Monday, August 12, 2013

Rakyat Dah Meluat Mendengar Apa Yang Keluar Dari Mulut Busuk Nih!

Tuduhan atau beliau memang tahu yang pengundi hantu wujud?
Yang terbaik undur sajalah.....

Berikanlah amanah rakyat kepada yang lebih berwibwa dan bukan dari 'spesis ular dan biawak'!
Banyak sangat dalih dan autanya
Rakyat cukup kecewa dengan laporan ini

SPR kaji laksana pengundi ikut tempat tinggal, elak tuduhan “undi hantu”
OLEH AMIN ISKANDAR, PENGARANG BERITA
AUGUST 12, 2013
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang mengkaji kemungkinan menetapkan pengundi berdasarkan alamat tempat tinggal pada pilihan raya umum (PRU) akan datang bagi menggelakkan tuduhan pengundi hantu, kata Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar).
Menurut pengerusi SPR itu, sistem sedia ada di mana pengundi mengundi di alamat tempat mereka berdaftar menyukarkan badan penggendali pilihan raya itu untuk mengesan pemilih oleh kerana mereka tidak semestinya menetap di alamat berkenaan.
“SPR akan mencadangkan sistem pengundi berdasarkan tempat tinggal sebagai salah satu langkah untuk menggelakkan tuduhan pengundi hantu,” kata Abdul Aziz kepada The Malaysian Insider.
Abdul Aziz berkata, SPR masih lagi dalam proses mengkaji kebaikan dan keburukan sistem ini sebelum membawa cadangan ini ke peringkat seterusnya.“Bagaimanapun, cadangan ini memerlukan sokongan dua pertiga di Parlimen kerana memerlukan pindaan Perlembagaan,” katanya.
“Jika dilaksanakan nanti, ramai pembesar politik terpaksa mengundi di alamat tempat tinggal mereka dan tidak lagi seperti sekarang di mana mereka boleh mengundi di mana sahaja.”
Sebelum ini Pakatan Rakyat (PR) dan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Bersih 2.0 seringkali mendakwa pilihan raya umum ke 13 (PRU13) tercemar kerana terdapat pengundi hantu.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam satu sidang media selepas pilihan raya 5 Mei mengatakan kehadiran pengundi hantu menyebabkan daftar pemilih disediakan SPR diragui serta kewujudan kad pengenalan palsu mencemarkan integriti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Ahli Parlimen Pandan itu menegaskan, kehadiran lapan pengadu yang dihalang untuk mengundi kerana kad pengenalan mereka digunakan pengundi hantu ketika Pilihan Raya 2013 lalu membuktikan keputusan PRU13 diragui rakyat.
Ketika sidang media berkenaan, Rafizi turut memberikan salinan laporan polis lapan pengadu yang dinafikan hak mengundi kerana nama mereka dipotong kerani SPR pusat pengundian masing-masing disebabkan ada individu lain menggunakan nombor kad pengenalan untuk mengundi.
Daripada lapan mereka yang membuat laporan polis berkenaan, empat daripadanya adalah dari Selangor, dan satu masing-masing di Kedah, Negeri Sembilan, Terengganu, dan Kelantan.
Selain kajian melaksanakan pengundian berdasarkan alamat tempat tinggal, SPR juga sedang mengkaji untuk membuat perubahan terhadap sistem pilihan raya di Malaysia iaitu sistem majoriti mudah (first past the post) yang diguna pakai sejak merdeka.
“First past the post ni ada kebaikan dan ada juga keburukan. Keburukannya adalah yang kalah langsung tiada perwakilan.
“Mungkin kita boleh gabung sistem first past the post dan Proportional representation seperti dilakukan di Thailand. Apa pun, kena dapat persetujuan dua-dua pihak kerana perubahan sistem perlukan pindaan Perlembagaan,” kata Abdul Aziz merujuk kepada Barisan Nasional (BN) dan PR.
Sehari selepas PRU13, Bersih 2.0 mengumumkan rancangan menubuhkan tribunal bagi menyiasat beratus-ratus laporan penipuan yang didakwa berlaku semasa pilihan raya 5 Mei.
Gabungan lebih 80 badan bukan kerajaan tersebut menegaskan faktor utama keputusan pilihan raya yang menyebelahi BN adalah kerana penyelewengan, serta tidak akan mengiiktiraf keputusan tersebut sehingga mereka mengenalpasti ke semua tuduhan penipuan.
BN mempertahankan kuasa dalam pilihan raya 5 Mei dengan hanya 133 kerusi Parlimen, lebih 21 daripada syarat 112 kerusi Parlimen untuk menang majoriti mudah.
Pembangkang PR enggan menerima kekalahan tersebut, sebaliknya mendakwa mereka yang sepatutnya berkuasa kerana menang undi popular sebanyak 51 peratus berbanding BN 48 peratus. – 12 Ogos, 2013

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa