Saturday, May 25, 2013

Pergi Mamposla... Dengan Manusia Bertelunjuk Lurus Kelingking Barkait!

Kata-kata Harun di bawah ini tidak akan kesampaian sekiranya PAS masih menyimpan makhluk jenis ini di dalam organisasi itu.
“Kita akan majukan diri dan cuba lagi untuk menang dalam PRU akan datang,” katanya

Aku perhatikan, pertelingkahan dan pergeseran yang berlaku antara parti-parti di dalam PR sebelum dan menjelang PRU13 dulu adalah onar dari puak-puak yang fahaman mereka seangkatan dengannya di dalam PAS
Setakat ini ada ker berlaku keganasan sepanjang perhimpunan?

Harun: Pas utama jalan damai
WARTAWAN SINAR HARIAN
23 Mei 2013
SHAH ALAM – Pas tetap dengan pendiriannya menolak sebarang cubaan  menggulingkan kerajaan menggunakan kekerasan seperti didakwa cuba dilakukan sesetengah pihak.

Ketua Dewan Ulamanya, Datuk Harun Taib berkata, Pas juga tidak masuk campur dengan pendirian pemimpin atau penyokong PR yang menyokong cara sedemikian.

“Dalam Pas, kita utamakan jalan perdamaian. Kita juga berpegang kepada prinsip demokrasi yang diamalkan.

“Saya tak melarang perhimpunan dilakukan, namun saya tidak berminat untuk menyertainya. Jika ada pemimpin PR atau pihak lain yang tetap mahu melakukannya, terserah kepada mereka. Itu pendirian mereka,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas usaha sesetengah pihak yang didakwa cuba menggunakan kekerasan untuk menggulingkan kerajaan setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Tegasnya, parti itu menerima kegagalan dalam PRU13.

“Kita terima keputusan PRU13 lalu dengan hati terbuka. Namun, dalam perjuangan Pas, tiada istilah putus harapan.

“Kita akan majukan diri dan cuba lagi untuk menang dalam PRU akan datang,” katanya



# Cer baca apa kata Pak Bakaq si penarik beca di bawah ini


"Pernah anta tengok Harun Taib di barisan depan bila bertembung dengan Umno?"

Dalam berita Malaysiakini hari ni bertajuk "Mahfuz: PAS Kedah galak ahli hadir himpunan esok", Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib (lihat komen-komen terhadapnya di sini) dilaporkan berkata, adalah lebih baik ahli PAS memberi tumpuan kepada usaha gerak kerja untuk memperkasakan parti dan meraih sokongan baru rakyat daripada menyertai perhimpunan yang tidak akan memberi keuntungan kepada parti itu.

Perkasa parti? Raih sokongan baru? Ni aku nak cerita sikit.

Ketika aku jadi ahli PAS, dari tahun 1984 sehinggalah bila aku tak ingat, aku ni berada dalam grup penganjur ceramah-ceramah PAS. Biasanya, surat-surat jemputan aku yang taip.

Ceramah PAS dalam 80an tu memang tak laku. Bukan saja tak laku, selalu kena baling batu. Tapi tidaklah susah nak ajak Almarhum Ustaz Fadzil Noor ka, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ka datang berceramah dalam majlis-majlis yang dianjurkan PAS Wilayah Persekutuan. Kalau ada masa, mereka sudi ja datang.

Yang paling susah nak diajak berceramah dan berdalih-dalih mcm siut ialah Harun. Sampai la ni pun, tiap kali sebut nama Harun, itu yang aku teringat dulu.

Ada orang mendakwa, Harun tumpu tarbiyyah. Tapi ada kawan beritahu aku, puak-puak yang dikatakan hasil tarbiyyah Harun tu menjadikan PAS kelihatan "dreadful". Kawan itu mungkin betul. 

Dan, yang paling aku ingat ialah kata-kata seorang ustaz yang kini semakin dilihat berada dalam puak ulama dalam PAS (aku saja tak nak sebut istilah puak UG atau ustaz gila). Dia tanya aku: "Pernah anta tengok Harun Taib ada di barisan hadapan bila pemimpin lain bertembung dengan Umno?"

Bila ustaz tu tanya gitu, aku pun teringat, Harun hanya sinonim dgn lawan IRC ja. Macam la IRC tu kafir Yahudi.

Apa-apa pun, aku semakin kenal ulama-ulama PAS yang buruk sungguh akhlak politik mereka. Memang aku akui, ramai ulama PAS yang elok dan terpuji akhlak politik mereka. Tapi, yang buruk akhlak politik mereka lebih ramai lagi. Terlalu ramai.

3 comments:

  1. Spesis ostad kazim,ahli baru umno.

    ReplyDelete
  2. aku rasa yang menulis ni macam macai umno...

    nak komen selidik dulu diri sendiri...

    sapa yang patut 'pergi mampos'

    sebenarnya...???????????????

    ReplyDelete
  3. JohorRevert

    Tuduhan anda tersasar.
    Saya tidak pernah dan tidak menjadi Pencacai mana-mana pihak. PAS,UMNO atau PKR
    Saya tidak rela menjadi Pencacai sebab bagi saya Pencacai tidak pernah berfikiran rasional - tidak ada paradigma!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa