Wednesday, July 24, 2013

Tadi Aku Kata 'Bodoh' Ada Yang Marah!

Aku kata bodoh kerana tidak wajar tidak munasabah
N3 aku yang berkaitan kat sini

Published: Selasa Julai 23, 2013 MYT 6:31:00 PM
Sekolah Di Sungai Buloh Diarahkan Tukar Tempat Makan Segera
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan mengarahkan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) supaya memindahkan tempat makan sementara Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Sungai Buloh, dekat sini ke tempat lebih bersih dan munasabah.
Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan berkata, menjadikan bilik persalinan sebagai tempat makan sementara untuk para pelajar bukan beragama Islam pada bulan Ramadan adalah tidak sesuai sama sekali.
"Perkara ini tidak harus berlaku. Saya kecewa. Kementerian memandang serius perkara ini dan meminta BPSH membuat siasatan serta-merta dan katakan pada kita mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadap pegawai yang membuat keputusan ini (makan di bilik persalinan)," katanya kepada Bernama di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini, Selasa.
"Ia hanya bilik persalinan dan bukanlah tandas. Walaupun ia bilik persalinan, itu bukanlah tempat untuk kita makan, no foods allowed," tegasnya sambil berkata beliau difahamkan kantin sekolah itu baru memulakan proses penambahbaikan Selasa.
Beliau mengulas dakwaan kononnya murid bukan Islam di sebuah sekolah rendah dipaksa makan di tandas semasa Ramadan. Gambar yang tersebar di laman sosial memaparkan sebilangan murid yang dikatakan bukan beragama Islam berada di sebuah bilik menyerupai bilik air, dengan botol air dan bekas makanan berada di atas sebuah meja.
Kamalanathan berkata: "Sekiranya pengusaha kantin tidak mahu beroperasi pada bulan Ramadan, pihak sekolah boleh melantik pengurusan kantin sementara.
"Sekiranya kantin dalam proses baik pulih, mereka harus mencari lokasi yang sesuai di mana ada keperluan untuk sesebuah kantin seperti tempat yang bersih, ada tempat untuk mencuci tangan dan ada tempat duduk untuk makan dan minum."
Sambil memohon maaf sekiranya apa yang berlaku mewujudkan perasaan tidak selesa dalam kalangan ibu bapa, timbalan menteri itu berharap kejadian seumpama itu tidak berulang. - BERNAMA

1 comment:

  1. Satunya, bilik persalinan itu bersih. Ada meja dan kerusi, ada sinki. Baru direnovate.

    Pelik apabila Menteri Kamal ini berkata begitu. Dia dah pergi ke belum ke sekolah tu? Dah berbincang dgn gurubesar?

    Inilah masalahnya bila menteri bercakap macam blogger. Bercakap agar jadi famous..... Saya kenal Kamal tu. Dia ahli PArlimen saya yg saya tak undi.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa