Monday, June 24, 2013

Culik Di Lahad Datu: Kenapa Pulak Gini Jadinya?

Berita dari sabahkini
Saudara Pengarang,
PADA 17 Jun 2013, sekitar jam satu petang, tiga orang cucu Buyung sedang bermain-main di bawah rumahnya yang terletak di tepi jalan raya simpang jalan Kg Tanagian, Tg Labian.

Buyung dan isterinya tidak ada di rumah kerana ada urusan di bandar Lahad Datu. Tiba-tiba datang sekumpulan lebih kurang 15 orang yang tidak dikenali berpakaian 'ala- militan Sulu' dan terus menculik salah seorang daripada tiga orang budak perempuan berumur 14 tahun.

Lelaki bertopeng hitam itu bersenjata pistol dan yang lainnya tidak bertopeng menggunakan lambang khas pada pakaian mereka bersama dua karung yang berisi senjata berat yang tidak dikenalpasti jenisnya.

Setelah berita ini dilaporkan kepada Kem Askar di Tg Labian, maka Pasukan Keselamatan segera bergegas ke tempat kejadian dan mendapati kanak-kanak perempuan itu sudah ditinggalkan Militan dan diikat ke sebatang pokok di Kg Tanagian Lama.

Menurut kanak-kanak perempuan itu, Militan berkenaan bertanyakan dua nama tetapi dikenalinya. Kanak-kanak perempuan itu dan beberapa orang penduduk Kampung Tanagian Lama terpaksa membuat laporan polis di Balau Polis Cenderawasih.

Pada kesokannya kanak-kanak perempuan itu terpaksa menyambung kenyataannya sebelum sekali lagi terpaksa memberi keterangan yang sama di Balai Polis Lahad Datu.

Walaupun keterangan kanak-kanak itu sama dan tidak berubah-ubah namun agak aneh polismengklasifasikan kes berkenaan sebagai kes rogol dan bukannya kes penculikan. Jika rogol siapa yang rogol dan bagaimana dengan 15 penculik bersenjata berkenaan? Apakah kali ini memang benar-benar sandiwara?

Oleh itu, sebagai penduduk Tg Labian, saya inginkan kepastian dan kejujuran polis berhubung kes ini agar tidak ada pihak yang memandang seorang kepada polis dan menabur fitnah bahawa kononnya kami bekerjasama dengan polis menutup kes penculikan berkenaan.

Salam Hormat,

KUNSUL NAHUL

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa