Saturday, August 17, 2013

Mereka Dirasuk Syaitan!

Aku rasa memang dah jadi Syaitan pun!

Tentera dah dirasuk syaitan
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin - 2013/08/17
 
Ipoh: “Rejim tentera As-Sisi (Menteri Pertahanan Mesir Jeneral Abd Fatah As-Sisi) adalah tentera syaitan kerana mereka akan terus mengejar dan membunuh kami tanpa simpati,” kata penyokong Ikhwanul Muslimin, Dr Osman Mohamad, 55.
Dia yang dihubungi wartawan Harian Metro, semalam berkata, keganasan tentera dan polis Mesir berterusan memasuki hari keempat apabila mereka turut menyerang hospital yang menjadi lokasi kumpulan mangsa cedera ditembak menerima rawatan.
“Salah satu lokasi hospital sementara berhampiran Rabaah turut diceroboh anggota polis sebelum beberapa mangsa yang cedera parah ditembak mati.
“Kejadian itu disaksikan beberapa doktor sukarelawan yang bertugas merawat mangsa.
“Mereka (pasukan keselamatan) seolah-olah dirasuk syaitan. Semua mangsa yang ditembak mati atau cedera parah adalah penyokong Mursi yang tidak bersenjata,” katanya.
Menurutnya, anggota polis dan tentera turut melepaskan tembakan peluru hidup ke arah ahli keluarga mangsa terbunuh yang berkumpul berhampiran Masjid Iman di Nasr City, lewat malam kelmarin.
“Seramai 150 ahli keluarga syuhada itu dikepung di dalam masjid dan dipaksa beredar tanpa dibenarkan membawa mayat ahli keluarga mereka,” katanya.
Beliau berkata, tentera dan polis sengaja menghalang ambulans dan bantuan perubatan daripada memasuki Dataran Rabaah untuk memberi rawatan kecemasan kepada mangsa yang ditembak sejak Rabu lalu.
“Saya hairan mengapa pasukan tentera dan polis Mesir boleh menjadi begitu kejam dan tidak berhati perut. Mereka sebelum ini menyokong kami menumbangkan presiden diktator, Husni Mubarak pada Februari 2011.
“Sifat dan pendirian mereka yang berjanji untuk melindungi rakyat selepas kejatuhan Mubarak sudah berubah sekelip mata. Nasib kami tidak ubah seperti nasib jutaan rakyat Syria yang dibunuh rejim Basyar Al-Assad,” katanya.
Menurutnya, Dataran Rabaah dan Dataran Nahdhah yang diserang pihak berkuasa pada pagi Rabu lalu masih dikawal ketat oleh polis bagi mengelak penyokong Mursi berhimpun semula di kawasan itu.
“Namun, kami tidak pernah patah semangat atau takut untuk mati.
“Pertubuhan gabungan Kerjasama Kebangsaan yang menaungi tuntutan rakyat menolak rampasan kuasa berjaya menghimpunkan jutaan rakyat Mesir untuk menyertai perarakan aman yang dinamakan `Jumaat Kemarahan’, hari ini (semalam).
“Walaupun Dataran Rabaah ditutup, namun 28 masjid di sekitar Kaherah dan Giza dipenuhi penyokong Mursi selepas solat Jumaat sebelum kami bergerak ke Dataran Ramsis,” katanya.
Dr Osman berkata, dia dan penyokong Mursi tidak gentar melawan dan akan terus mengibarkan bendera jihad jika tentera Mesir masih berkeras enggan mengembalikan demokrasi dan Mursi kepada rakyat. “Tindakan pembunuhan beramai-ramai hampir 3,000 penyokong Mursi, kelmarin, menyebabkan rasa marah rakyat Mesir semakin membuak.
“Saya bimbang perasaan ini akan menyebabkan balas dendam,” katanya.
Dia yang pernah ditemubual wartawan ketika melakukan demonstrasi di Dataran Rabaah antara 8 hingga 20 Julai lalu mendesak supaya negara Islam lain termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya campur tangan.
“Saya bimbang perhimpunan secara aman penyokong Mursi akan membawa kepada pertempuran dan balas dendam berpanjangan jika kerajaan sementara Mesir terus berdegil enggan mengembalikan kuasa rakyat.
“Apa yang berlaku kini, mereka (pihak berkuasa) cuba menipu dan mendakwa kami (Ikhwanul Muslimin) sebagai pengganas,” katanya.
Menurutnya, mereka terlebih dahulu dituduh menyerang pihak berkuasa dan kononnya memiliki pasukan penembak hendap yang diletakkan di atas Masjid Rabaah al-Adawiya sedangkan hakikatnya semua itu adalah dusta.

2 comments:

  1. kah kah kah!
    Ikhwan mendapat pengajaran berguna,
    1- Kelompok Kristian Qibti di Mesir adalah musuh dalam selimut dan luar selimut kepada Islam di Mesir.
    Selama ini yang memelihara dan mempertahankan mereka adalah Ikhwan atas dasar kebebasan hidu beragama, namun mereka sentiasa menenti masa untuk membunuh Islam dan penganutnya di Mesir.

    2- Kelompok ahli agama al-Azhar yang ada kaitan dengan Hosni Mubarak sebelum ini, adalah Munafiq kepada agama Islam yang dinama kelompok Abdullah Bin Ubai zaman moden.
    Mereka dipilih untuk oleh Mubarak kerana kebodohan dan lurus bendul mereka. Tiada apa yang hendak dibanggakan dengan ilmu yang mereka miliki, kecuali menjadi terompah kayu kepada musuh islam.

    3- Kelompok Salafi yang menjadi duri dalam daging kepada Ikhwan selama ini, sebenarnya adalah musuh kepada agama Islam yang ditaja oleh kerajaan Saudi. Dengan menggunakan gerakan menentang bidaah dan memelihara tauhid, mereka sebenarnya ejen kepada yahudi. Mereka bernaung dibawah tapak kaki raja-raja negara teluk yang menindas dan memusuhi Islam (najis ini juga membiak subur di Negara kita).

    Namun Ikhwan Mesir memperolehi kejayaan dan memiliki kekuatan tersendiri dengan kejatuhan Mursi sebagai Presiden Mesir :
    1- Umat Islam di Mesir telah memecah persoalan""adakah Ikhwan diterima oleh Rakyat Mesir?". Mereka yang tidak pernah dididik dan diperkenalkan dengan gerakan Ikhwan sebelum ini secara tiba-tiba berpusu-pusu bangkit menjadi benting kepada Ikhwan. (75% rakyat Mesir telah menjadi penyokong 4% ahli Ikhwan ).

    2- Anak didik Hasan al-Bana bukan sahaja bertompok di Mesir, bahkan mereka telah menjadi suara terbanyak di kalangan Umat Islam diserata dunia. Walaupun mereka memiliki nama yang berbeza, namun pada asasnya mereka adalah murid kepada Ikhwan.

    3- Ikhwan akan merasa bangga bahawa anak didik mereka adalah umat Islam pilihan, bukam sahaja menuturkan keinggian Islam dengan lidah. Bahkan keikhlasan mereka terbukti dengan kesanggupan mengorbankan nyawa dan darah demi Islam dan kebebasan.

    Selepas keganasan di Mesir, percayalah! bahawa umat Islam akan melihat satu persatu raja-raja Arab akan tersungkur kepada kebangkitan rakyat mereka sendiri.

    ReplyDelete
  2. AliBabaBujangLapok

    Hasil dari Dr. Morsi dan IM yang lurus bendul dan gagal membaca keadaan!

    Mereka dikhianati kiri dan kanan...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa