Tuesday, May 21, 2013

Hanya 30 - 40% Pengundi Cina Sokong DAP, Laungan 'Tsunami Cina' Itu Hanyalah Momokan!

Tsunami Cina adalah tuduhan dan momokan yang tidak bertanggung jawab!
Apakah pemimpin-pemimpin ini mahu sebenarnya?

Analisis: Kerusi merosot tetapi popular
WARTAWAN SINAR HARIAN
21 Mei 2013


PENGUNDI Melayu sebagai 'penentu' kemenangan kepada Umno pada PRU13 dan meraih undi popular sekali gus memberi faedah kepada BN menguasai Parlimen dan kerajaan Persekutuan walaupun penguasaan kerusi merosot.

Pensyarah Geo Strategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hasan berkata, Umno menjadi dominan kerana mendapat undi popular berbanding parti lain yang bertanding PRU13 kerana pengundi Melayu berhijrah kepada BN.

Menurutnya, pada PRU13 lalu, DAP berada di kedudukan kedua dan berada di belakang Umno kerana mendapat undi tertinggi berbanding parti gabungan yang terdapat PR.

 "Walaupun DAP bertanding hanya 51 kerusi Parlimen tetapi dari awal lagi mereka yakin boleh menang dan dapat undi daripada pengundi Cina. Secara keseluruhannya, 30 hingga 40 peratus pengundi Cina menyokong DAP.
"Perkara ini tidak menghairankan kerana ini menunjukkan percaturan DAP betul kerana menganggap pengundi Cina akan menyokong mereka," katanya.

Beliau  berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Umno mendapat undi popular berbanding parti lain walaupun ada dakwaan PR lebih popular.

Berdasarkan kajian Sinar Harian, Umno yang bertanding sebanyak 120 kerusi Parlimen memperoleh undian 3,416,310,  diikuti DAP yang memperoleh 1,386,404  yang bertanding di 51 kerusi Parlimen seluruh negara.

PKR yang bertanding di 99 kerusi Parlimen memperoleh undian sebanyak 2,033,677, manakala Pas bertanding di 73 kerusi Parlimen mendapat 1,579,833 undi.

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu kenyataannya, baru- baru ini berkata, pada PRU13, rakyat Malaysia masih lagi mengundi dalam pilihan raya yang disertai pelbagai parti, menyaksikan 84 peratus daripada 13,268,002  pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.

Dari segi undi popular, daripada keseluruhan pengundi yang keluar mengundi, BN berada di tempat pertama dengan memperoleh undi 5,237,699, kedua PKR (2,254,328), ketiga DAP (1,736,267), keempat Pas (1,633,389) manakala parti -parti lain dan Bebas (192,904).

DAP yang berada di tempat ketiga dari segi jumlah undi memperoleh 38 kerusi Parlimen iaitu jauh lebih tinggi daripada PKR yang meraih jumlah undi yang lebih besar.

Azmi berkata, DAP pintar kerana mereka hanya bertanding di kawasan yang mereka yakin menang berbanding Pas dan PKR walaupun bertanding di banyak kawasan tetapi kemenangan tidak memihak kepada mereka.

Ketika diminta mengulas mengenai tindakan PR menganjurkan beberapa perhimpunan sebelum ini, Azmi berkata, perhimpunan itu tidak beri manfaat kepada semua pihak sama ada BN atau PR.

"Ia akan mengkucar-kacirkan negara. Jika mereka (PR) membuat perhimpunan setiap hari kerana perasan tidak berpuas hati terhadap keputusan PRU13, keputusan itu tidak akan berubah," katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa