Wednesday, May 29, 2013

Aik.....Siapa Dia Malaun Ni?

Entah siapa dia ni sekarang
Pegawai SPR tidak, Pemimpin Parti politik tidak, Pemimpin NGO tidak, Pemimpin parti kerajaan pun tidak!
Adakah dia rugi apa-apa bila rakyat berhimpun?
Apa hak dia nak larang hak rakyat untuk luahkan perasaan tidak puas hati?
Sudahlah.... 
Nak jadi barua pun berpada-padalah. Jangan pulak lebih sudu dari kuah! 

PR perlu hentikan perhimpunan Blackout 505
WARTAWAN SINAR HARIAN
29 Mei 2013


SHAH ALAM – PR tidak patut menyalahkan BN dalam apa juga perkara yang tidak menyebelahi mereka dan perlu menghentikan penganjuran perhimpunan Blackout 505.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim berkata, tindakan sering menyalahkan BN tidak masuk akal dan melampau.

Menurutnya, pemimpin PR perlu bertanggungjawab dan adalah penting untuk mereka memahami kesan penganjuran perhimpunan.

“Pemimpin PR adalah orang yang tidak tahu apa makna tanggungjawab dalam kepimpinan mereka. Menjadi seorang pemimpin penting untuk mengelak berlaku huru-hara,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penganjuran perhimpunan Blackout 505 tidak dihentikan kerana ia belum diadakan di Perlis, Kelantan, Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, tindakan mengadakan perhimpunan haram itu membuktikan pemimpin PR tidak mempedulikan keamanan negara.

“Cukuplah, sudahlah. Apa lagi yang mereka mahu? Apabila sudah kalah, jangan mencabar kerajaan, adakan perhimpunan dan mendakwa dakwat tidak bagus.

“Mereka yang mengeluarkan banyak kali kenyataan berkaitan perkara ini perlu ditangkap sahaja kerana apa yang mereka lakukan adalah bukan perkara yang boleh kita terima,” katanya.

Beliau juga kesal kerana masih ramai rakyat di negara ini yang tidak menerima kebaikan yang dilakukan kerajaan, sebaliknya mempercayai tohmahan pemimpin pembangkang.

“Saya sedih kerana kebanyakan penduduk Melayu di Malaysia yang melebihi penduduk Cina tidak percaya langsung apa yang kerajaan buat.

“Saya ingin ingatkan orang muda, jangan percaya 100 peratus dakyah PR. Gunakanlah akal yang waras. Jangan menerima apa sahaja yang mereka lakukan, nanti kita akan susah,” katanya

2 comments:

  1. agak-agak apa kebaikan yg telah diberi??? masyuuuuuuuuk kot????

    ReplyDelete
  2. ayat last je yg buleh percaya...
    Nanti kita umeno akan susah...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa