Wednesday, May 22, 2013

Arab Spring: Yang Bodoh Memang Bodoh, Yang Cerdik Pun Jadi Bodoh!

Arab Spring diungkit dan dituduh hanya kerana ketakutan kehilangan kuasa di tangan rakyat 
Pembelot yang bernama Tengku Aziz pula menuduh yang perhimpunan akan menumpahkan darah 'bloodshed'
Lepas tu tuduh pula peserta perhimpunan 'dilembukan'
Dia sendiri terlupa dirinyalah sebenarnya yang 'dilembukan' itu
Kalau perhimpunan berjalan dengan aman tanpa provokasi setakat ini tak ada apa-apa masalah pun
Sebenarnya aku tidak bantah dan tidak sokong!

SPR berdiam diri cetus reaksi rakyat – Haron Din
Aslani M22 Mei 2013

KOTA BHARU: “Mengapa hendak dikait dengan Arab spring, sedangkan kita ada cara kita sendiri ala Malaysia. Kita boleh nyatakan pandangan kita. Demokrasi yang pincang dan SPR sepatutnya menjawab segala keraguan.

“SPRlah yang mengundangkan hura hara kalau terus mendiamkan diri. SPR bertanggungjawab memberi penjelasan segera bagi memuaskan hati rakyat bagi menutup ruang untuk diadakan protes jalanan,” kata Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din petang tadi.

Ketika ditemui selepas menziarahi Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud yang diserang strok kali kedua sejak lebih seminggu lalu, katanya mengapa tiada penjelasan sehingga hari ini dakwat yang didakwa kekal tetapi tidak kekal.

Katanya, beliau telah membuat laporan polis bagi membolehkan pasukan keselamatan itu menyiasat kerana disyaki ada sesuatu unsur penipuan yang berlaku.

Menurutnya, polis mempunyai kapasiti menyiasat siapa yang menipu siapa dalam kes tersebut.

“Pembekal membekalkan dakwat tidak kekal sedangkan dinama dakwat kekal. Ertinya pembekal menipu SPR. Kalau SPR memesan dakwat tidak kekal tetapi menamakan sebagai dakwat kekal, maka SPR menipu kerajaan dan menipu pengundi.

“Kalau kerajaan berpakat dengan SPR memesan dakwat yang tidak kekal tetapi mendakwa sebagai dakwat kekal, maka SPR bersekongkol dengan kerajaan menipu rakyat,” katanya.

Oleh itu katanya, beliau menyokong mana-mana perrhimpunan aman yang tidak mengundang kepada malapetaka. Lagi pun kekacauan yang berlaku sebenarnya berpunca daripada provokasi.

“Saya berharap pihak yang menganjurkan perhimpunan aman perlu menjaga keamanan.

“Saya juga telah membuat komen secara peribadi menerima keputusan pilihan raya dengan protes kerana ada kelemahan yang nyata berlaku. Dan ia hendaklah diperbaiki dan perlu diberi penjelasan segera oleh SPR,” katanya

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa