Thursday, June 27, 2013

Kelaku Yang Sepadan Dengan Empunya Badan!

Anggota polis tunjuk isyarat kasar
WARTAWAN SINAR HARIAN
26 Jun 2013

Hasri mengangkat kaki dalam keadaan berbalut kepada beberapa jurugambar akhbar mungkin kerana marah wajahnya cuba dirakam ketika disorong keluar dari Mahkamah Sesyen Khas Rasuah oleh pegawai SPRM
Farid (kanan) dan Rohafizan kelihatan selamba keluar dari mahkamah dengan wajah tertutup elak wajah dirakam jurugambar

KUANTAN - Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal bertindak mengangkat kaki dalam keadaan berbalut kepada beberapa jurugambar akhbar yang menunggu untuk merakam wajahnya ketika disorong keluar dari mahkamah oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggunakan kerusi roda, semalam.

Lans Koperal Hasri Mat Din, 56 dari Kampung Sega Tat, Raub  yang dituduh menerima suapan rasuah  sempat menutup muka menggunakan baju yang dipakai dan mengucapkan selamat tinggal kepada jurugambar itu sambil melambai dengan selipar di tangan.

Dia bersama dua anggota lain berpangkat Lans Koperal dan Konstabel dari Balai Polis Dong, Raub dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini semalam atas tuduhan menerima suapan RM300, September tahun lalu.

Tertuduh dan Konstabel Rohafizan Che Md Saupi, 26 dari Berek Polis Dong bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Manakala rakan mereka, Lans Koperal Farid Effendi Abu Bakar, 30  dari Kuarters Polis IPD Raub yang dituduh secara bersubahat menerima suapan daripada pengadu sama turut menafikan kesalahan itu.

Berdasarkan kertas pertuduhan yang dibacakan secara berasingan bagi ketiga-tiga tertuduh itu, Hasri dan Rohafizan didakwa secara rasuah menerima suapan RM300 daripada seorang pesalah trafik sebagai dorongan tidak ambil tindakan setelah didapati memandu kenderaan dengan cukai jalan tamat tempoh, 21 September tahun lalu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu dalam sebuah restoran di Dong, kira-kira jam 1.20 petang pada tarikh tersebut.

Bagi kesalahan itu mereka berdua didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan dibaca bersama Seksyen 34 Akta SPRM 2009.

Jika sabit kesalahan mereka berdepan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana jumlah yang paling tinggi.

Manakala Farid Effendi yang dituduh bersubahat turut berdepan tuduhan sama namun kesnya dibaca mengikut Seksyen 28(1)(c)  akta sama.

Dalam sebutan kes itu semalam, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Shafinas Shabudin menawarkan jaminan RM3,000 bagi setiap tertuduh.

Kesemua tertuduh yang diwakili ahli keluarga dan rakan difahamkan menjelaskan jaminan yang dikurangkan kepada RM1,500 selepas mereka membuat rayuan.

Dalam prosiding itu, Hakim Fathiyah Idris menegur penjamin dua daripada tertuduh kerana berpakaian tidak sesuai ketika berada dalam mahkamah.

Farid Effendi dan Rohafizan memberitahu mahkamah mereka akan melantik peguam manakala Hasri mengakui tidak mampu berbuat demikian.

Kes bagi ketiga-tiga tertuduh itu disebut semula 24 Julai depan untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

3 comments:

  1. Kalau dah Bapak Polis (KPN )le tu Celaka Barua maka anak buah nye pun sama.Bapak Borek anak pun rintik.2X5 sama.Mungkin tak semua polis(yg mengaku Islam dan mengamal agamanye) yg tak BERPERANGAI BINATANG .Hai Najib kau nak simpan KPN mangkuk hayun ni.Buat Malu je kau sebagai PieM nak simpan KPN yg dah TERBUSUK MARUAH DIA.

    ReplyDelete
  2. tak pernah insaf dengan apa yang dihebohkan selama ini rasuah itu berdosa bukan setakat salah ikut manusia aja yang penting ditakuti balasan dari Allah.tak kira umor

    ReplyDelete
  3. Salam Tuan Mountdweller...

    Orang Islam daging Babi tak boleh makan malah tengok pun haram, tetapi rasuah yang haram yang menjadi darah daging sampai kelubang kubur tetap halal untuk mereka2 ini.
    Orang bukan islam pun tak ambil rasuah walaupun kita katakan mereka ini ahli neraka.
    Sekarang ini siapa yang lebih intrigiti dalam soal rasuah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa