Friday, June 21, 2013

'Blackout 505' Dan Kenyataan Polis: Aku Baca Cara Terbalik!

Penganjur dan Peserta mesti berhati-hati
Statements Polis ni buat aku tak sedap badan!

Yang lepas-lepas tu, siapa yang provoke siapa?
Polis dakwa penganjur 'Black 505' mahu lihat pertempuran
7:12PM Jun 21 2013
Polis Kuala Lumpur dalam satu kenyataan lewat petang ini mendakwa menerima maklumat tentang cubaan peserta himpunan 'Blackout 505 esok' untuk menimbulkan provokasi terhadap pihak berkuasa.


Ketua pasukan itu Datuk Mohmad Salleh berkata polis mendakwa menerima maklumat peserta di tujuh lokasi himpunan akan "menimbulkan kemarahan polis", dan "mencetuskan huru-hara sekitar Kuala Lumpur".

"Suasana tersebut akan sengaja disebar ke seluruh pelusuk dunia melalui medium komunikasi masa kini bagi menunjukkan kekerasan pihak berkuasa.

"Justeru itu, pihak polis menasihati orang ramai agar tidak menyertai himpunan ini kerana ia jelas menunjukkan pihak penganjur sengaja ingin melihat pertempuran berlaku di antara pihak berkuasa dan orang ramai," kata polis dalam kenyataan mereka.

Perhimpunan esok untuk memprotes perjalanan pilihan raya lalu antara lain menuntut pimpinan tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar meletak jawatan dan pilihan raya diadakan semula di beberapa tempat dengan keputusan meragukan.

Dalam kenyataan sama, polis turut mengulangi kenyataan mereka sebelum ini yang tindakan tegas akan diambil terhadap himpunan itu yang didakwa melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Polis juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas ke atas sesiapa sahaja yang melanggar akta itu dan sebarang undang-undang yang termaktub di negara ini," kenyataan itu dipetik.

Kenyataan itu berlawanan dengan dakwaan PKR, penganjur utama perhimpunan 'Black 505' bahawa parti itu telah dimaklumkan secara tidak rasmi bahawa pihak polis akan membantu memudahkan penganjuran perhimpunan di Padang Merbok esok. 

Dalam kenyataannya, pengarah strategi PKR Rafizi Ramli yang juga ahli parlimen Pandan mendakwa tindakan itu dibuat selagi peserta perhimpunan tidak memusnahkan harta awam.
Dalam reaksi segeranya malam ini, Rafizi berkata beliau terkejut dengan kenyataan Mohmad itu dan menafikan sekeras-kerasnya tuduhan kononnya penganjur mengeluarkan arahan untuk melakukan provokasi terhadap anggota polis dengan tujuan mencetuskan rusuhan.

"Tidak ada satu perbincangan pun yang menyentuh mengenai kekasaran terhadap pasukan polis, malah saya berhubung dengan baik dengan Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad sepanjang penganjuran ini," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Rafizi berkata beliau telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohmad kerana kenyataannya itu berbau fitnah dan tidak benar.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa