Monday, May 20, 2013

Apa Nak Bising, Kan Rakyat Malaysia Semuanya Mewah?

Bukankah semua tawaran yang menguntungkankan rakyat dari PR ditolak rakyat dalam PRU13 baru-baru ini?
Semua yang murah dan percuma rakyat tidak mahu
Jadi bila kerajaan BN nak perkenalkan apa sekali pun tak usahlah nak bantah dan nak bising
Kenapa nak pedulikan tentang cukai ker
Saman ker
Barayan PTPTN ker
Bill elektrik ker
Barangan keperluan naik ker
Minyak naik harga ker
Bayar jerlah
Kan kita semuanya kaya raya?

Sebenarnya dah seminggu line internet di kawasan aku ni terputus
Jadi sepanjang masa itu tak dapatlah nak update blog
Maaf aarr.....kita sama tanggunglah apa yang berlaku akibat Persyarikatan Malaysia
Bill mahal, service hampeh!
Takpe rakyat Malaysia kaya semuanya....

GST lebih menghimpit golongan miskin, kata PKR

TERKINI @ 03:36:40 PM 20-05-2013
OLEH MOHD FARHAN DARWIS
MAY 20, 2013
PETALING JAYA, 20 Mei — Pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) hanya akan menekan kumpulan majoriti rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah berbanding kumpulan minoriti orang kaya, kata ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen.
Beliau yang juga merupakan Biro Perdagangan dan Pelaburan PKR menegaskan, Barisan Nasional (BN) seharusnya menghapuskan projek mega yang tidak bermanfaat dan menangani rasuah dengan serius bagi menangani “krisis kewangan” sebelum memperkenalkan GST.
“Melainkan jika dan sehingga BN membuktikan ia boleh mengurangkan pembaziran dan membanters rasuah dengan berkesan, kerajaan tidak mempunyai hak untuk memperkenalkan GST,” tegas Wong(gambar) ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.
Beliau yakin BN sedang menghadapi krisis fiskal yang nyata, dan PKR jelasnya percaya punca kepada perkara itu adalah asas cukai yang lemah, pembaziran perbelanjaan dan rasuah yang ketara.
“Sekiranya kesemua perkara itu ditangani, kemudian kami (PKR) akan pertimbangkan untuk laksana GST,” katanya.
Beliau yang memenangi kerusi Parlimen Kelana Jaya dalam Pilihan Raya 2013 lalu menegaskan, pendapatan isi rumah majoriti rakyat Malaysia adalah terlalu rendah dan tidak mempunyai pendapatan mencukupi bagi membayar cukai pendapatan.
Asas cukai yang lemah juga jelasnya adalah berpunca daripada perkara itu dan pelan GST BN adalah regresif dan pada dasarnya akan melihat majoriti rakyat membayar lebih cukai daripada orang kaya.
Tambahnya lagi, kadar tujuh peratus GST yang dibayangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala, minggu lalu nyata bercanggah dengan cadangan empat peratus yang dikeluarkan Kementerian Kewangan.
Idris sebelum ini berkata Malaysia akan dapat menambah pendapatan jika cadangan dilaksanakan dan mekanisme percukaian baru itu boleh menjamin pendapatan tambahan sebanyak RM20 bilion hingga RM27 bilion sebaik sahaja mencapai tempoh matang.
Cadangan Idris yang berpandukan kepada kadar tujuh peratus GST Singapura sebagai model Malaysia jelas Wong Chen adalah tanpa mengambil kira pelaksanaan awal cukai tersebut di negara republik berkenaan.
Dianggarkan hanya 10 peratus daripada keseluruhan 28 juta populasi rakyat Malaysia yang membayar cukai.

2 comments:

  1. Aku tak setuju GST setakat 7% sahaja. Sewajarnya dinaikkan sehingga 25%. Biar semua rakyat Malaysia gembira termasuk Bangla, Myanmar, Filipina dan sebagainya. Aku suka cukai tinggi-tinggi... supaya rakyat tidak rasa diri mereka terlalu rendah sebalik setinggi orang-orang kaya. Rakyat akan rasa gatal dan merenyam jika tidak bayar cukai dari kerajaan... cukuplah BRIM sebagai ubat gatal merenyam tu.

    ReplyDelete
  2. Selamat menyalak sampai 2018. Hehe haha huhu. Ohhoi hoi. Haha.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa