Wednesday, August 14, 2013

Celaka....Warga Asing Lagi!

Datang ke sini buat sial
Bukannya nak cari makan secara halal
Dahlah mungkin PATI, menyusahkan kita pulak
Dasar tak mengenang budi!

Published: Rabu Ogos 14, 2013 MYT 10:45:00 AM
Updated: Rabu Ogos 14, 2013 MYT 10:47:45 AM

Wanita Terselamat Dalam Cubaan Culik Di Bangsar
Tina menunjukkan kecederaan yang dialaminya ketika bergelut 
dengan seorang lelaki yang menyerangnya di Bangsar

PETALING JAYA: Berjalan di sepanjang jalan utama di Bangsar pada waktu siang hari, adalah perkara terakhir yang dijangka Tina (nama ditukar) adalah ditarik dari arah belakang dengan pisau yang dihunus pada lehernya.
Penasihat undang-undang berusia 28 tahun yang trauma itu berkata, dia menghampiri persimpangan lampu isyarat Jalan Maarof lampu berhampiran dengan Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq apabila dia diserang pada pukul 6 petang Jumaat lalu.
"Saya dapat merasakan pisau walaupun saya tidak dapat melihatnya di bawah kolar saya. Saya bergelut dengannya menggunakan kedua-dua tangan dan menjerit kepadanya," katanya, sambil menambah bahawa penyerang itu yang kelihatan warga asing, menggunakan kereta Toyota Vios warna kelabu.
Kesnya, yang digambarkan sebagai satu cubaan menculik, telah disiarkan di laman Facebook "Malaysian Crime Awareness Campaign" (Kempen Kesedaran Jenayah Malaysia) dan dikongsi 531 kali pada pukul 6 petang Selasa.
Beliau berkata, penyerang itu tidak cuba untuk meragut telefon bimbit atau beg tangan dan dia bersama rakannya telah membuat pusingan-U secara haram dan memecut ke arah pusat bandar selepas cubaan culik gagal.
Tina yang masih berasa terkejut berkata, tiada siapa yang benar-benar cuba untuk membantunya walaupun beberapa kereta berhenti ketika lampu merah.
Satu pasangan dalam kereta Toyota Alphard hitam akhirnya datang membantu dan membawanya ke Hospital Pantai Kuala Lumpur, serta memanggil polis untuk merekodkan kenyataannya di sana.
Mereka memberitahu bahawa mereka telah membuat pusingan-U selepas mengesan kejadian itu dari seberang jalan.
"Apabila saya bertanya kepada polis untuk memeriksa rakaman CCTV mengenai kereta itu, saya telah dimaklumkan CCTV berkenaan adalah di bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan ia tidak bekrfungsi," katanya, sambil menambah bahawa kes itu kini sedang disiasat oleh seorang pegawai Jabatan Siasatan Jenayah.
Pengasas Malaysian Crime Awareness Campaign, Mark yang hanya mahu dikenali dengan nama pertamanya, berkata terdapat lebih daripada 40,000 pengikut di laman sosial itu.
Ahli perniagaan yang berusia 39 tahun itu berkata, pasukannya akan mengesahkan kejadian jenayah yang didengar mereka, termasuk memeriksa laporan polis dan bercakap dengan sumber cerita berkenaan, sebelum berkongsi pada halaman Facebook itu.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa