Tuesday, May 28, 2013

Hari Saya Letak Gambar Besar Abe Jib

Adakah laporan ini merupakan 'bom' awal dari Najib?

Walau siapa pun menjadi ketua
UMNO tetap tidak boleh lari dari cengkaman Mahathir
Percaturan di dalam UMNO tetap di tangan Mahathir
Sebelum anaknya berjaya berada di puncak kuasa Mahathir tidak akan melepaskan tangannya

Sesiapa yang berani menongkah arus, cahaya politiknya akan padam!


Dengan popularitinya, Najib dijangka menang dalam pemilihan Umno
TERKINI @ 12:03:17 PM 28-05-2013
KUALA LUMPUR, 28 Mei — Datuk Seri Najib Razak dijangka akan menang dalam pemilihan Umno akan datang sebagai presiden kerana secara praktikalnya, tiada sesiapa dalam Umno yang boleh menyaingi kedudukannya dan populariti pada ketika ini, lapor akhbar Straits Times Singapura (ST) hari ini.
Akhbar itu menambah, kemenangan itu akan menguatkan kedudukannya sebagai perdana menteri dan akan memberikannya kekuatan untuk memulakan “perdamaian nasional” selepas keputusan pilihan raya umum 5 Mei lalu.
Dalam analisis senario selepas pilihan raya umum ke 13 (PRU13), akhbar Singapura itu mengatakan pertandingan sebenar mungkin berlaku terhadap timbalannya atau salah satu daripada tiga naib presiden.
Ia mungkin datang dari ahli Umno tidak dikenali menunjukkan penentangan simbolik hanya untuk memalukannya atau mewakili sesetengah bahagian yang tidak berpuas hati dengan kepimpinannya, kata akhbar itu lagi.
“Sesetengah mengatakan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak akan melawan ketuanya kerana kelihatan akan meneruskan berperanan sebagai seorang timbalan yang setia. Akan tetapi ini mungkin akan berubah jika beliau merasakan dipinggirkan semasa penggal kedua Najib (gambar). Akan tetapi, tanpa sokongan Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin akan berhadapan dengan perlawanan hebat yang mungkin akan menamatkan karier politiknya.
“Mengenai Dr Mahathir, dia akan kekal di latarbelakang, sekarang anaknya Datuk Mukhriz, Menteri Besar Kedah yang baru, kembali di landasan yang betul dalam kerjaya politiknya.”
Disebalik kemerosotan keseluruhan BN dalam keputusan pilihan raya, kepimpinan Najib memastikan Umno menang besar dalam Pilihan Raya 2013, memberikan parti Melayu itu 88 kerusi di Dewan Rakyat berbanding 79 dalam Pilihan Raya 2008, lapor akhbar itu.
Walaupun Dr Mahathir telah mengatakan Najib mungkin akan disingkirkan dalam pemilihan parti, lelaki berusia 87 tahun itu mengatakan kepada pemberita di Tokyo Najib mungkin akan selamat kerana tiada alternatif lain.
“Kenyataan Dr Mahathir menunjukkan beliau tidak bermaksud melakukan perkara sama kepada Najib. Pencabar mungkin kena memikirkan dua kali sebelum membuat langkah menentang Najib dalam pemilihan parti.”
“Najib berkemungkinan akan selamat pertandingan dalam Umno. Mandat baru akan memberikannya peluang untuk melaksanakan reformasi dalam parti untuk menjadikannya relevan kepada semua Melayu, terutamanya kelas menengah bandar.
“Ia juga akan menguatkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri untuk memulakan perdamaian nasional selepas perpecahan dalam pilihan raya.”
Pilihan Raya 2013 menyaksikan BN kembali berkuasa dengan 133 kerusi Parlimen berbanding PR 89 walaupun kehilangan undi popular apabila hanya mendapat 48 peratus berbanding PR 51 peratus.
PR menyalahkan penipuan pilihan raya menyebabkan mereka tidak menjadi kerajaan walaupun menang undi popular pada Pilihan Raya 2013 - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa