Sunday, September 22, 2013

Apa Pun Baginya DAP Juga Yang Salah!

MCA, Gerakan hanyalah copycat DAP 
ZAINUDIN MAIDIN 
22 September 2013

BN memasuki Pilihan Raya 2008 dengan keyakinan tinggi dalam suasana kebebasan baru berasaskan kemenangan cemerlang 2004. 
 
Maka itu parti-parti komponennya terutama  MCA dan Gerakan percaya bahawa mereka akan mendapat keyakinan lebih tinggi  masyarakat  Cina atas persaingan dengan  DAP diatas landasan perkauman.
 
Tetapi apa yang dilakukan mereka adalah  gambaran kehilangan keyakinan diri. 
 
MCA dan Gerakan gerun dan gentar melihat ancaman DAP  dan wartawan-wartawan di NST, The Star dan juga akhbar akhbar  Cina yang senada dalam membantu DAP di bawah  kebebasan baru.
 
Kebebasan telah memperlihatkan luahan berani  perasaan terpendam  orang Cina dan India  terutama yang berada di dalam akhbar akhbar Cina dan Inggeris dari  tekanan perasaan adanya  Kedaulatan Raja, Kedudukan Islam dan Hak Bumiputera.
 
Antara apa yang dilakukan oleh mereka tanpa menghiraukan perasaan orang Islam dan Melayu dalam pilihan raya ke-12 ialah  siaran gambar kartun Nabi Muhammad SAW yang di ulang-ulang oleh NST, kelemahan PLKN (Program Latihan Negara ) diperbesar-besarkan seolah-olah ada tekanan terhadap bukan Melayu, buku 13 Mei  yang ditulis oleh orang DAP dipromokan dengan mendakwa kerajaan mengharamkannya ( Ini kerja The Star) dan berbagai bagai lagi isu sensitif.Reaksi marah orang Melayu menambahkan populariti DAP.
 
The Star merasa selamat untuk mempermainkan isu-isu ini dengan lebih bijak  dan halus oleh kerana NST sebagai  akhbar Umno sendiri  telah menjuarainya. Ia mengambil Q dari NST.
 
Pindaan Perlembagaan  terhadap Akta Hasutan selepas 13 Mei untuk melindungi parti parrti komponen Perikatan yang dihasratkan oleh Menteri Dalam Negeri, Tun Dr Ismail tidak lagi berkesan malah MCA dan MIC turut bermain di dalamnya.
 
Tetapi bagi masyarakat Cina, apa gunanya mereka memilih MCA atau Gerakan yang hanya menjadi COPYCAT kepada DAP, yang cuba untuk hidup di atas  isu-isu popular dan perkauman DAP. 
 
Tentunya DAP lebih  bebas untuk  menunjukkan kelebihannya, lebih agresif, lebih berani, lebih berinisiatif dan lebih dirasakan keikhlasan dan kesungguhannya oleh masyarakat Cina kerana apa yang diperjuangkannya adalah prinsip asalnya.
 
DAP mendedahkan belang sebenarnya masyarakat Cina termasuk  yang tersembunyi memendam rasa dalam MCA selama lebih 40 tahun.
 
Apakah yang telah MCA dan Gerakan dapat dari sanada dengan DAP dalam kempen pilihan raya 2008 dan juga dalam 2013. Kerusi MCA merosot dan Gerakan kehilangan kuasa di Pulau Pinang, MCA lumpuh  dalam pilihan raya 2013 kerana dilihat bukan lagi dirinya sendiri, bukan peribadinya,sebaliknya sebuah parti yang hilang arah dan identiti.
 
Tetapi apakah MCA dan GERKAN  belajar dari kesilapan ini?
 
Tidak sama sekali sebaliknya MCA masih cuba untuk terus bersaing  dengan DAP dan dalam ketakutan turut mempertahankan akhbar akhbar Cina yang sejak merdeka  tidak pernah berganjak dari memperjuangkan kepentingan pelajaran, kebudayaan Cina dan pengasingan orang Cina dari aliran perdana negara ini (Kecuali Lee Kuan Yew yang dapat mengajar mereka bahawa sebenarnya mereka berada di Singapura dan bukan di Taiwan, Hong Kong atau China )
 
Yang paling terkini dapat dilihat  apabila Presiden MCA Chua Soi Lek ikut dalam  arus nasional  membantah  kepulangan abu pengganas komunis Chin Peng ke negara ini tetapi ada pemimpin MCA lebih melampau dari DAP dengan membangkitkan tentang melitan Islam yang dibunuh di luar negara di benarkan di bawa pulang ke negara ini.
 
Seorang Pegawai  Biro Penerangan MCA, Datuk Heng Kie bercakap seperti tidak mengetahui sejarah bahawa pemimpin pertama MCA, Tan Cheng Lock juga telah cuba dibunuh oleh pengganas komunis dan dia juga tidak berfikir bahawa jenazah militan Islam yang di kebumikan di sini  tidak melakukan keganasan berpuluh tahun terhadap rakyat negara ini untuk menjadi dendam kesumat bagi membangkitkan kemarahan bila di bawa pulang.
 
Apabila akhbar akhbar Cina mempertikaikan Strategi Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib baru- baru ini, seorang pemimpin MCA telah mempertahankan mereka dari kritikan Umno.
 
Umno  mesti bersikap tegas terhadap MCA kerana MCA pun bukanlah lagi merupakan parti yang mewakili orang Cina sebaliknya melukut di tepi gantang.
 
Kehilangan Pulau Pinang kepada DAP pun tidaklah wajar di kesalkan sangat  kerana semasa BN berkuasa pun ia di kuasai oleh parti Gerakan yang asalnya pun sedarah dengan DAP.
 
Apabila berlaku  13 Mei, sebenarnya  maysarakat Cina telah ditolak lebih 15 tahun kebelakang kerana ia membangkitkan dinamisme orang Melayu dan pemimpin pemimpin mereka yang tidak kehilangan perhetongan sebaliknya merangka strategi yang adil, bijak dan konstruktif bagi mempercepatkan kemajuan orang Melayu di berbagai bidang.
 
Orang Melayu bukanlah suatu bangsa yang bodoh kerana  mereka telah dapat mengekalkan pemerintahan beraja yang demokratik selama lebih 50 tahun.
 
MCA harus tetap di atas pendirian  untuk tidak sertai kerajaan. Suatu keputusan Presiden MCA yang sangat wajar untuk masa depan orang Cina. Sikap ini akan dapat mengajar orang Cina untuk merasa dan mengisafi  apa yang mereka hilang tanpa perwakilan Cina dalam kerajaan untuk selama empat tahun akan datang.
 
Dalam pada itu MCA harus mengkaji semula apakah keuntungannya dengan terus menjadi copycat kepada DAP yang tidak memberikan keuntugan kepadanya sebaliknya semakin menghakiskan maruahnya dan menjadikannya sebagai parti yang tidak lagi berpengaruh di negara ini.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa