Friday, June 21, 2013

Tolak PR: Sebahagian Rakyat Malaysia Memang Bodoh Takutkan Momok?

Adakah kerana takutkan 'Hantu Cina' yang dimomokkan oleh UMNO dan media milik mereka?
Atau sememangnya ramai Melayu yang perasan kaya?
Atau bodoh yang tak sedar dirinya bodoh?

Pada aku laa....
Nak tergelak ada, nak marah pun ada!
Apa pun sikap mereka, dan apa pun yang telah berlaku....itulah bangsa aku dan bangsa Datuk Nenek aku 

Bahana akibat tolak Pakatan Rakyat PRU13

Tindakan sebahagian rakyat menolak Pakatan Rakyat pada PRU13 lalu menyebabkan seluruh rakyat negara ini menanggung pelbagai bahananya sekarang. Menjelang PRU14, pelbagai beban sedang menanti. Antaranya termasuklah bayaran tol, hutang PTPTN, kenaikan tambang bas, kenaikan harga minyak dan barangan, cukai GST dan macam-macam lagi. Ikuti petikan pandangan Ketua Muslimat PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff. Ikuti temubual penuh dalam akhbar Harakah Edisi Isnin ini.
Rakyat juga dihimpit dengan hutang PTPTN. Pakatan tawarkan ianya dihapuskan, tetapi mereka mahu juga berhutang.
Hari ini kita lihat ibu bapa sedang sibuk mempersiapkan anak-anak mereka untuk memasuki IPTA dan IPTS. Disebabkan bebanan hutang PTPTN, ramai ibu bapa yang meminta sumbangan daripada wakil-wakil rakyat lain. Rakyat sangat terbeban dengan yuran pengajian yang mahal. Berbeza jika Pakatan Rakyat yang menang sehingga dapat memerintah negara kerana Pakatan Rakyat akan memberikan pendidikan percuma. Itu adalah tanggungjawab yang besar kerajaan terhadap ibu bapa.
Kini di bawah pemerintahan BN, ibu bapa pening kepala dengan yuran pengajian anak-anak yang tinggi. Berhutang dengan PTPTN pula dikenakan interest sehingga amat membebankan para pelajar dan ibu bapa.
Apabila anak-anak keluar dari universiti, hutang PTPTN mestilah dibayar walaupun mereka belum dapat kerja. Rakyat yang miskin pasti tidak mampu menanggung bebananhutang, apatah lagi jika yang mempunyai ramai adik-beradik.
Ini menyebabkan mereka terus tercicir dalam pelajaran kerana tak mampu menanggung bebanan yuran pengajian yang tinggi dan hutang PTPTN. Kalau Pakatan Rakyat yang memerintah negara, cukup banyak ibu bapa atau rakyat dapat menjimatkan wang mereka.
Kini ada ura-ura, pada musim perayaan Aidilfitri nanti, tambang bas akan dinaikkan sebanyak 10 peratus.
Tak sampai dua bulan BN menang PRU13, sudah macam-macam beban kenaikan barangan diterima oleh rakyat - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa