Friday, September 27, 2013

Dah Terselak Terlondeh, Baru Cuba Nak Tutup-Tutup?

Lamanya baru nak buat penafian......
Rasanya tak perlu penjelasan siapa yang salah
Video tu dah tolong jelaskan......

Itulah hanya bila hanya hebat di padang tapi lembik di rumah!

Nasib baik itu hanya dengan Pengawal Keselamatan, kalau dengan Polis?
Tentunya paling kurang kena caj 'Menghalang Penjawat Awam menjalankan tugas'

Isteri Mat Yo mohon maaf
2013/09/2 Nor Fazlina Abdul Rahim | nfazlina@bh.com.my

Siti Aisya nafi sebar video, mohon orang ramai henti cemuh suami

Kuala Lumpur: "Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.

“Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku,” kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas. 


Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu. 

“Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?

Dua individu miliki video

“Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Siti Aisya yang tertekan susulan kejadian itu berkata, selepas tersebarnya video berkenaan, ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, namun mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku. 


“Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan. 

“Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul,” katanya sambil menangis.

Insiden kekecohan membabitkan isteri kepada pemain bola sepak negara dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mula tersebar secara meluas sejak Selasa lalu.

Rakaman selama 54 saat itu turut menampakkan wajah Nor Shahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, yang menyaksikan perang mulut antara isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49.

Tak terlintas saman

Siti Aisya turut meminta masyarakat tidak mencemuh suaminya disebabkan insiden membabitkan dirinya, sebaliknya Nor Shahrul tiada kena mengena dalam kes terbabit.

Ditanya sama ada beliau bertindak menyaman pengawal keselamatan itu, Siti Aisya menjelaskan tidak pernah terlintas untuk bertindak sejauh itu, sebaliknya peguam dilantik selepas video berkenaan mula tersebar.

19 comments:

  1. Dah kata dah kalau cakap tak pakai akai, iman dan taqwa...... Inilah jadinya....

    ReplyDelete
  2. Betina bodoh nak menafikan apa yang sebenarnya berlaku? Video dan CCTV yang akan menceritakan kebenarannya. Kau kata orang tua tu "Pak Cik ni bodohlah Pak Cik" dan "Jantan Dayus", itu hormat orang tua namanya? Konon siar video nak orang simpati kepada mulut bacul dan pemain bola sepak yang dayus tu kot? Tetapi menjadi sebaliknya.....Dalam video itupun kau dah kata nak saman.. apa lagi nak beralasan? Betina Sundal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mulut betina UMNO. Kadok naik junjung konon kerabat di Raja

      Delete
  3. dia minta maaf tapi masih kata dia betul(..saya percaya kebenaran kes ini akan terbongkar..) jadi masih lagi kata pak gad tu salah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia yang kurang ajar rasa dia yang teraniaya.Lupa diri dan asal usul

      Delete
  4. engkau yang rakam video tu... nak salah kan org lain pulak.hormat org tua soal lain...ini perangai kurang ajar, mulut lembik..celupar..!memang jenis bangsa nak memalukan suami...ego..puiih. hampeh betul.Mat yo tak hebat mana pun..dulu Ya..masa main dengan JDT ni,terkial2nak sumbat gol.JDT layak kesuku akhir piala malaysia pun atas tiket ihsan pasukan lain

    ReplyDelete
  5. semua nya di rakam dalam cctv tengok lah nanti siapa yang betul

    ReplyDelete
  6. WOOOOI MELAYUUUU

    Nanyak lagi isu2 yang kita perlu beri perhatian drp isu Isteri Mat Yo nie..

    Kejadian macam nie, banyak, bila kedua2 oRANG mANUSIA TIDAK mENGGUNAKAN AKAL mEREKA sEBAIK mUNGKIN.

    mARI KITA TUMPUKAN KEPADA mASALAH nEGARA...

    1. Rezab Antarabangsa BNM RM429.2 Billion = USD15.1 Billion pd 13 September 2013 - rujuk Berita Harian

    2. Debt hari ini 27/9 berjumlah RM517.32 Billion ; GDP RM947.76 ; maka Debt as % to GDP 54.58%

    3. Apakah Maknanya, kalau kita bayor semua Hutang Duit Kita cuma ada RM430.4 Billion lebih kurang USD126.58 saja.

    4. Jadi tak sampai 1/2 Trillion duit ada tak lah bankyak sangat.

    5. Jadi Apa Yang Kita Hamba Rakyat perlu lakukan untuk meningkatkan GDP Negara?

    ReplyDelete
  7. Anon 4:11 pm

    Biasalah manusia mudah lupa diri

    ReplyDelete
  8. 1Crony

    Hot benar nampaknya saudara ni....
    Memang sikap dia di video tu tak sepatutnya di halakan kepada yang lebih tua

    ReplyDelete
  9. Anon 4:47 PM

    Video dan cctv menjadi saksi di Mahkamah nanti

    ReplyDelete
  10. Mat Pahit

    Kesiankan? Bini buat hal, laki pun terima padah. Lepas ni mungkin prestasi Mat Yo makin merudum dek tekanan psikologi

    ReplyDelete
  11. Anon 6:05PM

    Ya, di Mahkamah nanti semuanya akan terserlah

    ReplyDelete
  12. Anon 6:07 PM

    Betul, apa yang kita boleh lakukan?
    Melayu telah menangkan BN yang suka berhutang dan boros.

    Kita boleh bising tapi apa kesannya?
    Siapa nak dengar?
    MP pembangkang di Parlimen pun tidak siapa nak dengar inikan pula kita yang tidak ada apa kuasa dan saluran pun!

    ReplyDelete
  13. Agak2 nya bini mat yo ni spesis pompuan x kenang budi...baru kaya sikit dah tunjuk timing...kang tuhan tarik balik kaya tu...baru padam muka...

    ReplyDelete
  14. Anon 7:55 PM

    Begitulah manusia. Jarang yang bersyukur dan insaf diri.

    Apa-apa saja di dunianya hanya sementara dan tidak kekal

    ReplyDelete
  15. akhir zaman ramai lelaki jatuh binasa sobab pempuan

    ReplyDelete
  16. If some one wishes expert view about blogging afterward i propose him/her to go to see this webpage, Keep up the pleasant job.



    Here is my page ... plenty of fish dating site of free dating

    ReplyDelete
  17. Every weekend i used to pay a visit this web plenty of fish dating site of free dating, because i want enjoyment, for the reason that this this website conations actually
    nice funny stuff too.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa