Sunday, July 28, 2013

Hanya Bimbang Renget Malaysia.....

Nampaknya setakat ini hanya Erdogan yang jantan
Negara Islam lain semuanya dah 'dikembirikan' oleh Yahudi dan Amerika!

Mereka tak bantah, nak kecam jauh sekali
Yang mereka lakukannya hanya 'merenget' walau pun saudara mereka dibunuh dengan kejam di Mesir, Syria, Afghanistan dan di Palestin!
Harapkan Arab - mereka semuanya menjadi pengkhianat kepada saudaranya dan pembelot kepada Islam yang 'kononnya' agama yang mereka tunjangi dengan macam-macam gelaran 'Penjaga dua Tanah Haram' pun ada (bukan penjaga agama)

Published: Ahad Julai 28, 2013 MYT 4:08:00 PM
Malaysia Harap Konflik Di Mesir Selesai Cara Damai
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia berharap konflik di Mesir dapat diselesaikan secara damai dan menggesa semua pihak agar tidak memilih jalan keganasan.
Menurut kenyataan Kementerian Luar hari ini, Malaysia turut melahirkan kebimbangan yang mendalam terhadap situasi semasa di Mesir yang telah mengorbankan banyak nyawa serta mencederakan ribuan yang lain.
"Malaysia berpandangan bahawa pihak berkuasa di Mesir perlu mengadakan dialog secara serius yang melibatkan semua pihak berkepentingan untuk mencari jalan penyatuan dan merangka satu solusi yang berkesan dan berpanjangan bagi menyelesaikan konflik," kata kenyataan itu.
Situasi politik di Mesir tegang ekoran penggulingan Presiden Mohammed Morsi pada 3 Julai lepas oleh pihak tentera negara itu.
Demonstrasi yang berlarutan oleh penyokong dan penentang Morsi sejak tarikh itu mencapai kemuncaknya semalam apabila kira-kira 120 penyokong Morsi terkorban dan lebih 4,500 yang lain cedera dalam kejadian tembakan terhadap penunjuk perasaan pro-Morsi, menurut laporan media antarabangsa.
Sementara itu, Kementerian Luar mengesahkan sehingga kini semua rakyat Malaysia di negara itu berada dalam keadaan yang baik dan selamat.
Bagaimanapun, mereka diminta untuk terus mematuhi garis panduan keselamatan yang telah dikeluarkan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah dan pihak berkuasa tempatan.
"Rakyat Malaysia juga telah diingatkan agar tidak mendekati kawasan berisiko konflik dan tidak menyertai sebarang demonstrasi.
"Wisma Putra akan terus memantau situasi di Mesir secara dekat bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia di sana terus terjamin," kata kenyataan itu. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa