Thursday, May 23, 2013

Terkenangkan Operasi Lalang Di Zaman Mahathir Dulu

Najib dan Lee Kim Sai yang bersaing tujuk belang
Pemimpin Pembangkang yang 'ke dalam'

Tindakan keras terhadap ‘hasutan’ bermula hari ini
OLEH AMIN ISKANDAR
PENOLONG PENGARANG BERITA
MAY 23, 2013



Tweets dari Chua Tian Chang
KUALA LUMPUR, 23 Mei — Ahli Parlimen Batu PKR Chua Tian Chang, ahli PAS Tamrin Ghafar dan aktivis Haris Ibrahim ditahan kerana menghasut hari ini dan di bawa ke balai polis Jinjang untuk disoal siasat dan penahanan.
Difahamkan kesemuanya ditahan secara berasingan dalam tindakan keras polis hari ini. Ini adalah siasatan ketiga polis mengenai hasutan semenjak pilihan raya 5 Mei.
Sementara itu, akhbar milik PAS Harakah dirampas oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) di beberapa kawasan pagi ini di seluruh negara.

Sebelum ini Menteri Dalam Negeri yang baru Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara baru Tan Sri Khalid Abu Bakar berikrar akan mengambil tindakan tegas terhadap golongan yang menyeru agar rakyat berhimpun di jalan raya bagi membantah keputusan Pilihan Raya 2013.

Yang pertama adalah aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim yang didakwa di bawah Akta Hasutan di kompleks mahkamah Jalan Duta pagi ini.

“Tian Chua ditahan di LCCT pada pukul 12.30 tadi semasa menunggu pesawat untuk ke Kuala Terengganu,” kata pegawai khas naib presiden PKR itu, Saharuddin Adnan, apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider sebentar tadi.
“Pukul 12.35 dia hubungi kami beritahu kena tangkap.

“Sekarang dia sedang dalam perjalanan di bawa ke Balai Polis Jinjang oleh polis.”
Menurut Bernard Khoo, teman kepada Haris, aktivis itu ditahan semasa sedang makan selepas selesai memberikan sokongan kepada Adam Adli di mahkamah.
“Haris ditahan lebih kurang pukul 12.30 tengah hari ketika sedang makan di Segambut selepas pulang dari mahkamah Jalan Duta. Dia di bawa ke balai polis Jinjang.
“Malik Imtiaz Sarwar, peguamnya, sedang dalam perjalanan ke balai polis,” kata Khoo yang juga merupakan penulis blog apabila dihubungi.
Terbaru, anak kepada bekas timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba turut ditahan sebentar tadi ketika sedang makan di Bangsar.
“Saya kena tangkap, sekarang dalam kereta polis, di Jalan Kuching, menghala ke balai polis Jinjang,” kata Tamrin Ghafar yang kini merupakan ahli PAS apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.
Pagi ini Adam Adli didakwa di bawah seksyen 4(1) (b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15), yang mana sekiranya didapati bersalah, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) boleh dikenakan tindakan denda tidak lebih daripada RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun.
Beliau walau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan diikat jamin sebanyak RM5,000.
Seramai 18 aktivis termasuk empat wanita yang berhimpun bagi menuntut pembebasan Adam Adli telah ditahan ketika kira-kira jam 9.45 malam tadi berhampiran dengan balai polis Jinjang.
Media melaporkan lebih kurang 1,000 orang berhimpun untuk menuntut pembebasan aktivis mahasiswa itu.
Diantara yang ditahan adalah Peter Chong, pegawai khas kepada ahli Parlimen Subang dari PKR, R. Sivarasa, dan semua yang ditahan dihantar ke Balai Polis Jalan Travers di sini.
Bagaimanapun, kesemua 18 orang yang ditahan telah dibebaskan hari ini.
Haris merupakan pemimpin pergerakkan Asalkan Bukan Umno (ABU) yang turut berucap bersama Adam Adli dalam satu forum dianjurkan pada 13 Mei lalu.
Zahid sebelum ini menggesa mereka yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihan raya di Malaysia yang membenarkan parti yang kalah undi majoriti untuk memerintah negara berpindah ke negara lain.
Kedua-dua Zahid dan Khalid telah dikritik oleh pemimpin pembangkang kerana dikatakan bermain politik berbanding membendung jenayah yang semakin membimbangkan di negara ini.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa