Tuesday, May 28, 2013

Aiik.... Polis Pulak Jadi Galang Ganti ?

Polis buatlah kerja Polis
Bukankah semua rakyat mempunyai hak untuk melapor sebarang masalah yang melibatkan undang-undang
Polis perlu ikut SOP yang betul 

Rakyat buat laporan kenapa pulak harus disoal siasat
Kalau laporan terbukti palsu
Tangkap dan barulah disoal siasat!
Anggota Polis sepatutnya berhentilah membuat onar yang merosakkan lagi imej Pasukan Polis

Published: Selasa Mei 28, 2013 MYT 4:02:00 PM
Ketua AMK Dakwa Polis Ugut Pengadu Buat Laporan Polis Isu Dakwat Kekal
GOMBAK: Beberapa individu mendakwa mereka diugut dan ditakut-takutkan oleh pihak polis ketika mereka hadir membuat laporan polis berhubung penggunaan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.
Seramai 14 individu yang membuat laporan polis di dua balai berbeza mendakwa anggota polis yang bertugas secara berterusan bertanya sama ada wujud pihak lain yang mendorong mereka berbuat demikian.
Abd Razak Mohamad, 58, berkata beliau disoal siat oleh seorang anggota cawangan khas (SB).
"Saya keliru tetapi saya tahu bahawa ini bukan cara yang betul apabila kita mahu membuat laporan polis.
"Bagaimanapun pegawai itu terus menyatakan bahawa ia juga merupakan perkara biasa pihaknya untuk mengambil gambar pengadu," katanya.
Shamsul memberitahu pemberita bahawa tindakan itu jelas untuk menakut-nakutkan orang awam daripada mengemukakan laporan polis.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini memulakan kempen agar orang ramai membuat laporan polis mengenai dakwat kekal.
Mereka mensasarkan 100,000 laporan dibuat diseluruh negara.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa