Tuesday, May 28, 2013

Statistik Yang Menggerunkan!

Tapi Rakyat Asal Sabah tak kisah pun...
Peningkatan besar pengundi baru bagi Sabah untuk pilihan raya 1994, kata SPR kepada RCI
TERKINI @ 06:25:11 PM 28-05-2013
KOTA KINABALU, 28 Mei — Terdapat peningkatan 103,000 pengundi untuk membuang undi dalam pilihan raya negeri Sabah 1994 yang mana PBS menang tipis, tetapi kehilangan negeri itu kepada Barisan Nasional (BN) tidak berapa lama kemudian oleh kerana beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) membelot, Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) berkenaan dengan pendatang tanpa izin diberitahu hari ini.
Yusniati Ishak, setiausaha jabatan pendaftaran pengundi di ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi keterangan hari ini terdapat 646,719 pengundi layak mengundi untuk pilihan raya 1994, berbanding 543,612 pengundi dalam pilihan raya 1990.
"Saya tidak buat apa-apa kajian," kata Yusniati semasa RCI di sini, apabila diminta untuk menjelaskan peningkatan pengundi sepanjang tahun.
Bekas pengarah JPN Ramli Kamarudin memberitahu RCI pada Januari, arwah Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, bekas timbalan menteri dalam negeri telah memberi arahan kepadanya untuk mengeluarkan resit JPN, yang mempunyai nama dan nombor kad pengenalan sama dengan pengundi berdaftar, kepada pendatang untuk mengundi dalam pilihan raya negeri 1994.
Pilihan raya negeri 1994 menyaksikan Parti Bersatu Sabah (PBS) menang 25 daripada 48 kerusi dewan undangan negeri.
Akan tetapi beberapa ADUN PBS melompat menyertai Barisan Nasional (BN), tidak berapa lama selepas itu, menyebabkan kerajaan PBS jatuh
Yusniati juga mengatakan terdapat peningkatan seramai 120,000 pengundi layak mengundi dalam pilihan raya negeri 1990 dan peningkatan 149,000 pengundi layak mengundi di Sabah pada pilihan raya umum 1982.
Yusniati menyatakan terdapat peningkatan perlahan pengundi yang layak didaftarkan di Sabah selepas pilihan raya negeri 1994, dengan peningkatan kira-kira 72,000 pengundi untuk pilihan raya pada tahun 1999, penurunan sebanyak kira-kira 21,000 pengundi untuk tahun 2004 dan peningkatan kira-kira 39,000 pengundi bagi tahun 2008.
Yusniati juga berkata bahawa terdapat 959,669 pengundi diwartakan di Sabah pada Ogos 2012, peningkatan sebanyak kira-kira 43,000 pengundi dalam masa dua bulan sejak Jun 2012 di mana 916,129 pengundi telah diwartakan.
Pegawai SPR berkata terdapat 807,862 pengundi yang layak didaftarkan di Sabah dalam pilihan raya tahun 2008, 768,943 untuk tahun 2004, 790,131 bagi tahun 1999, 646,719 pada tahun 1994, 543,612 bagi tahun 1990, 423,067 untuk tahun 1986, 358,809 1982, 208,861 untuk tahun 1978, 230,469 bagi tahun 1974 dan 295,880 untuk tahun 1969.
Inkuiri dihadapan lima lelaki diketuai oleh bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong akan bersambung esok.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa