Friday, July 26, 2013

Hasil Tangan Yahudi Lagi!

Rakyat Mesir tolak rampasan kuasa
25 Julai 2013
Perhimpunan menolak rampasan kuasa terus dilakukan di Kaherah

KAHERAH - Mesir. Kira-kira 65 peratus masyarakat Mesir menolak rampasan kuasa tentera apabila masih enggan bersurai dari berhimpun jalanan di sekitar Kaherah sejak 3 Julai.

Penganalisis politik Mesir Hisham el-Batal berpendapat, rakyat menolak rampasan kuasa tentera kerana masih trauma dengan era pemerintahan  rejim Hosni Mubarak yang mencatatkan peningkatan jumlah kematian setiap hari.

“Rampasan kuasa itu ditolak jutaan rakyat termasuk pegawai tertinggi ketika era Hosni yang kini masih dipenjarakan,” katanya dipetik Press TV

Menurutnya, demonstrasi itu tidak hanya dilakukan oleh gerakan Ikhwanul Muslimin, ia sebaliknya turut dilakukan oleh kumpulan anti Amerika Syarikat.

“Negara antarabangsa tidak boleh menuduh demonstrasi ini didalangi kumpulan pro Mursi kerana jutaan rakyat termasuk anti Mursi mula mengerumuni Kedutaan AS bagi mendesak  negara itu supaya tidak campur tangan dalam urusan pentadbiran di Mesir,” katanya.

Beliau berkata, kumpulan yang menyokong penggulingan itu berasa bimbang kerana mengetahui kesan penggulingan tersebut membawa kepada campur tangan AS secara meluas di Kaherah

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa