Friday, August 30, 2013

Kesihan Sanjeevan: Mangsa Keadaan Atau Mangsa Dendam?

Sanjeevan hilang ingatan, tak kenal ibu bapa
Aidila Razak
  • 1:26PM Ogos 30 2013
Masalah hilang ingatan aktivis anti-jenayah R Sanjeevan tidak kekal dan beliau dijangka mula ingat semula dari masa ke semasa, kata bapanya P Ramakrishnan.

"Kata doktor, ia masih dalam peringkat awal, jadi ia akan ambil sedikit masa, mungkin seminggu lagi atau dalam sepuluh hari. 

"Ia mungkin lebih lama, tetapi biar lambat daripada tak ingat langsung," katanya ketika dihubungi.

Ramakrishnan berkata, anaknya setakat ini tidak dapat mengenali ibu bapa sendiri. Sanjeevan baru sepuluh hari sedar daripada koma.

"Beliau tidak kenal ibu atau bapa sendiri, tetapi kami cuba ingatkannya kembali. Saya gembira beliau kini bebas daripada bahaya, kita boleh ingatkannya tentang perkara lain," katanya.

Walaupun sedar, Sanjeevan, yang mengetuai NGO MyWatch, masih tidak dapat bercakap kerana saluran yang disambung ke kerongkongnya, tambah Ramakrishnan.

"Beliau berkomunikasi dengan bahasa insyarat. Kami tulis seperti A, B, C, D, dan dia tunjukkan pada kami yang mana satu," katanya.

Macam-Macam Cara Menipu....

Published: Jumaat Ogos 30, 2013 MYT 11:47:00 AM
Pembekal 'Pil Pintar' Pamer Surat Pengesahan Palsu
Oleh YUEN MEIKENG

PETALING JAYA: Pembekal 'pil tablet pintar' mempamerkan surat pengesahan palsu daripada Kementerian Kesihatan di laman webnya.
Surat tersebut yang kononnya dikeluarkan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan, mengklasifikasikan pil Dimensi 108 sebagai 'bukan-perubatan' dan menyatakan bahawa produk ini tidak dikawal pihak berkuasa kawalan dadah.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, surat tersebut adalah palsu dan pihak kementerian telah membuat laporan polis mengenai perkara itu.
"Sebagai produk makanan, mendakwa pil tersebut boleh mengubah tingkah lalu pelajar seperti dipamerkan pada label produk, tidak dibenarkan di bawah Peraturan 18 (1A), Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
"Sehingga hari ini, kami tidak menerima sebarang permohonan daripada syarikat tersebut untuk mengklasifikasikan produk makanan itu atau meneliti labelnya," katanya pada Khamis.

Apakah Motif Mereka?

Pemisah kibar bendera Malaysia
Narathiwat: Anggota tentera di sini merampas 100 bendera Malaysia dan sepanduk antikerajaan yang mereka percayai hendak dikibarkan pemisah di selatan negara itu esok, sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia.
Jurucakap Markas Operasi Keselamatan Dalam Negeri Banpot Phupian berkata semalam, kumpulan pemisah di selatan negara itu mengibarkan bendera Malaysia dan meletakkan sepanduk dengan mesej mengecam pihak berkuasa Thai pada 31 Ogos tahun lalu.
Banpot berkata, dia percaya mereka merancang melakukannya sekali lagi esok.
“Mereka berharap untuk mencetuskan salah faham antara Thailand dengan Malaysia. Tetapi kerajaan Malaysia juga tidak suka apa yang dilakukan kumpulan itu,” kata Banpot.
Menurutnya, bendera dan sepanduk itu ditemui di daerah di Joh Airong. - Agensi

Lagi Moden Kehidupan Manusia, Lagi Ramai Pemimpin Gila Yang Wujud....

Rejim Bashar guna bom api?
30 Ogos 2013
Pasukan perubatan Turki membantu mangsa serangan senjata kimia yang dihantar ke sempadan. 
Gambar kecil: Kesan melecur teruk ini dipercayai berpunca daripada serangan bom napalm.

ANKARA - TURKI . Pakatan pembangkang Syria, kelmarin mendakwa tentera rejim Presiden Bashar al-Assad telah menggugurkan bom napalm (bom api yang diperbuat daripada petrol berbentuk jeli) dan bom fosforus putih untuk menyasarkan orang awam di luar Aleppo.

Dakwaan itu didedahkan ketika Turki mula menghantar pasukan tambahan untuk membantu mangsa senjata kimia yang dihantar ke sempadan negara itu selepas serangan gas beracun di Damsyik pada 21 Ogos lalu.

Direktorat Pengurusan Bencana dan Kecemasan, Mustafa Aydogdu memaklumkan bahawa mereka sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kes berkaitan serangan senjata kimia.

"Kami mempunyai pasukan pakar yang telah ditempatkan di Kilis, Hatay dan Sanliurfa," katanya.

Difahamkan, kebanyakan pelarian yang merentasi sempadan untuk memasuki Turki menerusi Cilvegozu iaitu sempadan paling hampir dengan Aleppo mengalami kesan melecur yang teruk.

"Kita tidak boleh membuat tanggapan sendiri bahawa  kesan mengerikan  yang dialami  kebanyakan penduduk Syria berpunca daripada serangan senjata kimia. Pakar kami masih menjalankan ujian untuk mengesahkan perkara itu," jelasnya lagi, dipetik dari laporan DailyMail.

Pada masa ini, kira-kira 200,000 pelarian Syria ditempatkan di puluhan kem penempatan sementara di negara tersebut.

Menurutnya, kebanyakan penempatan sementara itu semakin sesak dan kem di Viransehir masih boleh menerima kemasukan kira-kira 20,000 pelarian tambahan.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan sekutunya menuduh rejim Bashar sebagai dalang bertanggungjawab melancarkan serangan senjata kimia tersebut yang telah meragut ratusan nyawa di negara terbabit.

Susulan daripada insiden itu, AS merancang untuk campur tangan dengan melancarkan tindakan ketenteraan ke atas Syria, namun keputusan itu ditentang keras oleh kebanyakan negara antarabangsa.

Dalam perkembangan lain, kumpulan pemeriksa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dihantar untuk mengumpulkan bukti berhubung serangan senjata kimia itu dilaporkan akan meninggalkan negara bergolak terbabit selewat-lewatnya Sabtu ini. - sumber

Tua Nak Mampos Pun Masih Buat Kerja Kotor!

Bisnes dadah terbongkar
Oleh Muhaaamad Hafis Nawawi
Gombak: Tindakan licik seorang lelaki berusia 50-an menjalankan kegiatan mengedar dadah secara kecil-kecilan di rumahnya terbongkar selepas ditahan polis bersama-sama 10 penagih yang ketika itu sedang membeli dadah, semalam.
 
Serbuan dijalankan di kawasan perumahan Kampung Changkat Simpang 3, di sini dijalankan bermula kira-kira jam 7 pagi hingga 12 tengah hari selepas menerima maklumat orang awam terdapat kegiatan penjualan dan penagihan dadah di kawasan itu.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, sebaik mendapat maklumat, seorang pegawai dan 10 anggota melancarkan Operasi Khas Cantas (Op Cantas) bagi menjalankan serbuan.
Menurutnya, dalam operasi itu, polis berjaya menahan seorang lelaki yang menjadi pengedar dadah kecil-kecilan bersama 10 penagih di kediaman lelaki itu.
“Kami turut merampas tiga peket heroin dan dua tiub heroin seberat 5.6 gram dianggarkan bernilai RM250. Kita turut menjumpai pil eramin 5.
“Malah, seorang lelaki turut ditangkap di kawasan itu kerana dikehendaki bersabit kes bunuh di Wangsa Maju,” katanya.

Nampak Tolol, Tapi Rasanya Dia Benar-Benar Insaf

Sama dengan cerita Robin Hood
Tapi Robin Hood tidak insaf dan tidak taubat! 

Hukum sendiri potong tangan
Kaherah: Seorang lelaki Mesir mengudungkan tangannya dengan meletakkan anggota tubuhnya itu pada landasan ketika sebuah kereta api meluncur laju.
 
Ali Afifi, 28, berbuat demikian semata-mata untuk menghukum dirinya dan menghentikan ketagihan mencuri serta mengelak daripada menderita dalam kehidupan seharian kerana tabiatnya itu dan juga mengelak hukuman di akhirat.
Ali berkata, tabiat mencurinya bermula sejak muda lagi, apabila dia mencuri bekalan rakan sekolahnya. Dia kemudian mencuri barangan di kedai dan apabila dewasa, dia mula mencuri telefon bimbit serta barangan kemas.
Menurutnya, dia menggunakan wang hasil curinya itu kepada kanak-kanak dan keluarga miskin.
Bagaimanapun, dia gagal mengatasi tabiatnya itu dan akhirnya mengambil keputusan mengudungkan kedua-dua tangannya itu sebagai cara mengakhiri ketagihannya.
Ali berkata, dia kini bercita-cita untuk membantu penduduk di bandar tempat dia tinggal dan membina pusat belia. Dia juga bercadang bekahwin tetapi tidak yakin ada wanita Mesir yang mahu menerimanya kerana kisah lampaunya. - Agensi

Thursday, August 29, 2013

Mungkinkah Ini Salah Satu Dalil Hayat Dunia Sudah Hampir Ke Hujungnya?

Gurun paling kering kini bersalji
Santiago: Ia dikenali sebagai tempat paling kering di dunia apabila stesen kaji cuaca tidak merekodkan wujud taburan hujan di situ.
Bagaimanapun beberapa hari lalu pengunjung Gurun Atacama di Chile pasti terkejut apabila mendapati ada salji di situ.
Penduduk San Pedro de Atacama yang terletak kira-kira 750 batu dari ibu negara Chile berkata, salji itu adalah yang paling banyak dilihat sejak tiga dekad lalu.
Kini terdapat kebimbangan bahawa pencairan ais dan hujan akan menyebabkan beberapa sungai melimpah sebagaimana yang pernah berlaku sebelum ini.
Pejabat pelancongan kebangsaan berkata, jalan menuju ke bandar raya ditutup sementara kerana keadaan cuaca yang tidak menentu itu.
Pihak berkuasa menjangkakan lebih banyak hujan dalam beberapa akan datang, tetapi tiada arahan pemindahan dibuat.
SALJI yang menyelubungi gurun Atacama, Chile sejak beberapa hari lalu.

Gurun Atacama yang merentangi dari Chile hingga ke Peru keseluruhannya terbentuk daripada tasik garam, pasir dan lahar falsik serta menerima taburan hujan purata hanya 15 milimeter setahun.
Beberapa kawasan mendapat kurang daripada satu milimeter dan beberapa stesen kaji cuaca melaporkan ada lokasi yang tidak mendapat hujan langsung.
Pada malam hari suhunya boleh merudum hingga serendah -25 darjah Celsius di zon Ollague, manakala pada siang hari suhunya antara 25 hingga 30 darjah Celcius.
Gurun itu menjadi lokasi teleskop terbesar dunia, Atacama Large Millimeter/submillimeter Array. - Agensi

Aku Hairan Bagaimanakah Manusia Jenis Ini Berfikir?

Faedahnya langsung tak ada.....hanya membangkitkan kemarahan orang
Adakah manusia begini suka dikutuk dan suka menyusahkan diri sendiri?

Lelaki disoal polis kerana lukisan hina Islam
OLEH MOHD FARHAN DARWIS DAN LEE SHI-IAN
AUGUST 29, 2013
LATEST UPDATE: AUGUST 29, 2013 08:29 PM
Pelukis Anurendera Jegadeva disoal siasat polis hari ini selepas laporan polis dibuat terhadapnya kerana dikatakan menghina Islam, selepas blog pro Umno mendedahkannya.
Pameran lukisan di pusat membeli belah Publika, di Sri Hartamas didakwa menghina Islam apabila memaparkan satu lukisan pelukis yang dikenali sebagai J. Anu dengan tema "ABC For The Middle – Age Middle Classes".
Menurut laporan blog http://akarimomar.wordpress.com/, artikel bertajuk "Lagi Penghinaan Terhadap Islam – Kini Di Publika Sri Hartamas" penulis berkenaan telah membuat laporan polis terhadap pameran tersebut, yang dijalankan di tingkat G2, di kawasan ruang legar pusat membeli belah berkenaan.
"Seolah-olah menyatakan Islam itu untuk orang bodoh beserta dengan tulisan khat 'Basmallah' terbalik di bawahnya, yang jelas menunjukkan unsur niat yang jahat oleh pelukis tersebut.Pameran bertajuk Pameran Seni M50 – Selamat Hari Malaysia mempamerkan salah seorang pelukis bernama Anurendra Jegadeva dakwa penulis blog berkenaan melakarkan mesej penghinaan dengan menyebut "I for Idiot".
"Manakala untuk J dan K pula di buat 'J for Jesus' dan 'K for Krisna' – tanpa ada sebarang unsur penghinaan," memetik kenyataan di blog tersebut.
Ketua Polis Daerah Sentul Timbalan Komisioner Zakaria Pagan mengatakan, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 298, Kanun Keseksaan kerana berniat untuk menghina agama seseorang.
Ketika sambutan Ramadan sebelum ini, umat Islam dikejutkan dengan beberapa insiden penghinaan terhadap Islam, antaranya dua blogger seks, Alvin Tan dan Vivian Lee yang memuat naik gambar "berbuka puasa dengan bak kut teh" yang menimbulkan kemarahan majoriti umat Islam di negara ini.
Kedua-dua mereka bagaimanapun telah ditahan dan disoal siasat oleh pihak berkuasa dan dibicarakan mahkamah.

Isu lain termasuklah penggunaan kalimah Allah, yang mana mahkamah telah memutuskan untuk menolak permohonan gereja Katolik mengetepikan permohonan Putrajaya merayu kes berkenaan. – 29 Ogos, 2013

Ahli politik ternama didakwa naungi kongsi gelap

mk - 5:32PM Ogos 28 2013

Sebilangan ahli politik ternama didakwa menaungi beberapa kongsi gelap dan beberapa orang daripadanya turut menjadi penasihat kumpulan terbabit.

Laporan akhbar Sin Chew Daily menyebut, kumpulan berkenaan merupakan antara 10 kongsi gelap, yang akan didedahkan esok oleh Kementerian Dalam negeri.

Ia membabitkan kumpulan gengster Cina, Melayu dan India, menurut laporan akhbar berbahasa Cina itu.

Kumpulan itu meliputi “Geng 04”, “Geng 08”, “Geng 21” dan “Geng 36” dari kumpulan India; “Hong Shun Tang”, “3821”, “Wu Se Qi”, “Hong Men” dan Hua Ji Dang” dari golongan Cina; serta “Geng 3 Calit” dari kelompok Melayu.

Akhbar tersebut yang memetik kenyataan sumber menyebut, kerajaan buat kali pertama akan melancarkan “perang” ke atas kongsi gelap dengan mendedahkan senarai nama kongsi berkenaan kepada umum.

Menurut sumber tersebut, gengster Cina aktif dalam perniagaan haram termasuk menjual DVD cetak rompak, membuka pusat karaoke, pusat perjudian, mengedar dadah dan khidmat pelacuran.

“Gengster India secara perbezaannya lebih agresif kerana mereka memungut wang perlindungan dari pengusaha gerai dan pub selain menjadi penembak.

“Sementara itu, gengster Melayu lebih aktif 'menjaga' tapak pembinaan dengan memungut wang di sana.

“'Geng 3 Calit' Melayu paling aktif dan ketua setiap kawasan dipanggil ayahanda,” katanya

Wednesday, August 28, 2013

Aku Macam Tak Percaya, Seorang Menteri Di Zaman Mahathir Sebodoh Itu

Aku juga tak percaya yang 'berdahi sempit, fikiran pun ikut sempit'
Tapi Ko orang baca quot ni: 
Katanya, selepas menerima surat tuntutan dari peguambela dam peguamcara AirAsia Berhad kira-kira sebulan dari tarikh penyiaran artikel tersebut, maka barulah beliau menyedari bahawa artikel itu memberikan implikasi atau gambaran,seolah-olah babi dihidangkan dalam penerbangan AirAsia dan AirAsia X yang mana dakwaan itu tidak benar sama sekali.

Dakwa AirAsia hidang babi, bekas menteri mohon maaf enam bulan

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
AUGUST 28, 2013
LATEST UPDATE: AUGUST 28, 2013 08:21 PM
Tan Sri Zainuddin Maidin diminta untuk mengemukakan permohonan maaf selama enam bulan oleh kumpulan AirAsia berhubung dakwaan mengatakan babi dihidangkan dalam penerbangan pesawat syarikat itu untuk menggelakkan disaman sebanyak RM5 juta.

Bekas Menteri Penerangan Umno itu mengemukakan permohonan maaf kepada AirAsia pada bulan lalu di blognya Zamkata, berkata tidak mampu membayar saman kerana sara hidupnya hanya berdasarkan wang persaraan.

AirAsia meminta saya menyiarkan permohonan maaf ini selama enam bulan tetapi saya akan siarkan untuk bertahun-tahun akan datang dengan tujuan penyebarannya lebih meluas dan bagi pengetahuan dari generasi ke generasi.

Dalam permohonan maafnya kepada AirAsia, beliau tidak menyangka artikel yang bertajuk, “Hidangan babi dalam penerbangan AirAsia, orang Islam patut tangguhkan dulu terbang dengan pesawat ini" di dalam blognya memberikan implikasi buruk kepada nama baik AirAsia dan AirAsiaX.“Saya berterima kasih kepada Rocky's Bru yang menyatakan setiakawan bagi pihak penulis blog dan jaminan membela saya dalam menghadapi sebarang tindakan dari AirAsia,” katanya merujuk kepada penulis blog yang juga bekas Ketua Pengarang Malay Mail, Datuk Ahirudin Attan.

Katanya, selepas menerima surat tuntutan dari peguambela dam peguamcara AirAsia Berhad kira-kira sebulan dari tarikh penyiaran artikel tersebut, maka barulah beliau menyedari bahawa artikel itu memberikan implikasi atau gambaran,seolah-olah babi dihidangkan dalam penerbangan AirAsia dan AirAsia X yang mana dakwaan itu tidak benar sama sekali.

“Saya mohon maaf kepada AirAsia Berhad diatas sebarang kecederaan yang menimpa mereka kerana artikel tersebut dan saya berharap orang ramai tidak mempunyai sebarang prasangka bahawa babi ada dihidangkan di dalam penerbangan AirAsia dan AirAsia X.

“Saya yakin dan percaya bahawa AirAsia dan AirAsia X sangat prihatin terhadap sensitiviti agama kesemua penumpang mereka,” jelasnya menerusi blog Zamkata.
Hal ini dipanjangkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia, Datuk Kamaruddin Meranum semasa majlis sambutan Aidilfitri Utusan Melayu namun beliau enggan mengulas lanjut tentang tindakan saman yang diambil oleh AirAsia dan AirAsia X terhadap Zainuddin.
Kamaruddin berkata, AirAsia bukanlah anti Utusan meskipun syarikat penerbangan tambang rendah itu menarik balik iklan dalam akhbar milik Umno tersebut.

“Saya tahu sejarah Utusan dan Utusan adalah darah daging saya. Tuduhan seperti ini saya tidak dapat menerimanya,” jelas Zainuddin menerusi blognya. – 28 Ogos, 2013.

AS Akan Serang Syria?

Inilah dilema Umat Islam
Tertindas dan dizalimi sesama kita
Bila pertolongan dihulur oleh musuh Islam
Pastinya ada 'Udang di dalam Mee'

Tengoklah apa dah jadi dengan Iraq, Libya dan Afghanistan?

Amerika, Syria di ambang perang
2013/08/28
Pemberontak melancarkan serangan balas terhadap tentera rejim 
ketika bertempur di Khanasser, kelmarin. - Foto AFP

Amman: Diplomat Amerika dan sekutunya sudah memaklumkan kepada pemberontak Syria bahawa Kuasa Barat boleh menyerang negara itu dalam tempoh beberapa hari saja lagi. 

Beberapa sumber yang menghadiri mesyuarat antara pemimpin pembangkang Syria dengan diplomat dari Washington serta kerajaan negara lain di Istanbul semalam berkata pemberontak diberitahu bahawa mereka boleh menjangka tindakan ketenteraan dan diminta bersedia untuk rundingan damai. 


Pembangkang dimaklumkan bahawa tindakan untuk menghalang rejim Assad daripada terus menggunakan senjata kimia akan dilakukan seawal beberapa hari lagi dan mereka dikehendaki bersedia untuk mengadakan rundingan damai di Geneva, kata sumber itu. 

Sumber itu juga menyatakan Presiden Pakatan Kebangsaan Syria Ahmad Jarba menemui wakil daripada 11 negara yang menyokong pemberontak termasuk duta Amerika ke Syria, Robert Ford di Istanbul. 

Serangan gas beracun 

Pada masa sama, Setiausaha Pertahanan, Chuck Hagel, berkata tentera Amerika di wilayah itu sudah bersedia untuk menjalankan tugas ketika Washington bersama sekutunya di Eropah dan Asia Barat menyediakan rancangan untuk menghukum Presiden Bashar al-Assad didakwa melancarkan serangan gas beracun yang mengorbankan lebih 1,000 orang minggu lalu. 

Pemeriksa dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata mereka menemui bukti bahawa rejim Assad bertanggungjawab dalam serangan senjata kimia membabitkan gas saraf ke atas rakyatnya. 
Bagaimanapun tentangan daripada Russia dan China menyukarkan usaha untuk meyakinkan masyarakat antarabangsa, pemimpin Barat mungkin menangguhkan rancangan itu. 

Perdana Menteri Britain David Cameron memanggil satu mesyuarat tergempar parlimen untuk membincangkan mengenai isu Syria esok. 

Beliau bersama Presiden Amerika, Barack Obama dan Presiden Perancis Francois Hollande berdepan persoalan sukar mengenai sejauh mana batas campur tangan, kemungkinan besar serangan udara akan berakhir dan sama ada mereka bersedia menyerahkan kuasa kepada pemisah Islam yang anti Barat jika Assad digulingkan. 

Pasaran saham merudum 

Sementara itu di Asia, pasaran saham merudum manakala harga minyak meningkat awal semalam disebabkan kebimbangan berlaku satu lagi peningkatan dalam perang di Syria yang sudah menjangkau 29 bulan. 

Bercakap di Washington dan sekutunya bersedia melancarkan serangan peluru berpandu ke atas sasaran Syria, Setiausaha Negara Amerika, John Kerry, menuduh rejim Presiden Bashar al-Assad cuba menyembunyikan sesuatu. - sumber

Tuesday, August 27, 2013

Morsi Gagal Mengenal Haruan Dan Ular!

Ibu Jeneral As-Sisi keturunan Yahudi
Abd Shukur Harun, 26 Ogs 2013


Pelbagai rahsia terdedah yang menunjukkan bahwa Israel terlibat lansung dengan rampasan kuasa tentera Mesir yang menggulingkan Presiden Dr. Muhd Mursi lebih sebulan yang lalu.

Rancangan untuk menggulingkan Dr. Mursi ini telah lama dilakukan oleh tentera, walaupun ketuanya – Jeneral Abdel-Fattah As-Sisi – adalah orang yang dilantik oleh Dr. Mursi sendiri sebagai Menteri Pertahanan. As-Sisi berpura-pura menyokong presiden baru itu yang datang dari Ikhwan Muslimin, pada hal sudah ada rancangannya untuk meletakkan tentera sebagai pemegang kuasa mutlak Mesir sama seperti di zaman Hosni Mubarak dulu.

As-Sisi sendiri diberitakan adalah keturunan Yahudi. Ini telah disahkan oleh sebuah laporan oleh Al-Jazeera baru-baru ini. Laporan itu menyebut kenyataan bekas Setiausaha Media Murshidul Am Ikhwan Muslimin, Gamal Nassar, bahawa As-Sisi adalah keturunan Yahudi.

Menurutnya, sangat mengejutkan apabila membaca laporan akhbar Algeria, Al-Watan yang menyebutkan bahawa As-Sisi keturunan Bani Israil di Mesir. Ibunya seorang Yahudi bernama Mulaika Titani dan abang Mulaika adalah anggota Haganah, sebuah pertubuhan militan Yahudi di Israel yang turut bersama memerangi umat Islam di Palestin.

Menurut Al-Watan, dalam perhitungan apapun, nyatalah As-Sisi sedang melaksanakan tugas zionis yang hendak memecahbelahkan Mesir. Selanjutnya, menurut Gamal Nassar, dengan pembunuhan beramai-ramai rakyat Mesir yang dilakukan oleh As-Sisi, nyatalah ia penjenayah paling kejam yang akan menghancurkan Mesir.

Gamal Nassar menambah, As-Sisi berpura-pura konon hendak menyelamatkan Mesir sebagai wira negara itu, tetapi dia sebenarnya hendak memecahbelahkan Mesir supaya negara itu lemah dan tidak akan mengancam Israel.

Sebab itu dilaporkan, seorang diplomat kanan Israel di Mesir,  Yaakov Amitai memberitahu tentera Mesir bahwa “Rakyat Israel menganggap Abdel-Fattah As-Sisi adalah pahlawan nasional Israel kerana tindakannya terhadap Ikhwan Muslimi.”  Selepas ini, kata diplomat kanan itu, Israel dan Mesir akan bekerjasama lebih erat di bidang pertahanan, ekonomi, pertanian dan lain-lain. Ini yang dikehendaki Israel di mana Amerika mengetahui hal ini.

Ada laporan di media dunia Arab mengatakan bahawa beberapa hari sebelum rampasan kuasa oleh tentera itu, As-Sisi telah berkunjung ke Tel Aviv dan mengadakan rundingan dengan pemimpin kanan Israel di mana Israel mendesak As-Sisi segera melumpuhkan kerajaan Ikhwan Muslimin pimpinan Dr. Muhd Mursi. Jika ini tidak dilakukan oleh tentera Mesir, pemimpin Israel menyatakan kebimbangan kerana Ikhwan menjadi ancaman besar kepada Israel.

Rampasan kuasa itu disokong oleh golongan secular, Kristian Koktip, golongan sisialis yang masih memuja bekas presiden Mesir, Gemal Abd Nasser sebagai idola mereka. Rampasan kuasa itu juga disokong oleh golongan Salafi dan kumpulan An-Nur. Tetapi dua kumpulan ini menarik balik sokongan terhadap tentera apabila tentera melakukan pembunuhan beramai-ramai dan membakar masjid baru-baru ini.

Menurut Ummah News, tentera As-Sisi bukan saja akan memerangi Ikhwan, tetapi juga kumpulan Mujahidin yang bergerak di Sinai yang telah menyerang dan membunuh beberapa orang tentera di wilayah itu.

Laporan media di dunia Arab menyebutkan bahawa senjata Israel telah digunakan oleh tentera Mesir untuk menyerang para penyokong Dr. Mursi. 

Menurut laporan itu lagi, kapal terbang kargo Israel dilihat mendarat di lapangan terbang Mesir ketika tentera Mesir menggempur himpunan penyokong Dr. Mursi. 

Wartawan Mi’raj News Agency di Kaherah Dany Novery,   mengesahkan hal ini.
Senjata itu seperti gas beracun pemedih mata, kelonsong gas dan peluru bertulis dalam bahawa Ibrani, kata Dany Novery lagi yang dipetik oleh MINA.

Seorang lagi wartwan Mi’raj News di Kaherah, Amran Hamdani, juga menyebut, ada kenderaan yang datang ke medan Rab’ah Adawiyah membawa peluru bertulis bahasa Ibrani untuk tentera Mesir. Hal itu dilihatnya setelah pemandu kenderaan itu menolak untuk membawa keluar korban yang bergelimpangan.

Ketika Dataran Rabaa Al-Adawiyah, Nadha, Ramsis dan Roxi bermandi darah, Ketua Tentera General Abdel Fattah Al Sisi, memuji tanda sokongan sekutu kuatnya dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE) - Arab Saudi, Kuwait, Jordan dan Bahrain.

Demikianlah yang terjadi di Mesir yang selama ini dianggap sebagai hub intelektual dunia Islam yang telah melahirkan sekian ramai ulama. Namun dalam keadaan begini, masih ada ulama di sana yang keliru seperti yang terjadi kepada Sheikh Al-AlAzhar  yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera yang didalangi oleh Israel.

Seperti kata Tuan Guru Nik Abd Aziz, barangkali, Sheikh Al-Azhar sudah berpuas hati dengan pembebasan Hosni Mubarak. Padahal kezaliman Hosni Mubarak selama 30 tahun menduduki takhta presiden, katanya, satu fakta yang tidak boleh dinafikan sama sekali.

Ingatan Tuan Guru kepada para hakim yang membebaskan Mubarak sebagaimana pesan ahli sihir yang beriman kepada Firaun yang bermaksud: “Berhukumlah kamu selagi mana kamu boleh berhukum, sesungguhnya kamu hanya mampu berhukum di dalam kehidupan dunia ini saja,”  – Surah Toha, ayat 72.

Kini selepas lebih sebulan rampasan kuasa tentera Mesir itu berlaku semakin banyak rahsia terdedah yang menunjukkan Israel terlibatsecara  lansung dengan rampasan kuasa itu. Namun masih ada pemimpin sekular negara umat Islam, malah segelintir umat Islam sendiri, yang juga berfikiran sekekular dan keliru melihat episode di Mesir ini dengan penuh keliru, malah ada yang memfitnah Ikhwan Muslimin konon sebagai gerakan Islam yang mendorong kekerasan. Inilah fitnah besar kepada pendukung gerakan Islam dan Islam sendiri diakhir zaman.

Malaysiaku: Yang Haram Pun Dapat Anugerah!

Restoran terbaik tiada lesen
Oleh Ardyhansah Amat
Kuala Lumpur: Beberapa struktur sebuah restoran yang pernah mendapat anugerah restoran terbaik di Jalan Dungun, Bukit Damansara, di sini dirobohkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas didapati beroperasi tanpa lesen.
Timbalan Pengarah Jabatan Reka Bentuk Bandar dan Bangunan DBKL Norzaini Noordin berkata, selain tidak berlesen, tindakan itu diambil selepas mendapati restoran itu turut melakukan dua kesalahan iaitu perancangan dan aktiviti tanpa kebenaran serta binaan struktur tambahan tanpa kebenaran.
“Pemilik langsung tidak mendapat kebenaran untuk menukar premis miliknya dari kediaman kepada restoran, menyebabkan mereka beroperasi secara haram.
“Malah, mereka juga tidak mendapat kelulusan untuk binaan struktur baru di situ menyebabkan DBKL terpaksa merobohkannya dalam operasi kali ini,” katanya kepada media ketika mengetuai Op Roboh di sini semalam.
Katanya lagi, berdasarkan Undang-Undang Kecil Seksyen 72, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 akibat membina struktur tanpa izin, DBKL terpaksa meroboh struktur tambahan terbabit atas faktor keselamatan awam.
“Dalam hal ini, DBKL tidak boleh berkompromi kerana pembinaan di restoran itu tidak membabitkan kajian terperinci bagi memberi jaminan keselamatan kepada orang luar yang mengunjungi tempat itu.
KEDIAMAN diubah suai menjadi restoran dirobohkan, semalam.
“Selain itu, kami turut mendapat aduan dari penduduk setempat bahawa operasi restoran ini menyebabkan bunyi bising sehingga lewat malam, sekali gus mengganggu kejiranan selain menyebabkan halangan laluan jalan raya di sini.
“DBKL sudah menghantar beberapa notis dan kali terakhir pada 29 Jun lalu. Sebelum itu beberapa tindakan lain juga sudah diambil termasuk kompaun dan sita barang, tetapi pemilik premis masih lagi meneruskan operasi di situ,” katanya.
Berdasarkan laman web restoran itu, premis berkenaan mula beroperasi pada 10 Oktober 2010 dan pernah menerima beberapa anugerah.
Sementara itu, wakil pengurusan restoran yang enggan dikenali berkata, pihaknya dalam proses perpindahan ke lokasi baru di Petaling Jaya, tetapi memerlukan sedikit masa untuk melakukannya.

Kedamaian rimba dan “hantu” Altantuya

- A Kadir Jasin
AUGUST 27, 2013LATEST UPDATE: AUGUST 27, 2013 11:01 PM

Hujung minggu di Pulau Banding dan Tasik Temengor, Hulu Perak, melapangkan dada seolah-olah lebih jauh dari Kuala Lumpur dan Putrajaya lebih melegakan.
Terima kasih kepada Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar, kerana meminta pandangan orang luar – badan-badan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik, penyelidik dan wartawan tua – dalam usaha beliau membangunkan Pulau Banding sebagai gerbang Taman Diraja Royal Belum.
Hujung minggu yang baru berlalu ahli sains, penyelidik, pegawai kanan kerajaan persekutuan dan negeri serta sahabat alam semula jadi hadir simposium anjuran Yayasan Pulau Banding bagi membincangkan hasil ekspedisi ke Sungai Enam pada akhir tahun 2011. Yayasan Pulau Banding dibiayai oleh Mustapha dan para penderma.
Alhamdulillah masih ada pemimpin muda politik yang idealistik dan bercakap dari hati. Doa saya orang muda seperti beliau tidak akan dirosakkan dan menjadi korup akibat kuasa atau dicantas oleh politikus tua yang tamak kuasa.Hatta ucapan dari lubuk hati exco muda Kerajaan Perak, Nolee Ashilin Mohammed Radzi, turut melapangkan dada. Bahasa Melayunya bagus, bahasa Inggeris tidak ada cacat cela.
Kalau pemilihan kepemimpinan parti-parti politik, khasnya Umno, pasca PRU13 tidak menghasilkan lebih banyak pemimpin muda, kita harus menganggapnya sebagai satu kegagalan dan tanda nyata bahawa suara generasi muda masih tidak dihargai.
Generasi lama yang idealistik dan bergiat cergas atas dasar perjuangan tidak banyak lagi yang tinggal. Generasi yang berkuasa semakin korup dan tandus semangat perjuangan. Harapan kita adalah kepada generasi muda – kepada anak-anak dan cucu-cucu kita.
Terima kasih kepada penyelidik Awang Noor Abdyul Ghani yang mengajar saya mengenai “stumpage”. Dengan izin. I am stumped to learn that forestry authorities are charging lower premiums for forest concessions than professionally accessed. No wonder loggers became overnight millionaires, states ending up logging larger and large tracks of forests to earn revenue and we are losing pristine forests and precious water catchment areas. Something is not right here!
Dan kepada yang lain kerana menjalankan penyelidikan yang sangat berguna. Langkah seterusnya ada berkongsi dengan khalayak dalam bahasa yang boleh mereka fahami agar mereka juga komited melindungi alam semula jadi anugerah Tuhan itu.
Kita boleh lari secara fizikal dari hingar-bingar dan kacau-bilau kota, tetapi kita tidak boleh lari daripada khabar beritanya.
Seorang lagi wartawan tua berbisik: “You tahu apa jadi di mahkamah dengan kes Altantuya?”
Kita semua sudah baca, tengok dan dengar. Mahkamah Rayuan dengan majoriti mutlak tiga hakim membuang kes dan membebaskan (acquitted and discharged) Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar atas tuduhan membunuh Altantuya Shaariibuu.
Peguam Negara, Abdul Gani Patail kata bukan salah pendakwa. Jadi dia akan merayu kepada Mahkamah Persekutuan.
Kalau Mahkamah Persekutuan setuju dengar, kes ini akan masuk pusingan akhir. Ditakdirkan Mahkamah Persekutuan setuju dengan Mahkamah Rayuan, habislah cerita Azilah dan Sirul dan pembunuhan sensasi Altantuya akan kembali menjadi misteri yang akan terus menghantui banyak orang.
Kalau Mahkamah Persekutuan setuju dengan Mahkamah Rayuan, Azilah dan Sirul bebas sebebas-bebasnya daripada tuduhan membunuh Altantuya. Mereka tidak boleh dituduh lagi dengan tuduhan itu kerana, dalam hukum undang-undang, ia dikatakan “double jeopardy”. Seseorang tidak boleh dituduh dengan tuduhan yang sama dua kali.
“Who killed Altantuya?” Tanya akhbar The Star Sabtu lalu. Saya pun nak tumpang tanya: Did the butler do it? If he didn’t, did he know who did? Or the butler did it but won’t admit?
Ah, if only Sherlock Holmes and his sidekick, Dr Watson, are alive we could try to secure their services to solve the crime as we now do with so many local and international advisers, consultants and special officers.
Alas Holmes and Watson were fictional although Altantuya’s murder was as sensational and having all the conspiratorial twists that peppered Holmes’ London exploits.

Kes ini belumlah selesai. Beberapa kemungkinan boleh berlaku. Mahkamah Persekutuan boleh bersetuju dengan Mahkamah Rayuan atau kes ini boleh dibicarakan semula di hadapan hakim yang berbeza. Sementara itu, “hantu” Altantuya akan terus mengganggu dan oleh sebab ini adalah kes mahkamah, saya tidak akan menyiarkan komen yang ada unsur menghina mahkamah atau “subjudice”. - 27 Ogos 2013 - sumber

Cerita Gila Babi Pilihanraya Dan SPR Tak Kian Habis?

Masalahnya ialah banyak agensi dan badan yang hilang fungsi dan lupa tanggung jawab serta abaikan amanah dari rakyat kerana sesuatu sebab yang berbentuk peribadi
Alangkah bagusnya sekiranya tenaga, wang dan masa itu dimanafaatkan untuk kebajikan rakyat dan pentadbiran negara?

Pemimpin Malaysia terlalu banyak masa, tenaga dan wang dihabiskan untuk politik!

PAS buat laporan polis terhadap SPR kerana palsukan borang 14
AUGUST 27, 2013
LATEST UPDATE: AUGUST 27, 2013 08:37 PM
PAS membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini berikutan tindakan petugas badan pengendali pilihan raya itu memalsukan borang 14 di kebanyakan kawasan pilihan raya yang dicabar dengan petisyen oleh parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu.

Pemimpin kanan PAS seperti Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub, Dr Dzulkefly Ahamd, Dr Hatta Ramly dan Datuk Kamaruddin Jaafar adalah di antara yang hadir ke di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk membuat laporan polis beramai-ramai.

Laporan polis dibuat kerana dalam kebanyakan hujah mahkamah untuk menolak petisyen pilihan raya mengatakan tindakan memalsukan borang 14 adalah kesalahan jenayah. – 27 Ogos, 2013. - sumber

Yahudi Mesir Lanyak Muslim Mesir, Yahudi Israel Lanyak Arab Palestin!

Bukankah ini satu kerjasama yang baik dan terancang?

Israel serbu kem Palestin

Undangan Untuk Bloggers

Undangan ke Majlis Kesyukuran 
Sempena perkahwinan anak perempuan kami
Fakhron Elliyana Fakhruddin (adik)
dan
Ungku Mohd. Zulkifli Ungku Mohd. Yunos 
Dijemput semua rakan bloggers terutama yang tinggal di Kelantan untuk bersama-sama meriahkan majlis kami yang akan diadakan :

Tempat : Dewan Sutera Emas, Sutera Inn, Jalan Dusun Muda, Kota Bharu
Tarikh : 31 Ogos 2013
Masa : Dari jam 12:00 tengahari sehingga jam 5:00 petang

Bloggers yang tinggal di luar Kelantan juga dialu-alukan sekiranya sudi

Kehadiran saudara/saudari memeriahkan majlis kami diucapkan ribuan terima kasih 

Sila hubungi saya untuk pengesahan 
Fakhruddin Yusoff - 019 9391 355

Sempena Hari Kelahiranku Hari Ini, Ku Abadikan N3 Ini

Betapa bangga dan syukurnya insan yang ditaqdirkan Allah menjadi Ayah dan Ibu kepada gadis ini......

Asmaa el-Beltagi, syuhada Mesir