan cuba ditikam semasa hari kedua kempen,” jelas Anthony.
Tambahnya, sikap tenang penyokong Pakatan amat penting bagi mengelakkan situasi tegang.
“Tempoh enam hari terakhir ini, BN akan semakin terdesak, dan kita harap tiada ketegangan berlaku,” katanya.
Turut hadir sidang media, Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. - sumber

1 comment:

  1. Isy, isy, isy. Jahatnya ahli2 Pakatan ni. Suka sakat puak2 umno yang dah kecut telur tu, takut2 nanti mereka bertukar jadi pondan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa