Monday, April 29, 2013

Persepsi Tunggang Terbalik: Lari Dari Medan Perang Adalah Wira!

Itulah Mahathir
Bila ikut kehendaknya, walau apa pun keadaan adalah Wira baginya
Che' Johan dipuji-puja kerana saggup lari dari Medan Perang dan serahkan bendera kepada Panglima Katak
Dia tahu perbuatannya ini mengecewakan pasukannya dan derhaka kepada ketuanya
Itulah budaya UMNO dengan dibayangi siMamak Tua, walaupun perbuatan yang bacul tetap dihargai dan dipuji

Kerana seekor katak semua Pimpinan UMNO Bahagian Pasir Mas telah dibaculkan oleh Mahathir
Namun sehingga ke hari ini Najib masih lagi bisu dan mendiamkan diri di dalam isu ini sedangkan yang bertanding bebas sudah pun terbuang
Lepas ni kita sama-sama saksikan apakah tindakan Jawatankuasa Disiplin UMNO terhadap Che' Johan dan Mahathir sendiri

Dr M puji Che Johan, bersedia pertahankan ‘wira’ dari Umno
OLEH ZURAIRI AR

PASIR MAS, 28 April — Tun Dr Mahathir Mohamad memuji calon Barisan Nasional (BN) Che Johan Che Pa hari ini, kerana beliau enggan untuk bertanding bagi memberi laluan kepada Datuk Ibrahim Ali.
Bekas pengerusi BN itu mengalu-alukan tindakan Che Johan semasa Hari Penamaan Calon tempoh hari kerana berkorban untuk kebaikan gabungan tersebut, memberikan peluang kepada calon bebas Ibrahim untuk melawan satu lawan satu dengan calon PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
“Sesungguhnya dalam apa juga perjuangan, pengorbanan amat penting
Bukan sahaja dia buat korban, nak kena dera pulak,” kata Dr Mahathir di sini merujuk kepada tindakan disiplin Umno yang tertangguh terhadap Che Johan.
“Ini tak adil .. Saya akan jadi peguamnya kalau jawatankuasa nak bicarakan, saya akan jadi peguam untuk pertahankan dia.”
Dr Mahathir disambut oleh hampir seribu penyokong kebanyakkannya terdiri daripada golongan tua yang sanggup berpanas di luar rumah Che Johan.
Che Johan sekali lagi diberikan penghormatan sebagai wira dengan hadirin menjerit “Johan wira”, “Kelantan tukar” dan “Bunga raya” merujuk kepada logo Ibrahim dalam pilihan raya.
Timbalan ketua bahagian Umno Pasir Mas itu mendakwa keengganan beliau untuk bertanding dipengaruhi oleh desakan Dr Mahathir agar BN meletakkan Ibrahim untuk Pilihan Raya 2013.
“Saya ambil kira nasihat Tun maka saya tarik diri semata-mata  nak jaga maruah dan integriti Tun yang kita kasihi.
“Kalau lawan tiga penjuru, semestinya kita kalah. Insya Allah bunga raya akan kembang bau semerbak diikat dengan dacing yang adil,” kata beliau merujuk kepada logo Ibrahim dan BN.
Pemimpin Umno tempatan turut hadir dalam perhimpunan untuk meningkatkan sokongan Ibrahim, yang sudah menyatukan jenteranya dengan jentera pilihan raya Umno Pasir Mas pada Khamis.
Antara yang turut hadir termasuk Ketua Umno Bahagian Pasir Mas Datuk Hanafi Mamat, Naib Ketua Bahagian Abdul Aziz Mohammad dan pengarah pilihan raya BN Kelantan Datuk Hassan Harun dan pemimpin komuniti tempatan merangkap kerabat diraja Tengku Iskandar.
Buku menyatakan pencapaian Ibrahim sebagai pejuang hak Melayu dan memuatkan kemesraan Ibrahim dengan masyarakat Cina tempatan turut diedarkan kepada hadirin si sini. Lagu “Bo la wei” ciptaan Eddie Hamid yang mana liriknya menggesa perubahan di Kelantan, dimainkan beberapa kali sebelum Dr Mahathir tiba.
Ibrahim yang menggelar dirinya anak didik penaung Perkasa Dr Mahathir, beberapa hari lalu telah berjanji untuk meningkatkan infrastruktur kawasan tersebut - beliau dakwa diabaikan oleh pemerintahan PAS.
Malam tadi, Dr Mahathir datang untuk mempertahankan kubu kuat BN di Putrajaya dan memberitahu PAS dan calonya Datuk Husam Musa untuk menyelesaikan masalah Kelantan sebelum memberi tumpuan kepada pusat pentadbiran kerajaan.
Dr Mahathir akan menyertai walkabout petang ini dengan satu lagi perhimpunan di Bunut Susu di sini yang jatuh di bawah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tendong yang ditandingi oleh Datuk Hanafi Mamat

1 comment:

  1. si tua mangkuk hayun madey ni, selagi nyawa tak sampai di halkum selagi tu la dia meroyan. apa jenis manusia ntah!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa