Wednesday, July 24, 2013

Bukan Masalah Fatwa Tetapi Masalah Hukum

Mereka perlukan pencerahan sebenarnya
Mereka perlu ditarbiah
Bagi mereka kalau pendapat peribadi tidak salah walau pun menyangkal hukum
Bagi mereka tidak salah kalau tidak ada fatwa di keluarkan
Mereka perlu diberikan fahaman!

Sara Amelia Muhammad Bernard Minta Maaf
Kuala Lumpur: Dua daripada empat peserta Muslim dalam pertandingan Miss Malaysia World 2013 menafikan mempertikaikan fatwa yang mengharamkan umat Islam terlibat dalam acara ratu cantik.
Sara Amelia Muhammad Bernad (gambar besar di atas), 20 berkata, kenyataannya sebelum ini berhubung perkara itu pendapat peribadi dan tidak berniat melanggar fatwa, lapor Berita Harian.
Sara; “Saya tidak berniat menghina agama Islam, sebaliknya hanya menyatakan pendapat peribadi berhubung fatwa itu.
“Jika saya dianggap seolah-olah mencabar, saya mohon maaf,” katanya melalui SMS kepada harian itu menurut Malaysiakini.
miss malaysia
Sementara itu, Wafa Johanna De Korte (atas), 19, pula dilapor berkata, beliau akur dengan pembatalan penyertaannya walaupun kecewa tidak dapat memenuhi impiannya.
“Saya berpendapat perlu ada wakil peserta Melayu, tetapi fatwa menetapkan orang Islam tidak dibenarkan menyertainya dan saya terpaksa akur,” beliau dilapor sebagai berkata. - sumber

2 comments:

  1. tlg bagitau sket kt depa yg x pandai agama neh,dlm hukum no personal view..klu dh kata Haram,x pyh nk ckp "sy rasa begini,Sepatutnya begini..." Haram tu bkn bole adjust2 bg jd makruh ka jd harus ka,sebab yg mendatang itu dh memberi mudharat,maka ikut la hukum..
    bkn Akhlak org Islam main ckp2 pendapat tentang hukum..Kita bkn ulama Mujtahid..so baik dgr dan taat jer la wahai org awam..

    ReplyDelete
  2. Yang HARAM tetap HARAM...Majlis fatwa jangan hanya memilih perkara atau perbuatan tertentu sahaja bagi mengeluarkan fatwa...Bina badan lelaki bagai mana..? Gemnastik perempuan bagai mana..?Renang lelaki/perempuan bagaimana..? kenapa selama ini tidak pernah di keluarkan sebarang fatwa..? Pernah merokok juga di fatwakan sebagai HARAM...tapi apa tindakan yang di ambil..?Jadi nya Majlis Fatwa boleh lah mengeluarkan Fatwa itu dan ini...tapi pelaku nya jangan lah di anggap sebagai menhina Islam...Kerana ramai wanita terutama nya yang tidak menutup rambut tidak pula di katakan menghina Islam..!!


    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa