Thursday, July 25, 2013

Akhirnya Budak Lucah Ni Boleh Balik Rumah Dengan Bersyarat.......

Merasa ler tidur atas simen tanpa bantal di Lokap dan istimewanya Penjara!

Alvin, Vivian akhirnya dibenar jamin 
SITI AZIELAH WAHI
25 Julai 2013
KUALA LUMPUR – [Dikemaskini] Mahkamah Tinggi di sini, membenarkan permohonan pasangan kontroversi, Alvin Tan dan Vivian Lee, untuk diikat jamin sebanyak RM30,000 setiap seorang dengan dua penjamin serta mengenakan beberapa syarat tambahan dalam permohonan semakan kehakiman yang difailkan mereka minggu lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Azman Husin bagaimanapun menolak permohonan untuk mengadakan perbicaraan secara berasingan, sebaliknya mengekalkan perintah Hakim Mahkamah Sesyen, untuk menjalankan perbicaraan secara serentak.


Mohd Azman turut  membenarkan pasangan itu diikat jamin sebanyak RM10,000 bagi setiap tuduhan, selepas mempertimbangkan cadangan timbalan pendakwa raya yang menawarkan jaminan sebanyak Rm15,000 bagi setiap pertuduhan yang dihadapi mereka.


Pasangan itu turut dilarang memuat naik sebarang artikel, komen, penulisan berunsur hasutan dan memuat naik gambar lucah serta jelik  yang boleh menimbulkan unsur perkauman, dan menyentuh sensitiviti kaum dan agama.


Mereka juga dilarang menggunakan peranti komunikasi berangkaian termasuk telefon pintar  dan gajet komunikasi lain bagi mengakses internet untuk memuat naik gambar, komen atau artikel yang boleh menghasut  dan menimbulkan permusuhan antara kaum.


Dua lagi syarat diberikan termasuk mereka dikehendaki menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis berhampiran pada minggu pertama setiap bulan.


Datuk Azman membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguambela dan hujahan balasan pihak pendakwaan serta membuat semakan semula kehakiman mengikut Seksyen 35 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, dan Seksyen 323(1) Kanun Acara Jenayah.


Berdasarkan keputusan tersebut mahkamah turut menolak bantahan awal pihak pendakwaan yang memohon untuk membatalkan permohonan semakan kehakiman yang difailkan pasangan itu.


Sebelum ini, Alvin fan Vivian terpaksa meneruskan kehidupan masing-masing di Penjara Sungai Buloh dan Penjara Kajang, apabila, hakim Mahkamah Sesyen tidak membenarkan kedua mereka diikat jamin atas faktor kepentingan awam.


Mereka kemudiannya, memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi, bagi menyemak perintah hakim untuk tidak menjalankan perbicaraan atas tiga pertuduhan secara bersama, dan membenarkan ikat jamin ke atas mereka.


Pasangan kontroversi itu didakwa di Mahkamah Sesyen atas tiga tuduhan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002, dan Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan.


Pasangan ini mencetus kontoversi ekoran tindakan mereka yang dikatakan mempersendakan umat Islam dan bulan Ramadan dengan mengajak memakan bak kut teh (sup tulang babi) menerusi laman sosial Facebook.

1 comment:

  1. Masukkah sahaja betina (pelakon ketagih aksi lucah) tu ke dalam Sel lelaki seramai 10 orang selama 3 malam, nescaya selepas ini beliau akan serik untuk menghina agama lain lagi. Jika tidak mereka ini akan semakin "besar kepala" dan terlalu kebal di Tanah Melayu yang Melayu-nya mudah dibeli dengan wang ringgit dan material dek kerana tekanan hidup oleh pembuat dasar yang terdiri dari kalangan bangsa mereka sendiri yang terlalu kuat melahap rasuah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa