Monday, July 22, 2013

Ada Sape-Sape Di Luar UMNO Yang Peduli Ker?

Tapi sape yang Najib lantik jadi menteri memang kita patut peduli
Sebab urusan rakyat melalui kementerian adalah tanggung jawab mereka
Jadi rakyat perlukan menteri yang bertanggung jawab dan cerdik!

Published: Ahad Julai 21, 2013 MYT 6:35:00 PM
Updated: Ahad Julai 21, 2013 MYT 6:37:49 PM

Zahid Ikut Shafie Pertahan Jawatan Naib Presiden Umno

Ahmad Zahid berkata, beliau tidak berminat untuk menawarkan diri bertanding bagi jawatan yang lebih tinggi daripada kedudukannya kini.
"Saya akan pertahankan jawatan. Saya tidak akan bertanding jawatan lebih tinggi mahupun yang lebih rendah," katanya pada sidang media di Markas Tektikal (Martek) Polis di sini, Ahad.
Sebelum ini Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan pendirian yang sama iaitu mahu terus mempertahankan jawatan.
Seorang lagi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut dikatakan mahu mengekalkan kedudukannya.
Sementara itu ditanya mengenai kemungkinan jawatan berkenaan bakal menyaksikan persaingan yang sengit, Ahmad Zahid berkata, mereka terbuka untuk menghadapi persaingan.
"Kami terbuka, siapa yang rasakan mereka layak untuk bertanding...dipersilakan.
"Kami sedia berhadapan dengan cabaran jika ada," katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa